ARUS BALIK - UMNO KEMBALI BERNAFAS
(Fikrah Bangi: 256),
BBB: 11 Syawal 1440H. = 15 Jun 2019M.
(Sabtu).
Dalm tempoh enam bulan selepas pilihanraya
ke 14 (9 Mei 2018), Umno termasuk BN dapatlah disifatkan sebagai di dalam
naza`. Masalah-masalah bertimpa-timpa. Sudahlah kalah dan terlepas kekuasaan
memerintah. Ahli-ahli parlimen dan DUN yang tidak setia berloncatan keluar dari
khususnya Umno sama ada secara bersendirian atau secara blok. Umno juga hilang
kepimpinan. Berikut dari kekalahan Najib sebagai Presiden Umno mengambil
tanggungjawab di atas kekalahan dan berundur diri dari jawatan Presiden.
Melalui mesyuarat Agung Umno Zahid diangkat menjadi Presiden Umno pada 30 Jun
2018 dengan Timbalannya Dato` Seri Muhamed Hasan. Walau bagaimana Zahid tidak
dapat bertahan, kerana ia juga sebagaimana Najib terpalit dengan mahkamah dan terpaksa menyerahkan jawatan
untuk dipangku Muhamed pada 18 Disember 2018. Sebagaimana telah disebut dalam
masa enam bulan ini empat siri pilihanraya kecil yang ditandingi Umno semuanya
kalah secara berturut-turut.
Walau bagaimana dapatlah dikatakan bahawa
tidak sokongnya rakyat kepada Umno-BN bukan bererti mereka membenci kepada
Umno, tetapi kerana pembawaan pimpinan. Selepas kedua-dua pimpinan menarik diri
dan memberi kepimpinan kepada orang baru, kepercayaan diterima umno kembali dan
simpati adalah membuak-buak.
Simpati terhadap Umno-Bn sebagaimana telah
disebutkan oleh kerana banyak faktor, antaranya
·
Tidak menunaikan
janji yang dibuat dalam pelihanraya ke 14.
·
Pentadbiran
yang tidak licin kerana ketiadaan pengalaman
·
Golongan
bawah merasa semakin susah kerana kenaikan kos hidup
·
Makin
sukar mendapat pekerjaan, terutama bagi golongan muda
·
Cukai GST
sebenarnya ditukar kepada SST yang bererti tidak hapus sebenarnya.
Beban di atas sebenarnya ditanggung oleh
semua kaum. Semua merasa tertekan.
Bagi orang Melayu selain dari beban di
atas, mereka merasa bimbang:
·
Hak dan
keistimewaan orang Melayu dan bumiputra makin terhakis.
·
Bimbang
akan perubahan Perlembagaan akan menggugat mereka dan raja-raja.
·
Bimbang
terhadap agama yang mereka anuti, kerana agama Islam dan Nabi dipersenda dan
sebagainya.
·
Bahasa
Melayu dari segi praktikknya makin terpinggir.
·
Budaya
juga akan turut terpinggir.
Semua kebimbangan di atas menjadi kesatuan
yang menggerakkan `Arus Balik`. Orang
Melayu bukan saja simpati dengan nasib Umno dan merasa imej Melayu sendiri
terhina. Yang melakukan kesalahan hampir semuanya Melayu. Sebagaimana kata Profesor
Ho Ke Ping, ``Melayu makin dihancurkan (UM,
15.4.2019: 16).
Arus balik yang kuat berlaku, apabila
selama ini Pas bertanding secara persendirian dan kalah, maka dari berbagai
gejala yang menimpa raktyat dan orang Melayu menimbulkan keinsafan di kalangan
pemimpin Pas dan Umno untuk bekerjasama bagi mempertahankan imej Melayu yang
telah runtuh.
Ujian kerjasama terawal ialah berlaku di
luar dari negeri Selangor. Kedua-dua parti bekerjasama di dalam pilihanraya
kecil bagi Parlimen Cameron Highland. Mereka memilih calon bumiputra dari
kalangan orang asli tempatan, iaitu Ramli bin Mohd Nor melawan calon PH dan
buat pertama kali selepas Pilihanraya ke 14 dan kekalahan PRK 4 kali
berturut-turut, maka buat kali pertama Umno dengan kerjasama dengan Pas dan
parti-parti dalam BN, terutama MCA dan MIC, Umno memenangi kerusi Parlimen
Cameron Highland dengan majoriti besar, iaitu sebanyak 3,238 undi.
Kemenangan Umno ini menimbulkan kegemparan
di dalam komponan PH.
Ia merupakan `Arus Balik` mulai pasang yang
boleh melemaskan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment