May 4, 2019

TAJUK-TAJUK BAGI SEMINAR AKIDAH


TAJUK_TAJUK BAGI SEMINAR AKIDAH
(Fikrah Bangi: 214),
BBB, 28 Sha`ban 1440H. = 04 Mei 2019M. (Sabtu):
Seminar setengah hari yang berlangsung di KUIS dapatlah dirumuskan sebagai perbincangan secara garis kasar tentang pegangan akidah ummah, terutama d Alam Melayu yang berasaskan akidah aliran Aliran Ash`ari-Maturidi yang telah berakar umbi sebagai pengangan akidah umat di rantau berkenaan. Jika mau dibicarakan secara detail setengah hari sebenarnya tidak cukup waktu.
Pada pagi 2 Mei (Khamis) itu  tiga pembentangan dilakukan oleh tiga orang pensyarah dari tiga buah universiti.
Pembentangan pertama dilakukan oleh Dr. Abdul Rahman Mahmud yang merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Kebangsaabn Malaysia dengan tajuk:Akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah (ASWJ) Dalam menghadapi masalah semasa.Kertas kedua dibentangkan oleh Al-Fadhil Dr. Hamidun bin Muhammad Hussein dari KUIS dengan tajuk: Jauharat al-Tauhid dan  Akidah Al-Tahawi Dan  Literature Dalam Rangka Kefahaman Asha`irah. Manakala tajuk ketiga dibentang oleh Dr. Muhammad Nizam bin Abdul Kadir dari UPM dengan tajuk:Ahlu al-Sunnah Dalam Islam. Ketiga-tiga sesi dipengerusikan oleh Dr. `Ata`dari KUIS.
Dr. Abdul Rahman menyebut bahawa aliran (ASWJ) adalah istilah yang tidajk wujud pada permulaan Islam. Akidah Salafi adalah langsung merujuk kepada sumber asal Islam, iaitu Al-Qur`an dan Hadith, tetapi apabila berlaku perpecahan politik dan pegangan akidah yang melahirkan seperti Khawarij, Qadariyyah, Jabariyyah, Mu`tazilah menjadikan kefahaman tentang akidah bercelaru menyebabkan bangkit tokoh-tokoh dengan pendekatan akidah murni seperti Al-Tahawi, Asha`irah, dan Maturidiyyah. ASWJ juga dilihat berlaku dalam bidang syari`at seperti Maliki, Shafie, Hanafi dan Hanbali, juga berlaku di dalam bidang akhlak dan kerohanian yang dilihat aliran Al-Ghazali sebagai ASWJ. Ini didasarkan kepada konsep Iman, Islam dan Ihsan yang dipetik dari Hadith Nabi s.a.w. riwayat Umar al-Khattab. Pegangan ASWJ adalah diibaratkan sebagai `Jalan Tengah` berbanding dengan aliran-aliran extrem yang lain seperti Mu`tazilah, Jabariyyah, Shi`ah dan sebagainya.
Aliran ASWJ adalah pendekatan mantap yang menjadi pegangan majoriti umat. Kekukuhannya adalah kekukuhan dari pendekatan ilmiah yang berpegang pada dalil naqal dan akal sebagaimana yang diulas oleh Al-Tahawi, Ash`ari dan maturidi
Aliran Ash`ri-Maturidi adalah menjadi pegangan umat Islam di Nusantara. Mereka yang berjasa adalah dari kalangan ulama seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Zainal Abidin Fatani, Tuan Ali  Kutan,, Syeikh Nasir al-Mas`udi dan beberapa yang lain yang mengarang kitab-kitab akidah di dalam bahasa Melayu (Jawi). Kirtab-kitab yang dihasilkan oleh ulama-ulama di atas dipelajari di pengajian-pengajian tradisi seperti pondok, madrasah dan balai. Bahkan dipelajari di masjid-masjid dan surau-surau. Pengajian berkenaan menjadi benteng akidah umat.
Walau bagaimana di dalam zaman moden ini berkembang berbagai-bagai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi dan berbagai-bagai cara kehidupan moden. Pendekatan akidah secara tradisi masih menjadi benteng keimanan. Namun pemikiran ummah tidak sunyi dari berdepan dengan ancaman. Ancaman tradisi ialah kejahilan. Ianya dapat diatasi dengan pembelajaran. Faham moden ialah hasil dari perkembangan berbagai kefahaman seperti liberaliusme, pluralisme, persamaan gender dan hak samarata dan kebebasan untuk tidak bertuhan – etheis.
Semuanya di atas adalah aliran dan kefahaman moden yang tidak cukup dengan pertahanan akidah secara tradisi, tetapi menuntut pendekatan secara saintifik, intelektual termasuklah dari segi perbahasan akidah yang diharap dapat menjawab tuntutan ilmiah secara terkini  yang memuaskan. Bidang akidah memerlukan tokoh-tokoh pengulas akidah secara semasa. Tokoh Al-Juwaini, Al-Baqillani terkini seperti Al-Qaradhawi di dalam bidang terkininya.
Sekian

No comments:

Post a Comment