RISAU MENGHAKIS SOKONGAN TERHADAP PH
Fikrah Bangi: 230).
BBB:
14 Ramadhan 1440H., = 19 Mei 2019M. (Ahad).
Dapat dikatakan bahawa kekalahan BN pada
pilihanraya ke 14 ialah kerana kejayaan PH memburuk-burukkan BN, khususnya Umno
dari segi pimpinan, bukan kerana BN buruk. Sebaliknya PH dilihat hingga kepada
amaran Tun Daim Zainuddin, ``Beri tempoh enam bulan``, bagi PH memperbaiki
prestasinya (Sinar, 15 April 21019: 5), masih belum jelas arah yang dituju PH dan
masih belum dapat tangani masalah ekonomi negara.
Sementara itu, tanpa pengalaman, antara
pimpinan PH tidak cuba memahami sensitiviti, agama, budaya dan nilai masyarakat
berbagai kaum dan apa yang harus dijauhi untuk mengelak dari kemarahan mereka.
Pada peringkat awal kita dapati pimpinan yang ghairah dengan kejayaan
mengungkapkan, ``Tiada konsep ketuanan.`` Ini menyentuh sensitiviti , terutama
orang Melayu. Mereka bimbang konsep ini melibatkan peringkat pemerintah yang
secara semasa juga dibincangkankan di dalam media, tentang kuasa Raja-Raja.
Kerana perkara ini dibincang dalam media dan amaran dikeluarkan oleh pihak
Berkuasa, bahawa penghinaan terhadap Raja dan Perlembangaan boleh diambil
tindakan. Bagi menjelaskan perkara ini sebuah forum di TV 1 pada 7 Februari
2019 , jam 8.00 -9.00 malam membincangkan,``Perlu atau tidak perlu Yang Di
Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Ahli Panel ialah tokoh-tokoh terkenal,
iaitu Dr. Sham Raharu Pakar perlembagaan
Malaysia dari UIAM, Dr. Ramlah Adam Bekas Profesor Sejarah di UM, Dr. Zainal
Kling Bekas Profesor Budaya UM dan seorang tokoh lagi. Forum dipimpin oleh Syed
Munawar. Kesimpulan mereka kesal
dengan pwmbicaraan dalam media baru
dengan isu berkenaan yang jelas bahagian
dari Perlembagaan yang mengidentiti dan mengharmonikan negara.
Dalam masa yang sama penghinaan terhadap
Islam dan Nabi (UM, 5.3.2019: 1 & UM
6.3.2019: 4) juga berlaku . Penghinaan dilakukan di dalam media-media, sehingga
ada kalangan mereka diheret ke mahkamah dan dihukum. Keadaan ini tidak menyenangkan orang Melayu. Manakala perbincangan mengenai ICERD, iaitu Penghapusan segala bentuk
diskriminasi kaum, seolah-seolah sengaja dibincangkan bagi melihat reaksi
kaum-kaum di negara ini. Rakyat terutama orang Islam melihat isu ini boleh
melibatkan kuasa dan hak-hak bumiputradan orang Islam dan juga kekusaan Diraja di negara
ini yang termaktub dalam perlembagaan. Kebimbangan ini membawa kepada
demonstrasi besar-besaran berlaku pada akhir Oktober 2018 yang membawa kepada
tuntutan menolak ICERD (Sinar, 1 November 2018: 1). Meskipun pihak kerajaan
menolak sama, tapi ianya tetap menjadi kebimbangan orang Melayu Islam dan
bumiputra. Hal yang sama ditimbulkan
mengenai Rom, Statut yang semacam mau menguji umat Islam dan rakyat di negara
ini. yang juga ditolak. Semuanya
mencerminkan kerisauan terutama orang Melayu Islam terhadapp hak-hak yang
mereka nikmati selama ini. Perkara yang lain disentuh ialah mengenai MARA yang
mau dipecahkan dan diletak di bawah berbagai kementeriuan, tetapi ditentang.
Turut merisaukan orang Melayu Islam, ialah
pengabaian terhadap bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi dan kebangsaan di
negera ini. Walaupun pengabaian tidak tertulis, tetapi dari situasi yang
dilakukan terhadap bahasa itu dimengerti, peminggiran dari upacara-upacara yang
patut bahasa itu mengambil tempat dan program-program serta slot-slot media
yang mengabaikan bahasa itu adalah menggores dan mendukacita orang Melayu dan
Islam.
Dalam masa yang sama semua rakyat risau
terhadap keadaan eknomi negera dengan kos hidup makin meningkat, pendapatan
tidak mencukupi, ramai yang menganggur menambahkan risau rakyat. Akibat kerisauan
yang dihadapi rakyat, mereka hilang kebahagiaan hidup. Statistik menunjukkan
indeks kebahagian rakyat di negara ini menurun dari kedudukan di dunia pada
ranking ke 38 (2018) jatuh kepada ranking ke 45 (2019). Kedudukan sebagai negara maju di Asia Tenggara,
Malaysia berada pada kedudukan keempat selepas Singapura, Thailand dan
Filipina. (Star, 22.3.2019).
Akibat dari kerisauan di atas kepercayaan
terhadap PH merosot. Ini ketara di dalam beberapa pilihanraya kecil yang berlaku mulai dari awal 2019 secara seturut yamg
memihak kepada BN (Umno).
Sekian.
No comments:
Post a Comment