June 1, 2019

BANGKITLAH MELAYU: DILEMA


BANGKITLAH MELAYU: DILEMA
(Fikrah Bangi: 243),
BBB{ 27 Ramadhan 1440H. = 01 Jun 2019M. (Sabtu).
Orang Melayu digesa oleh Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya bangkit kembali bersatu supaya dapat menjadi bangsa yang kuat, bermaruah dan bermatlamat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Tetapi bagaimanakah untuk bangkit ? Adakah kemampuan mereka pada masa ini ? Jawapannya tentu ada, tetapi di dalam keadaan yang lemah. Banyak dilema  yang menjadi cabaran.
Menyebut dilema nengingatkan kita kepada tulisan buku  Tun Mahathir pada tahun 1070 yang membicarakan kelemahan Melayu sebelum 1969, selepas beliau disingkir dari Umno. Dilema Melayu sebelum 1969 yang mencetuskan peristiwa 13 Mei, 1969, bahawa mereka ketinggalan dalam banyak segi termasuk ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan. Juga faktor invironment dan keturunan ?
Orang Melayu memang terkedepan di dalam bidang politik dan bersama-sama MCA dan MIC mereka bersama dalam Parti Perikatan menuntut kemerdekaan dan atas kerjasama berkenaan mereka mencatat sejarah sebagai pelopor kemerdekaan. Namun kejayaan di dalam memerdekakan Malaya pada masa itu, tidak diikuti dengan plan pembangunan ekonomi, pendidikan dan kehidupan sosial secara teratur. Apa diwaris penjajah berterusan yang memperlihatkan perbezaan kaum seperti orang Melayu kuat dalam bidang politik, MCA kuat dan menguasai ekonomi, pendidikan lantaran mereka berada dan hidup di bandar, manakala orang India hidup miskin di estet-estet. Pola perbedaan menimbulkan rasa tidakpuas hati yang membawa kepada turunnya Tunku Abdul Rahman  dan diganti oleh Tun Abdul Razak yang memerintah di bawah Mageran.
Semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau cuba merubahkan  agar ekonomi sama dinikmati semua kaum dan memberi peluang kepada bumiputra mendapat pengajian tinggi dan berikutnya tertubuh beberapa buah universiti seperti UKM,USM, UPM, UTM Kolej Mara yang memberi peluang kepada bumiputra dan berbagai pihak termasuk bukan bumiputra sama dapat peluang mendapat pengajian tinggi. Konsep Ekonomi Baru diperkenalkan, Pembangunan Luar Bandar diadakan termasuk penubuhan FELDA dan Mara.
Dengan perubaha ini kehidupan sosial, terutama orang Melayu mulai berubah, mereka mulai berpindah ke bandar, lantaran mendapat pelajaran, peluang pekerjaan dan sebahagian mereka meningkat dari segi status sosial. Perubahan Melayu dan bukan Melayu banyak dimain peranan oleh pemerintah yang diketuai Umno, MCA dan MIC dan komponan yang lain dalam Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963 lagi
Negara yang diperintah BN adalah selesa. Orang politik mempunyai kuasa tak tercabar dan berpeluang memiliki harta, lahir golongan kaya, koporat dan ahli perniagaa, Pendek kata jurang ekonomi antara kaum dapat dikurang, semua mendapat peluang belajar ke peringkat tertinggi dan kekayaan negara dapat dinikmati bersama.
Suasana kemakmuran sedemikian adalah baik, tetapi dari satu segi mewujudkan suasana lalai tanpa gugatan. Dalam hal ini ada yang mengambil kesempatan menghimpun harta dan kedudukan. Berlaku rasuah, walaupun ada pencegah dan penguatkuasa, tetapi tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh.
Dalam masa yang sama terbentuk jurang yang luas antara yang kaya dengan yang miskin, status sosial yang memisahkan antara elit dan non-elit dan antara yang berpendidikan dan yang tidak. Di samping itu timbul skendel-skendal, terutama di kalangan atasan. Pihak bawah walaupun mengetahui, tetapi bagai tidak mampu mencegahnya.
Rasuah,. Skendel dan penyelewengan ini menjadi isu yang membangkitkan kemarahan rakyat yang membawa kepada kejatuhan BN. Harapan rakyat adalah tinggi kepada kerajaan baru, namun sebenarnya ianya kemudian mencetuskan dilema baru kepada Melayu – akibat masalah pada  kepimpinan Melayu itu sendiri dan harapan pada kerajaan baru.
Sekian.

No comments:

Post a Comment