KARYA AL-TAHAWI DIKATEGORIKAN DI BAWAH ASWJ -
SALAFI
(Fikrah Bangi: 216),
BBB, 01 Ramadhan 1440H. = 06 Mei 2019M.
(Isnin).
Dr. Hamidon Mohd Hussein dalam pembentangannya
memperlihatkan bahawa Pendekatan akidah Al-Tahawi (m. 321H.) dengan karyanya
berjudu Usul al- `Aqidah al-Islamiyyah, Al-Sanusi (m. 895H.) dengan Matan al-Sanusi dan
Al-Laqani (m. 1041H.) dengan Matan Jauharat al-Tauhid kesemuanya adalah
tergolong sebagai Akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah (ASWJ). Masing-masing mempunyai
pendekatan yang menembeza dan mencirikan pendekatan masing-masing.
Zaman Al-Tahawi adalah zaman yang masih
berkembangnya aliran akidah falsafah, terutama Mu`tazilah dan juga perkembangan
Shi`ah. Pendekatan akidahnya sebagaimana di dalam Usul Aqidah
al-Islamiyyah adalah lari dari pendekatan
falsafah seperti Mu`tazilah dan kembali
kepada saumber asal akidah Islam adalah berdasarkan Al-Qur`an al-Hadith Nabi.
Beliau tidak menjadikan perbahasan secara rasional dan logik sebagai
pendekatannya, tetapi berdasarkan ayat Al-Qur`an dan al-Hadith. Pendekatan
Al-Tahawi berasal dari Mesir ini dapat dikategorikan sebagai pendekatan Salaf.
Al-Tahawi pada mulanya pengikut mazhab Shafie, tetapi kemudiannya berpegang
pada mazhab Hanafi dari segi fiqh.
Beliau mengarang karyanya dalam karangan
nathar atau prosa – bukan puisi, namun karangannya begitu indah dan mencabar
fikiran. Beliau mahir di dalam puisi.
Menurut pengkaji Usul al-Aqidah al-Islamiyyah,
iaitu Abu al-Mun`im Salih. Karangan akidah al-Tahawi ini dapat dipecahkan
kepada 24 bab dengan 111 pecahan. Tiap bahagian membicarakan persoalan tersendiri.
Misalnya di bawah bab 3, pecahan 36 dibicarakan oleh Al-Tahawi
tentang Al-Qur`an. Kata Al-Tahawi (terjemhan):
``Dan bahawa Al-Qur`an kalam Allah dengan
tiada kayfiyah dari segi kata.. Diturunkan ke atas RasulNya sebagai wahyu.
Membenarkannya sekalian mu`minun yang demikian secara haq. Mereka yakin
bahawasanya Kalam Allah dari segi hakikat, bukan makhluk sebagaimana kalam
manusia. Siapa yang mendengarnya dan menyangka sebagai kalam manusia, maka dia
kufur. Sesungguhnya Allah mengeji dan mengaibnya dan dijanjikannya dengan
neraka Saqar, sebagaimana firmanNya (Akan dibakar dalam Saqar). Sesungguhnya
Allah menjanjikan dengan neraka Saqar bagi siapa yang berkata ``Kiranya ini
kata manusia` Kami ketahui dan yakin bahawasanya ianya kata Pencipta manusia.
Dan ianya tidak menyerupai kata manusia.
Sebagai conth lagi pada bab V, pecahan 45,
Al-Tahawi membicarakan tentang Isra` Mi`raj. Katanya di dalam matannya bermaksud:
``Dan Mi`raj itu benar. Allah menjalankan Nabi
s.a.w. (Isra`) dan memi`rajkan dengan dirinya dalam jaga ke langit. Kemudian ke
mana saja dikehendaki Allah dalam ketinggian (Dimuliakanmya oleh Allah dengan
apa yang dikehendaki). Diwahyukan dengan apa yang diwahyu. Tidaklah dusta hati
dengan apa yang dilihat. Maka salawatlah
Allah ke atas Baginda pada akhirat dan ula.``
Contoh bagi Bab 13, pecahan 61, kata
Al-Tahawi:
``Dan kita berkata, Sesungguhnmya Allah
menjadikan Ibrahim sebagai Khalil dan bercakap kepada Musa sebagai percakapan –
Dengan keimanan, kebenaran dan penerimaan.``
Dari contoh di atas dapat difahami kaedah dan
pendekatan akidah Al-Tahawi yang jelas menurut pegangan ASWJ. Bahasanya menarik
dan disulami dengan maksud firman Allah. Pendekatannya adalah pendekatan
Salafi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment