May 17, 2019

HARAPAN YANG MENGECEWAKAN


HARAPAN YANG MENGECEWAKAN
(Fikrah Bangi: 227),
BBB:   12 Ramadhan 1440H. = 17 Mei 2019M. (Juma`at):
Dari kemenangan PH dalam pilihanraya ke 14, rakyat menaruh harapan tinggi bahawa perubahan ke arah kebaikan akan berlaku. Tapi pada peringkat permulaan ini apa yang ditekankan oleh PH ialah menyalahkan apa yang berlaku kepada kerajaan yang lalu (Sinar, 9 November 2018: 1). Sindrom menghitamkan apa yang dilakukan sebelum ini dilakukan. Di satu pihak slogan Malaysia Baharu dicanangkan, tetapi tidak jelas apa yang dikatakan baharu itu.
Selepas 100 hari memerintah. Banyak pihak membuat penilaian dan dikatakan, ``Kerajaan tidak mempunyai arah pentadbiran dan masih menyalahkan pentadbiran yang lepas.`` Perkara yang ditekankan ialah persoalan GST,  IMDB, hutang negara RMsatu trilion, Felda  dan berbagai lagi .
Tun Daim Zainuuddin Penasihat Kerajaan tidak senang dengan sikap tuduh menuduh ini. Beliau menasihatkan, ``Jangan salahkan kerajaan lama. Kerajaan (PH) perlu menumpukan perhatian menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka semasa PRU 14.`` (Sinar 9 November 2018: 2).
Adalah dikenalpasti kelemahan ketara dari PH, bahawa ahli kabinet yang diberi tugas mengendalikan kementerian tidak berpengalaman. Mereka pada keseluruhan orang baru. Setengah daripada mereka diberi tugas luar dari pengalaman mereka. Seorang menteri yang dari bandar dan tidak biasa dengan hutan diberi tugas menjaga kelapa sawit. Hingga timbul cadangan apabila kelapa sawit merudum dari segi harga dicadangkan agar ditukar dengan penanaman buluh !
Sebagaimana termaklum ada kalangan mereka mengaku mempunyai kelulusan tertentu, tapi ternyata ada di antara mereka mendakwa dengan kelulusan tertentu yang sebenarnya tidak mempunyai kelulusan yang didakwa. Sesungguhnya prestasi PH pada masa itu menurun.
Akibat dari prestasi ini, ada kalangan yang mencadangkan supaya direshuffle kabinet bagi melantik mereka yang lebih berkelayakan. Namun Tun Mahathir menjawab,
``No cabinet reshuffle ... they`re learning``. (The Star 7 May 2019:: 5).
Dari kelemahan yang berlaku pada pemerintahan PH, Tun Daim Zainuddin, sekali lgi memberi amaran dan memberi tempoh enam bulan untuk Pakatan memperlihatkan prestasinya.`` (Sinar, 15 April, 2019: 5).
Dalam tempoh setahun pemerintahan Pakatan adalah menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat, bahawa PH tidak menunaikan janji.
The Star dalam sebuah laporan menyebut, ``Little pogress made on manifesto.`` Bahkan ditekankan bahawa, ``Survey, no top marks for Pakatan in its first year.`` ( The Star 7 May 2019: 6).
Sudahlah manifesto tidak dapat ditunaikan, dalam masa yang sama kos kehidupan meningkat, harga
barang-barang semakin mahal dan 300 ribu belia menganggur (UM, 2.5/2019: 4).    Merdeka Centre dalam kajiannya menyebut, akibat dari prestasi PH yang tidak baik, maka didapati jika sokongan yang diberi kepada PH pada Mei 2018 ialah 79%. Kini sehingga Mac 2019 sokongan merosot kepada 39%. (Sinar, 27 April 2019: 1 – 2).
Setelah setahun memerintah, dengan suasana seperti ini menggelabah pemerintah. Berbagai-bagai cabaran mendepani yang menuntut penyelesaian..
Sekian.                                

No comments:

Post a Comment