SETAHUN BN KALAH KEPADA PH MEMERINTAH
(Fikrah Bangi: 219),
BBB: 04 Ramadhan 1440H. = 09 Mei 2019M. (Khamis).
Dengan berlangsungnya pilihanraya ke 14 pada
tarikh ini dan keputusan PH mendapat
majoriti memerintah, maka pada hari ini genaplah PH memerintah. Kemenangan PH
menumbangkan BN yang memerintah 62 tahun sejak kemerdekaan amat di luar dugaan.
Memang dijangka BN akan merosot dari pencapaian kemenangan, tetapi dijangka
tidak sampai gagal mempertahankan kerajaan. BN sendiri hingga ke pagi 9
hribulan masih percaya akan dapat mempertahankan pemerintahan dan pada
peringkat terakhir (9 Mei 2018), akhbar Sinar dan Utusan masih melaporkan janji-janji
gembira dubuat Najib bagi mendapat sokongan rakyat. Walau bagaimana pada pagi 10 Mei berita menunjukkan PH
menguasai majoriti. Utusan Melayu dan Sinar pada 11 Mei mencatat pada muka hadapan bahawa Tun
Mahathir PM ke 7 serta mengumumkan GST dihapuskan.
BN yang memerintah selama 62 tahun sebelumnya
begitu selesa. Umno dan BN sebagai kuasa yang tidak dapat digugat. Keanggotaan
di dalam parti itu bagai elit dan tidak mudah bagi pemimpin baru untuk mendapat
tempat di dalam parti itu. Jika ada yang berkebolehan untuk menyertai parti
itu, biasanya dicantas dari peringfkat cawangan, maka yang berkuasa adalah dari
kelompok yang hampir sama. Mereka mentukan arah pemerintahan tabf amat sukar
digugat. Namun kelemahan parti dan pimpinan BN mulai tergugat dari dalam
Kes Al-Tuntoya mulai menjadi isu pilihnraya ke 10 pada 1999 dan Selangor
mulai menghadapi gugatan dari Barisan Alternatif Rakyat dan pada pilihanraya ke
12 beberapa negeri selain dari Pas di Kelantan dan Terengganu, maka Selangor
jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, termasuk Pulau Pinang dan Perak. Ini menandakan
BN makin menurun dari kekuasaan.
Melihat kepada kekalahan BN kepada PH pada
pilihanraya ke 14 banyak faktor yang dapat diperturunkan. Isu yang berjaya
mendapat sokongan dan kemarahan kepada BN ialah mengenai GST yang menyebabkan
cukai 6% ini barang-barang meningkat mahal. Pihak BN tidak pernah membayangkan
untuk menarik balik atau mengurangkan cukai berkenaan. Alasan yang selalu
digunakan, bahawa pihak kerajaan mengalami kekurangan pendapatan kerana harga
minyak turun dan menjejaskan hasil negara. Adalah dimainkan ungkatpan, jika
tidak kerana GST negara boleh bankrup,
kerana tidak cukup bagi hasil negera.
Aspek yang tak kurang mendapat kemarahan rakyat ialah pendedahan 1MDB yang
menyebabkan pada peringkat permulaan begitu sukar difahami rakyat, bagaimana
syarrikat ini berkembang melibatkan penggunaan wang negara begitu banyak oleh
beberapa tokoh, kemudian melibatkan beberapa agensi dan badan-badan kewangan.
Kerajaan mengalami kerugian dalam jumlah yang besar.Isu ini melindungi berita
tentang projek-projek kerajaan yang besar.
Faktor penting yang bergolak di dalam kerajaan
BN yang memerintah ialah perselisihan pendapat antara Perdana Menteri Dato`
Seri Najib dengan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hingga beliau dipecat
dari Timbalan Perdana Menteri yang membawa kepada Zahid Hamidi menggantinya,
begitu juga dengan pemecatan Datuk Seri Shafie Afdal dari Menteri Kemajuanm Luar Bandar. Kedua-dua
pemimpin ini memubuhkan parti baru bagi
menetang kerajaan , Muhyiddin dengan Parti Bumiputra Bersatu di Johor dan
Shafie Afdal dengan Warisan di Sabah.
Penentangan terhadap BN banyak dimainkan oleh
golongan muda yang banyak menggunakan media baru. Biarpun mereka tidak dapat
liputan dalam media letronilk dan akhbar-akhbar, tapi mereka menmggunakan
internet dan sebagainya dalam menyebarkan berita.
Hingga kepada pilihanraya ke 14 media baru
menguasai saluran maklumat dan berita.
Maklumat tentang PH mendapat sanjungan tinggi
dari berbagai media dan penyebaran maklumat.
Faktor-faktor di atas membawa kejayaan bagi PH
yang lebih dikuasai golongan muda yang membawa kekalahan bagi BN dan kemenangan
kepada PH.
Sekian.
No comments:
Post a Comment