May 12, 2019

KEJUTAN PERMULAAN DAN SUSULAN KUKUHKAN PH


KEJUTAN PERMULAAN DAN SUSULAN KUKUHKAN PH
(Fikrah Bangi: 222),
BBB: 07 Ramadhan 1440H. = 12 Mei 2019M. (Ahad).
Jika diibaratkan kemenangan PH pada pilihanraya ke 14 sebagai gempa utama yang mengejutkan yang mengakibatkan keruntuhan pemerintahan BN, maka berikut dari gempa pertama, berlaku gempa susulan yang melengkapkan keruntuhan.
Gempa susulan berlaku, kerana melihat kehaibatan kemenangan PH yang diketuai Tun Mahathir. Dengan kemenangan PH terkeluar dan mulut Tun Mahathir, bahawa Umno akan mati, dan jangan jadi macam Umno dan biarkan  PH senasib dengan Umno (Sinar, 3.12. 2018: 1 & 2). Beliau menyeru ahli-ahli Umno menyertai PH, khususnya, Bersatu. Melihat kekukuhan PH ada yang tidak tetap pendirian politik  dan mau masa depan yang leih terjamin, maka berlaku perlompatan parti.  Di luar jangkaan Dato` Seri Mustafa Muhammad Bekas Menteri Perdagangan dan dijangka sebagai MB menanti di Kelantan,mengisytihar keluar dari Umno dan menyertai Bersatu. Ini diikuti oleh Datuk Anifah Aman Bekas Menteri Luar. Berikutan dari kejutan ini berlaku pergolakan di Sabah. Sabah selama ini dianggap `deposit selamat` bagi Umno-BN, dengan pemecatan Shafie Afdal dari Menteri Pembangunan Luar Bandar oleh Najib Tun Razak, beliau telah menubuhkan Warisan dan pilihanraya ke 14 hampir mencapai kekuasaan di Sabah. Datuk Musa Aman pada asalnya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, tetapi sebahagian dari ahli Dewan dari Umno mencari peluang dan kedudukan ada yang melompat ke Warisan yang mau bekerjasama dengan PH, akibatnya Musa Aman tersingkir dari jawatan Ketua Menteri Sabah. Beliau sendiri adalah merupakan ahli Dewan Negeri dari Umno yang mengangkat sumpah terakhir sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau sendiri terpaksa menghadapi proses undang-undang. Demikian akibat tiada kukuh pendirian berlaku lompatan besar-besaran yang mengubah pemerintahan di Sabah. Mungkin ini adalah kelemahan BN di dalam mengawal ahli Dewan dari melakukan lompatan.
Exodus, tidak saja berlaku di Sabah, tetapi berlaku di dalam pimpinan Umno. Datuk Seri Najib yang dilantik kembali menjadi Presiden Umno, terpaksa menarik diri dari memimpin Umno, kerana menghadapi kes-kes mahkamah Dalam Mesyuarat Agung Umno Zahid dipilih menjadi Presiden pada 30 Jun 2018 dan Mohamad Hassan sebagai Timbalan bagi mengukuhakan Umno setelah kalah dalam pilihanraya ke 14. Zahid  selepas itu juga terlibat dengan kes-kes mahkamah. Ini dilihat melemahkan kedudukan Umno. Lantaran itu  ada yang maukan beliau juga meletakkan jawatan dari Umno Pada masa itu Umno dilihat begitu lemah, sehingga ada kumpulan enam orang umno yang diketuai Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada  Zahid untuk menarik diri dari jawatan Presiden, jika tidak mereka akan keluar dari parti. Pada masa itu PH, khususnya Bersatu sedang berusaha menambahkan anggota parlimen bagi Bersatu bagi mengimbangi parti-parti lain dalam PH yang mempunyai lebih kerusi, walaupun dibantah oleh komponen lain dalam PH seperti oleh PKR dan DAP. Kumpulan Hamzah Zainuddin memang keluar dari Umno. Bukan kerana desakan mereka, tetapi memikirkan kepentingan parti Zahid menyerahkan jawatan untuk dipangku oleh Mohamad Hassan Timbalan Presiden pada 18 Disember 2018. Pada peringkat ini adalah dilihat Umno berada pada tahap yang lemah. Pada masa yang sama  dapat diibaratkan PH  berada paa peringkat berbulan madu, berada pada peringkat tinggi sokongan rakyat.  PH bagai tidak tergugat sebanyak tiga kali pilihanraya kecil di Selangor hingga kepada  pilihanraya Parlimen Port Dicksom 13 Oktober 2018 yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim, semuanya dimenanmgi oleh PH.
Pendek kata setengah tahun pertama PH memerintah, Ianya menarik sokongan negeri (Sabah) dan kemasukan ahli-ahli parti yang melomat  dan masuk PH.
Kejutan permulaan dan susulan mengukuhkan PH.
Sekian.                                                           

No comments:

Post a Comment