DEMI SURVIVAL UMNO, KERJASAMA DENGAN PAS MENGATASI
IDEOLOGI DAN PERBEZAAN
(Fikrah Bangi: 231),
BBB: 15 Ramadhan 1440H. = 20 Mei 2019M.
(Isnin):
Parti yang paling tertekan selepas pilihanraya ke 14 tidak lain
dari Umno, induk bagi BN. Lantaran
·
Kalah dan
terlepas kuasa kepada PH.
·
Dianggap
``Umno sudah tiada` oleh Tun Mahathir (BH. 23.10.2018: 1).
·
Berlaku
perlompatan wakil rakyat dari Umno kepada parti lain seperti di Sabah.
Tindakan diambil bagi mengembalikan kepercayaan penyokong kepada Umno:
·
Perletakan
jawatan Najib dari jawatan Presiden Umno pertengahan 2018.
·
Zahid yang
diangkat menjadi Presiden mengganti Najib 30 Jun 2018 menyerahkan jawatan
kepada Mohamad Hassan Timbalan Presiden memangku Jawatan Presiden. Serah
jawatan pada 18 Disember 2018. Zahid turut terlibat dengan isu mahkamah.
Namun Umno tidak pulih, bahkan mengalami
kekalahan berturut-turut bagi pelihanraya kecil di Selangor iaitu mulai
September 2018 di Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson
(13.10.2018).
Di samping Umno tertekan selepas
pilihanraya ke 14, Pas juga tertekan, kerana terpinggir di Kelantan dan
Terengganu, kerana sebelum itu Pas mulai berkembang di negeri-negeri Pantai Barat,
maka selepas perpecahan yang melahirkan Amanah, Pas yang mulai berpengaruh di
Pantai Barat mulai hilang pengaruh sedemikian dan ianya bersendirian. Dengan
bersendirian, tiada parti yang akan dapat memerintah pada peringkat Pusat,
sebagaimana dicapai oleh Amanah belahan darinya dalam kerajaan PH.
Pas menyedari (kesilapannya ?) secara
bersendirian. Pas mesti mencari rakan parti bagi mengukuhkan parti pada masa
akan datang. Pas sedar usahanya bertanding dalam pilihanraya-pilihanrata kecil
seperti di atas secara bersendirian menghabiskan
tenaga dan wang dan tidak berjaya.
Antara kesedaran yang timbul selepas
pilihanraya ke 14 dan pilihanraya-pilihanraya kecil di atas, bahawa Pas perlu
bekerjasama dengan Umno. Pihak Pas dan
Umno menyedari keperluan bekerjasama seperti ini.
Usaha bekerjasama, bahkan bersatu Pas dengan
pati-parti yang dianggap lawan sebenarnya sudah berlaku pada zaman Tun Razak
semasa pemeintahan secara MAGERAN (1970an), juga pada era Pakatan Rakyat mulai
1999 terutama di Selangor hingga Pas memilih untuk bersendirian.
Kerjasama dengan Umno merupakan rentak
politik yang menjadi yang memulihkan imej Umno, bahkan menakutkan PH. Dengan
kerjasama Pas dengan Umno (BN), kedua-dua parti bekerjasama dalam pilihanraya
kecil dan memenangi PRK bagi Perlimen Cameron Highlands pada 28 Januari 2019,
PRK DUN Semenyih, Selangor pada 2 Mac 2019 dan PRK Dun Rantau pada 13.4.2019
secara berturut-turut.
Kerjsama Pas dan Umno (BN) ini amat
menggerunkan PH dan disedari kalau kerjasam
seperti ini terus berlaku dan prestasi PH terus merudum – kerana kehilangan
kepercayaan rakyat, mungkin PH akan
mengalami kekalahan pada pilihanraya ke 15 kelak.
Kini PH di samping berusaha untuk
memulihkan keyakinan rakyat, PH ahi –
mereka mengatakan Pas dan Umno memainkan isu agama dan perkauman, ungkapan
klisye yang diulang berterusan.
Bagi Umno dan Pas untuk survival kerjasama mengatasi ideologi dan perbezaan
yang menjarakkan mereka sebelum ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment