June 17, 2019

SAAT-SAAT SEJARAH MENYERLAHKAN KEPIMPINAN MUHAMED HASAN


SAAT-SAAT SEJARAH MENYERLAHKAN KEPIMPINAN MUHAMED HASAN
(Fikrah Bangi:  258),
BBB: 13 Syawal 1440H. = 17 Jun 2019M. (Isnin).
Jika Tun Mahathir mengambil peluang menangkap `Saat Sejarah` yang membawa beliau menjadi Perdana Menteri  kali kedua, maka Muhamed Hasan mempunyai saat-saat sejarah yang menyerlahkan  beliau menjadi pemimpin tertinggi Umno. Sebelum daripada itu sungguhpun Muhamed Hasaan telah memimpin  Umno pada peringkat negeri Sembilan dan menjadi Menteri Besar selama tiga penggal, nama beliau tidaklah dikenali kecuali pada peringkat tempatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Ujian yang menyerlahkan Muhamed Hasan, apabila beliau menang pilihanraya bagi DUN Rantau tanpa bertanding. Kemenangan tanpa bertanding ini adalah saat sejarah dan sebagai satu rahmat yang menyelamatkan beliau. Lantaran kalau beliau  tidak menang tanpa bertanding pada ketika gelombang rakyat menolak Umno pada pilihanraya ke 14 itu, kemungkinan Muhamed juga kalah yang boleh melenyapkan beliau dari bidang politik.
Apabila Datuk Seri Najib berundur dari kepimpinan Umno berikut dari kekalahan Umno-BN dalam pilihanraya ke 14 Muhamed sekali lagi berpeluang menangkap saat  sejarah apabila Datuk Seri Zahid Hamidi diangkat menjadi Presiden Umno dalam mesyuarat Agung parti itu  pada 30 Jun 2018. Bintang Muhamed Hasan mulai menyerlah apabila beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno. Bintang beliau makin menyerlah apabila Zahid sebagaimana Najib terkait dengan kes nahkamah dan Zahid terpaksa melepaskan jawatan pada 18 Disember 2018 dan menyerahkan jawatan Presiden Umno dipangku oleh Muhamed Hasan sebagai Presiden yang juga adalah Timbalan Presiden dan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Naib Presiden. Ini adalah merupakan saat sejarah yang makin menyerlahkan bintang Muhamed Hasan dalam politik tanahair.
Saat Sejarah yang dimiliki Muhamed Hasan ini menyerlahkan lagi bintang beliau sebagai pemimpin Umno, apabila beliau mengambil pendekatan selaku Pemangku Presiden Umno bersama dengan Datuk Sri Abdul Hadi Awang bekerjasama dengan Pas di dalam pilihanraya. Pendekatan ini menyerlahkan kepimpinan Muhamed Hasan. Jika dalam PRK yang ditandingi Umno dalam setengah tahun PH memerintah semuanya kalah secara berturut=turut sebanyak kali – 3 PRK di Selangor dan terakhir di Port Dickson pada  13.10.2018.
Selepas bekerjasama dengan Pas menyerlahkan kepimpinan Muhamed Hasan apabila Umno dengan kerjasama dengan Pas berjaya memenangi PRK bagi ketiga-tiga kerusi secara berturut-turut, iaitu:
1)      Di Cameron Highland Pahang pada 26.1.2019
2)      Di Semenyih pada 3 Mac 2019
3)      Dan ketiganya
Muhamed sendiri menghadapi ujian , kerana terpaksa bertanding kembali di dalam PRK Rantau pada 13.4.2019. Beliau bertanding dengan penuh konfiden dan mendapat sokongan dari orang ramai dan beliau memenangi PRK Rantau dengan majoriti besar.
Ujian yang dihadapi Muhamed Hasan adalah merupakan saat-saat sejarah yang dihadapinya dan beliau berjaya mengatasi ujian-ujian berkenaan dan mencapai kemenangan. Ini semuanya menyerlahkan bakat kepimpinan Muhamed Hasan.
Sesungguhnya melalui kepimpinan Muhamed Hasan, Umno yang disifatkan sebagai telah mati, kembali pulih, bahkan bersedia menghadapi sebarang tentangan. PH walaupun pada peringkat akhir memenangi PRK Sandakan pada 11 Mei 2019, PH tidak lagi memperli Umno dan kepimpinan, kerana PH tahu mereka sedang berdepan dengan kebangkitan Umno dan rakyat dalam masa PH terus dipertikaikan kemampuannya memerintah.
Sekian.

No comments:

Post a Comment