June 2, 2019

KE ARAH PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK ?



(Fikrah Bangi: 244)
BBB:  28 Ramadhan 1440H. = 02 Jun 2019M. (Ahad).

Tidak mudah bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia mau membuat perubahan, bahkan menukarkan kerajaan dari kerajaan yang telah memerintah selama lebih dari enam dekad. Jika pun ada tidaklah mampu menggugat pemerintahan pada peringkat Federal seperti pemerintahan oleh kerajaan Pas di beberapa negeri majoriti Melayu atau oleh seperti kerajaan PBS di Sabah sebelumnya.

BN adalah parti politik dominan yang didominasi Melayu selama ini telah banyak membawa pembangunan, transformasi dan mobiliti sosial kepada rakyat.
Orang Melayu yang terkenal sebagai masyarakat luar bandar, kini sama-sama bergiat di dalam berbagai-bagai lapangan  termasuk ekonomi di bandar. Mereka menjadi sebahagian dari penghuni bandar.

Kabinet dan pentadbiran negara adalah didominasi Melayu. Pengajian-pengajian  tinggi banyak didirikan menurut dasar dan polisi yang ditentukan – termasuklah menggunakan bahasa kebangsaan di samping bahasa-bahasa yang lain yang diperlu bahkan diwajibkan seperti bahasa Inggeris.  Anak-anak Melayu berpeluang menyambung pengajian dan setelah lulus mengambil tempat di dalam berbagai-bagai jabatan, agensi dan sektor bagi memajukan negara.

Dasar bahasa yang menurut Dasar Pelajaran Kebangsaan dilihat sebagai satu kejayaan. Bahasa yang digunakan sejak dari sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi ini mampu diguna masyarakat terutama golongan muda, di samping penguasaan mereka bahasa kedua atau ketiga. Bahasa kebangsaan benar-benar dapat menyatukan rakyat Malaysia.

Antara yang dilihat yang paling berkuasa ialah `Orang Politik`, khususnya dari politik pemerintah – BN. Tidak mudah untuk menyertainya, ada kawalan dan sekatan tidak rasmi, tetapi jika dapat bersamanya  adalah juga bermakna, bersama mendapat peluang dan habuan. Kalau tidak mendapat peringkat tinggi, kalau pada peringkat JKK saja pun sudah berpeluang mendapat habuan. Berpeluang mendapat kuasa politik sedemikian berpeluang mendapat kedudukan, walaupun di negeri pembangkang. Iaitu melalui seperti perlantikan JKK, pegawai persekutuan bahkan senator.

Perubahan mulai berlaku yang menggugat BN, ialah mulai akhir 1990an yang kita panggil sebagai `Faktor Anwar`. Pada peringkat permulaan gugatan berlaku di negeri maju – Selangor. Faktor ini yang kemudian dikenali dengan `Pakatan Rakyat` menggugat BN dan menguasai negeri Selangor mulai 2008 dan seterusnya. Negeri ini maju, termasuk Penang, kerana kekukuhan ekonominya dan tidak dapat digugat oleh kerajaan Pusat. Negeri Selangor adalah menjadi contoh kemajuan dan bersih dari segi pentadbiran. Tidak  ada isu besar yang menggugat negeri ini, kecuali dimainkan isu air dari semasa ke semasa apabila ada pilihanraya kecil dan sebagainya.

Sebenarnya, walaupun Selangor menjadi model pemerintahan pembangkang (komponan pada masa itu ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR, PAS dan DAP), BN tidak tergugat di negeri-negeri yang lain (kecuali Penang – juga di bawah Pakatan Rakyat).
Namun bagi pilihanraya ke 14, beberapa isu besar ditimbulkan oleh pihak pembangkang (tidak termasuk PAS yang mulai bersendiri) , iaitu seperti isu IMDB yang mula dicetuskan pada Julai 2015, cukai GST sebanyak 6% dan skandel tertentu. Pakatan Harapan (jenama baru pembangkang) membuat janji-janji yang menakjubkan rakyat ditawarkan oleh pihak pembangkang, termasuk penghapusan tol, menurunkan harga minyak, membanyakkan rumah mampu milik, menghapuskan GST, meringankan beban peminjam PTPTN, menurunkan harga barang dan kos hidup, menghormati perjanjian Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dan pengagihan royalti minyak secara lebih adil kepada negeri-negeri berkenaan dan yang lain.
Janji dibuat adalah dalam jangkaan pembangkan mereka tidak mampu menang pada peringkjat Pusat, tapi sekadar untuk mendapat kerusi lebih.
Bagi rakyat, khususnya orang Melayu berdepan dilema untuk meninggal pemerintah yang telah begitu berjasa. Namun keputusan pilihanraya ke 14 menunjukkan, orang Melayu tidak sepenuhnya menyokong Pakatan Harapan, sebaliknya Melayu merasa lebih rendah risiko dan dilema ialah dengan menyokong parti  dari Melayu seperti Pas yang memenangi Kelantan, Terengganu dan hampir menawanKedah. Manakala BN menguasai Pahang, Perlis dan Sabah (sebelum berlaku perloncatan), manakala negeri-negeri lain yang bersifat multi-rasial, khususnya di Pantai Barat Semenanjung menyokong PH.
Bagiu orang Melayu dilema tidak hilang dengan kemenangan PH.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment