PAS JUGA MERASA TERASING ?
(Fikrah Bangi: 251),
BBB:
06 Syawal 1440H. = 10 Jun 2019M.
(Isnin).
Yang terasing dari kuasa ialah BN,
khususnya Umno. Kuasa yang dipegang selama 62 tahun terlucut. Bahkan lebih
menderita suara parti yang dimenangi Umno-BN berkurang daripada 79 kepada 39
akibat dari berlakunya perlompatan ahli, Setengah tahun selepas pilihanraya ke
14 dapat dikatakan tempoh paling seksa bagi Umno. Dalam masa tersebut
pilihanraya kecil – sebanyak 4 pilihanraya, tiga di Selangor dan satu di Port
Dickson adalah kalah secara berturut-turut.
Pas yang sejak pilihanraya ke 14 pada 9 Mei
2018 nampaknya meneruskan sikapnya bertanding secara bersendirian dan turut
kalah. Konsep bersendirian ini bukanlah asing bagi Pas. Ianya mempunyai prinsip
dan ideologi tersendiri, iaitu mempejuangkan Islam. Atas dasar ini dan melihat
kepada perjuangan parti-parti yang ditubuhkan pada peringkat perjuangan
kemerdekaan tidak berdasarkan prinsip
keislaman seperti Umno berdasarkan `Kebangsaan` yang kemudian disifatkan
sebagai `asabiyyah – Perkauman, lebih jauh lagi parti-parti yang lain, lantaran
itu Pas ditubuhkan pada 1951. Walau bagaimana Pas pada peringkat permulaan
sebenarnya berinspirasikan dan bersifat
Islamic Nationalis. Ini dapat dilihat
dari perjuangan Presiden Pas pertama Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang disifatkan oleh Kamaruddin Jaffar sebagai
Pejuang Politik Melayu dan Islam yang
menjadi tajuk kajian bagi bukunya yang mengkaji tokoh berkenaan. Perjuangan
bersifat nasionalis Islam ini diteruskan oleh seperti Zulkifli Muhammad dan Dato` Asri Muda.
Daripada awal itu Pas memang bersendirian dalam perjungan dengan kalah menang
dalam pilihanraya, termasuk menguasai Terengganu pada peringkat awal tahun
1969.
Persendirian Pas kerana perjuangan yang
berasaskan ideologi Melayu Islam. Perubahan hanya terjadi selepas Tun Razak
menubuhkan `Kerajaan Mageran selepas Mei 13 1969. Pas pada masa itu di bawah
kepimpinan Dato` Asri Muda. Beliau dan beberapa pimpinan Pas menjadi ahli
kabinet. Kerjasama Pas dengan Umno secara khusus berterusan sehingga negera di
bawah pimpinan Tun Hussein Onn dan Pas ditendang keluar dari pemerintahan. Pas
kembali bersendirian di dalam jatuh bangunnya. Namun satu pendekatan baru
dilakukan semasa Pas di bawah pimpinan Datuk Fadzil Noor antara 1999-2002,
tetapi belum sempat melihat kerjasama yang dapat menguasai kerajaan Pusat. Kerjasama
diteruskan hingga pilihanraya ke 12 dan ketiga belas. Pas bersendirian mulai
dari 2015.
Kekalahan Pas dalam pilihanraya kecil
secara persendirian sebagaimana Umno semacam memberi kesedaran bahawa mereka
sebenarnya telah membazirkan masa, tenaga dan kewangan menentang Kerajaan PH.
Cakap-cakap bahawa Pas perlu kerjasama, terutama di dalam pilihanraya kecil telah
disebut-sebut sejak berakhirnya pilihjanraya ke 14. Ruang untuk kerjasama ini
lebih kelihatan pada masa Zahid Hamidi memimpin Umno selaku Presiden – mulai pertengahan
2018. Dalam peringkat ini tidak timbul soal penyatuan. Pihak Pas kelihatan
berwaspada, melihat kepada masalah yang dihadapi Umno dan juga memikirkan
prinsip antara kedua parti adalah berlainam. Penerimaan ahli juga dijadikan
perkiraan.
Walau bagaimana melihat kepada arah yang
dituju oleh pihak PH pada peringkat permulaan banyak menggugat kepentingan Melayu menggerakkan kedua parti ini ke arah
penyegeraan yang lebih segera. D
Adalah dilihat ada hikmahnya jika Pas
bersama PH dari awal, Umno dijangka lebih parah. Dengan bersendirinya Pas
menjadikan nasib yang dialaminya sebagaimana Umno, walaupun Pas lebih baik dari
Umno dengan menguasai Kelantan dan Terengganu.
Dengan bersendirinya Pas kedua-dua
seolah-olah sama terasing. Bagi Pas melihat Umno dan Melayu adalah terancam,
bahkan Umno disifatkan oleh pimpinan PH sebagai sudah tiada. Kepupusan Melayu
dalam Umno adalah ancaman bagi kepupsan Pas. Kesedaran seumpama ini lebih
menyegerakan ke arah kerjasama antara dua parti. Konsep kerjasama sebagaimana
telah dibincangkan bukan asing bagi Pas.
Hasrat ini diteruskan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment