May 28, 2019

RAMADHAN BULAN KEBAJIKAN


RAMADHAN BULAN KEBAJIKAN
(Fikrah Banbgi: 239),
BBB, 23 Ramadhan 1440H. = 28 Mei 2019M. (Selasa).
Ramadhan selain dari dikenali sebagai  `Bulan Ibadat`, ianya juga dikenali juga sebagai `Bulan Kebajikan`. Ini ialah pahala bagi sebarang kebajikan yang dilakukan pada bulan ini  adalah dibalas berganda. Lagi pula ujian Ramadhan adalah menginsafkan dan seharusnya timbul rasa rahmat dan kesihan belas di jiwa yang menghayati Ramadhan. Lantaran itu berbagai pihak berlomba-lomba melakukan kebajikan.
Bagi masjid dan surau mengadakan program-pogram kebajikan lebih awal. Sejak  tiga bulan sebagaimana program-program ibadat yang lain, maka salah satu bidang yang diberi tumpuan ialah mengadakan kebajikan. Antara kebajikan yang diadakan oleh masjid dan surau pada bulan Ramadhan ini ialah seperti?
Mengadakan iftar percuma bagi orang ramai
Menyampaikan bantuan kepada asnaf – fakir miskin dan anak-anak yatim
Menyediakan moreh bagi jama`ah selepas menunaikan solat tarawih dan sahur bagi yang melakukan qiyam al-Lail,
Mengadakan tahlil arwah melalui borang permohonan dari waris-waris.
Memberi  hadiah sebagai terima kasih kepada pekerja-pekerja sukarela
Memberi elaun tambahan kepada pekerja-pekerja di masjid.
Menerima derma bagi pembangunan masjid bagi  menyelesaikan baki hutang yang masih tertonggak.
Sumber kewangan didapati ialah dari derma orang ramai. Sebelum tibanya Ramadhan, sebenarnya telah dimaklumkan kepada orang  ramai tentang kegiatan pada bulan Ramadhan. Bagi mereka yang ingin menderma boleh disampaikan dengan mengisi borang-borang yang ditentukan.
Orang ramai dan para jama`ah faham dengan kegiatan yang disusun yang sebenarnya melibatkan  nereka juga. Kemeriahan sambutan Ramadhan adalah dari kerjasama dari mereka semua.
Pada dasarnya pihak masjid tidak sukar untuk mendapat derma dari orang ramai bagi tujuan di atas.
Mereka sebenarnya berlomba-lomba menyampaikan derma, bagi mengadakan kegiatan Ramadhan seperti menyediakan makanan bagi iftar, moreh dan sahur sebenanya melibatkan jumlah lebih dari seratus ribu ringgit. Tapi semuanya didapati dari derma orang ramai. Peruntukan juga didapati dari orang ramai bagi menyampaikan derma kepada asnaf – faqir miski dan anak yatim.
Pada bulan Ramadhan ini juga ramai pekerja-pekerja sukarela yang datang membantu kerja-kerja  menyediakan iftar dan menjaga kebersihan. Mereka ini walaupun bekerja membantu secara sukarela, tapi sebagai penghargaan dan ucap terima kasih kepada mereka diberi sagu hati bagi menyambut hariraya. Demikian juga dengan tenaga-tenaga kerja masjid, mereka juga diberi sedikit tambahan imbuhan.  Disamping derma untuk pengurusan masjid, orang ramai terus menderma bagi melangsaikan hutang masjid yang mash tertonggak.
Pihak Ahli Jawatankuasa Urus-Tadbir  dan Pengimarahan masjid mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus menderma kepada masjid yang memungkinkan pihak jawatankuasa mengadakan berbagai-bagai kegiatan menyemarakkan Ramadhan dan membolehkan orang ramai  beribadat secara yang lebih selesa.
Sekian.

No comments:

Post a Comment