May 16, 2019

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA


SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
(Fikrah Bangi: 226),
BBB, 11 Ramadhan 1440H. = 16 Mei 2019M. (Khamis).
Pihak berdukacita di dalam pilihanraya ke 14, ialah pihak yang kalah, lebih-lebih lagi BN yang telah memerintah negara lebih 60 tahun itu hilang kekuasaan. BN tidak saja hilang kekuasaan, tetapi ahli parlimen dan DUN dari BN ada yang melompat menghilangkan kekuatan parti, bahkan hilang kuasa di negeri seperti di Sabah.
Lebih malang lagi, masalah yang menimpa BN yang berkait dengan pimpinan selama ini sebelum pilihanraya diperkatakan, kini bila kuasa hilang, apa yang didesas-desuskan selama ini sukar diselindungkan. Misalnya isu IMDByang mula didedahkan sejak Julai 2015  oleh sebuah akhbar, maka pihak berkuasa mulai bertindak. Misalnya mulai 16.5.2018 pihak polis mulai mengunjungi dua kediaman Datuk Seri Najib di Taman Duta dan Pavilion Residence dan siri kunjunfgi, serbuan dan rampasan barang-barang bukti berlaku, termasuk barang-barang yang berhubung dengan Datin Sri Rosmah isteri Najib. Serbuan polis, rampasan dan kes-kes dibawa ke mahkamah bukan saja merosakkan reputasi Najib dan Rosmah, tetapi juga terhadap imej parti BN, khususnya Umno. Lantaran itu timbul cakap-cakap untuk kebaikan parti wajar sekali Najib berundur dari memimpin BN, khususnya Umno. Akhirnya  Najib dari tekanan parti melepaskan jawatan Presiden Umno & BN.  Dalam Mesyuarat Agung parti itu bagi tahun 2018 pada 29.9 2018 Datuk Seri Zahid Hamidi dilantik menjadi Presiden Umno dengan Datuk Seri  Mohamad Hassan menjadi Timbalan, tapi belum Umno mendapat kekuatan baru untuk pulih Zahid Hamidi pula  mempunyai kes  mahkamah. Sebagaimana Najib diminta melepaskan jawatan, demikian pada pertengahan Disember 2018 Zahid dicabar oleh sekumpulan pemprotes ahli Umno supaya  letak jawatan. Akhirnya Zahid menyerahkan jawatan untuk dipangku Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden mulai dari 20 Disember  2018. Manakala Datik Sabri Ismail memegang jawatan Naib Presiden. Demikianlah episod duka yang dialami oleh Umno. Kedukaan ditambah misalnya  masalah Felda yang dibawa ke mahkamah sebelum dari pilihanraya ke 14. Ini bermakna tindakan oleh SPRM berlaku sejak dalam pemerintahan BN.
Dalam masa setengah tahiun selepas kekalahan Umno dalam pilihanraya 14, imej Umno berada pada prestasi yang rendah. Ianya disifatkan oleh Tun Mahathir sebagai parti yang mati dan menyeru ahli-ahli masuk PH, khususnya Bersatu.
Sebagai bukti umno dan BN berada pada tahap rendah, dalam tempoh setengah tahun hingga Januari 2019, secara kebetulan berlaku beberapa pilihanraya kecil, kerana kematian penyandang kerusi-kerusi berkenaan. Prestasi buruk dialami oleh Umno dan BN yang bertanding melawan calon-calon PH.
Pertama berlaku kekosongan DUN Sungai Kandis, Selangor . Calon PH menang dengan majoriti 5.842 undi dalam pilihanraya pada 4 Ogos 2018.
Kedua belaku kekosongan kerusi DUN Balakong, Selangor pada 8 September 2018. Pilihanraya kecil itu dimenangi oleh calon PH dengan majoriti 18,533.
Ketiga berlaku kekosongan kerusi DUN Seri Setia, Selangor. Pilihanraya kecil di sini juga dimenangi oleh calon PH dengan majoriti 2,358 pada 4 Oktober 2018
Dan pada pilihanraya Parliman Port Dickson yang ditandingi oleh Anwar Ibrahim pada 28 Januari 2019 dari PH. Beliau memenangi kerusi parlimen tersebut dengan majorit sebanyak 23,580.
Demikianlah episod duka yang memperlihatkan prestasi Umno-BN pada setengah tahun pertama selepas kekalahan dalam pilihanraya ke 14.
Umno dan BN benar-benar berada pada prestasi mendukacitakan. Ianya bagai parti uang akan mati.  Nasibnya sebagai `Sudah jatuh ditimpa tangga.``.
Sekian.

No comments:

Post a Comment