May 22, 2019

ISTIMEWA RAMADHAN, PENGISIAN BERBAGAI KEGIATAN


ISTIMEWA RAMADHAN,  PENGISIAN BERBAGAI KEGIATAN
(Fikrah Bangi:  233),
BBB,  17 Ramadhan 1440H. = 22 Mei 2019M. (Rabu):
Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa di dalam Islam. Antara keistimewaan bulan ini ialah bulan yang difardhukan ke atas orang Islam berpuasa sebulan Ramadhan (Al-Baqarah: 183), di dalam bulan ini  terdapatnya Malam Al-Qadr yang digandakan ibadat padanya sebanyak seribu bulan  (Al-Qadr: 1 -5) dan pada bulan ini diturunkan Al-Qur`an (Al-Baqarah: 185).
Sebagaimana persediaan menerima kedatangan Ramadhan dan pengisian terhadapnya, pada tahun lepas bagi kali pertama masjid menyambutnya, maka demikianlah dengan tahun ini persediaan bagi menyambut bulan in dirancang dan dibincangkan dalam mesyuarat tiga bulan sebelum tibanya Ramadhan.
Format sambutan tahun lepas dijadikan contoh dan pembaikan bagi tahun 1440H./2019M.  ini. Bagi kegiatan Masjid Al-Umm, Mesyuarat Tadbir Urus dan Pengimarahan Masjid Al-Umm (TUPMU) mempunyai sepuluh biro yang menjalankan kegiatan masjid. Kegiatan menyambut dan pengisian Ramadhan lebih terkhusus kepada:
1)      Biro Ibadah dan Pengajian
2)      Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan
3)      Biro Penceriaan dan Kebersihan.
Sejak agenda Ramadhan dibincangkan pada bulan Rabi`ul-Akhir 1440H. = Februari 2019, maka tugas-tugas bagi  sambutan dan pengisian diamanah menyusunkannya kepada biro-biro di atas. Mulai dari mesyuarat (TUPMU) diberi kuasa mengadakan mesyuarat biro sekerap yang perlu bagi mengisi kegiatan Ramadhan.  Apa yang dibincang dan disusun akan dilaporkan ke dalam TUPMU untuk diteliti dan dibincangkan oleh setiap Jawatankuasa TUPMU. Pembaikan akan dilakukan pada peringkat ini dan seterusnya. Agenda berkenaan Ramadhan – juga sambutan Raya `Idul Fitri terus menjadi sebahagian dari agenda TUPMU sehingga Syawal.
Sambutan dan Pengisian adalah melibatkan ibadat, iaitu selain dari solat-solat fardhu yang biasa ialah puasa, solat tarawih dan witir, qiyam al-lail, tahajud, tadarus Al-Qur`an, khatam al-Qur`an dan zakat.
Ada tiga perkara yang perlu diambil tindakan segera bagi bidang ibadat ini, iaitu:
a)      Mengiklankan jawatan Imam Tarawih Tambahan
b)      Melantik amil-amil zakat bagi Masjid Al-Umm dan surau-surau di bawahbyta (23 surau).
c)       Memilih Penceramah bagi Malam Nuzul Al-Qur`an dan juga penceramah pada  pagi-pagi Sabtu dan Ahad (bukan untuk Ramadhan sahaja).
Tugas Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan adalah besar dan memerlukan tenaga yang ramai. Antara tugasnya ialah:
a)      Meyiapkan menu bagi berbuka setiap petang untuk antara 300 – 400 peserta dan menyediakannya – termasuk moreh ringan selepas tarawih.
b)      Menyediakan bahan-bahan bantuan faqir-miskin yang diperlukan faqir miskin, khususnya sepanjang Ramadhan dan sambutan Raya Idul Fitri.
c)       Mengadakan persiapan bagi acara  Sambutan Nuzul Al-Qur`an, Khatam Al-Qur`an, dan penyampaian bantuan.
Kerja berterusan yang mesti dilakukan ialah oleh Biro Keceriaan dan Kebersihan. Antaranya:
a)      Menyiapkan tempat berbuka pada setiap petang dan membersihkan kembali selepas itu.
b)      Mengagihkan bahab-bahan iftar kepada setiap yang hadir dan memastikan sampah dan lebihan tidak dibuang merata.
c)       Kerja-kerja membersih ruang dan mengangkut sampah ke tempat pembuangan.
Tugas-tugas yang lain ialah menentukan bajet sebulan Ramadhan di bawah Bendahari dan mempastikan keselamatan lalu lintas dan mereka yang datang di bawah Biro Keselamatan.
Bersambung ...
Sekian.

3 comments:

  1. Terimakasih banyak infonya,.. http://bit.ly/2Eptbrv

    ReplyDelete
  2. Terimakasih infonya,.. http://bit.ly/2K16Nbz

    ReplyDelete
  3. Makasih infonya sukses terus.. http://bit.ly/2wdmZhu

    ReplyDelete