TADARUS DAN KHATAM QUR`AN
(Fikrah Bangi: 241),
BBB: 25 Ramadhan 1440H. = 30 Mei 2019M.
(Khamis).
Satu budaya murni pada bulan Ramadhan yang
pada bulan tersebut diturunkan Al-Qur`an, ialah bertadarus dan khatam
Al-Qur`an. Program ini memang wujud dalam agenda sambutan Ramadhan yang
dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Urus Tadbir dan pengimarahan Masjid
Al-Umm.
Sejak hari pertama Ramadhan, tadarus
dimulakan. Bagi kalangan muslimat, telah
mengatur tadarus kepada sejumlah 11 kumpulan. Kumpulan diatur menurut
kesesuaian masa yang dapat dihadiri oleh muslimat, iaitu:
1) Kumpulan selepas solat subuh 5 kumpulan
2) Kumpulan mulai jam 10 pagi 3
kumpulan
3) Kumpulan tadarus di rumah 3
kumpulan
Kalangan muslimin tidaklah bersifat formal.
Mulai hari pertama mereka mengikut kumpulan yang ada pada pagi itu, iaitu empat
kumpulan, menjadikan semua berjumlah 15 kumpulan. Jumlah semua yang bertadarus
ialah 98 orang.
Kumpulan muslimat nampaknya mementingkan
cepat tamat untuk persediaan khatam. Dua minggu Ramadhan, sebahagian mereka
telah tamat. Tempat kumpulan berkenaan kosong. Mereka dikatakan mempunyai komitmen
yang lain yang perlu kepada tamat segera.
Manakala kumpulan muslimin tidaklah perlu
kepada segera tamat. Sebaliknya mereka terus membaca satu juz` setiap pagi dan
hingga kini baru berjumlah 25 juz`. Pegangan kumpulan muslimin ``Membaca
Al-Qur`an tidak pernah tamat dan pembacaan diteruskan.``
Walau bagaimana dari segi program, hari ini
Khamis 25 Ramadhan bersamaan 30 Mei adalah hari khatam Qur`an. Iaitu mulai jam
9.00 pagi acara khatam Qur`an dimulakan secara serentak antara muslimat dan
muslimin. Majlis khatam diketuaiu oleh Nazir sendiri, kerana imam yang
sepatutnya membimbing tidak hadir. Bacaan beramai-ramai dari Surah Al-Duha
hingga surah al-Nas dan kemudian disudahi dengan do`a khatam Al-Qur`an.
Kemudian saudara Feisal selaku pengacara
menjemput Nazir mengucapkan alu-aluan.
Beliau mengucapkan teima kasih kepada Ketua
AJK Muslimat Datin Muhibbah kerana telah mengatur program pada pagi ini. Beliau
juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang bertadarus seramai 98
orang. Semua ahli mampu membaca Al-Qur`an dengan baik, tapi pada kebiasaan
tidak ada yang benar-benar perfect. Dari teguran dan pembaikan dalam tadarus
diharap menjadikan kita membaca Al-Qur`an dengan lebih baik. Beliau juga berharap
tamat dan khatam Qur`an yang diadakan, bukan bererti tamatnya kita membaca
Al-Qur`an, sebaliknya hendaklah terus membaca dan mempertingkatkan mutu bacaan
melalui bacaan berkumpulan.
Beliau memaklumkan selepas raya `Idul
Fitri, masjid akan menganjurkan kelas tarannum, terutama kalangan remaja,
kerana kita mempunyai guru yang berkelayakan. Diharap , masjid nanti akan dapat
menghasilkan calon qari dan qariah pada peringkat negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
Selepas ucapan ialah acara menyampaikan
sijil penyertaan Tadarus Al-Qur`an dan cenderahati oleh Nazir kepada setiap
peserta tadarus. Kemudian majlis bersalawat di samping mengedarkan bunga telur
kepada setiap peserta.
Pada akhirnya jam 11.00 pagi ialah bergambar kenang-kenangan sempena
tamatnya Majlis Khatam Al-Qur`an.
Sekian.
Terimakasih banyak infonya,.. http://bit.ly/2Kbq5Lf
ReplyDeleteKenapa imam tak hadir? Ada bbrp event imam tak hdr atau hdr lewat? Boleh ke? Apa tindakan Nazir?
ReplyDelete