MUKTAMAR PAS – SUARA KEYAKINAN
(Fikrah Bangi: 266),
BBB, 21 Syawal 1440H. = 25 Jun 2019M.
(Selasa).
Muktamar Pas yang berlangsung di Kuantan
telah berakhir pada 23 April lalu dengan keyakinan dan semangat yang lebih
tinggi. Peningkatan keyakinan Pas kerana
merasa sudah mempunyai kawan yang boleh dipercayai. Kawan yang yang
dapat memberi manfaat baik bagi Pas,
maupun Umno. Kawan yang sudah diuji
melalui kerjasama Umno dan Pas dalam pilihanraya di Cameron Highland, Semenyih
dan Rantau sejak dari awal tahun 2019 dan berterusan kini. Berbanding dengan
sebelum daripada itu Pas bersendirian. Terbukti berkawan lebih baik dari
bersendirian. Hasil dari berkawan dan bekerjasama membawa Pas pada kali ini
mengadakan muktamar di Kuantan – Negeri yang di bawah kerajaan Umno (BN).
Menandakan kerjasama lebih erat.
Dalam muktamar terpancar keyakinan bahawa
mereka akan menguasai pemerintahan negara pada pilihanraya ke 15 akan datang.
Kenyataan yang sepatutnya disimpan terlebih dahulu dan tidak membuat pengumuman
secara terbuka. Keyakinan Pas ini diteruskan dengan kenyataan bahawa Pas yakin
akan memenangi 20 lagi kerusi PH pada pilihanraya ke 15 nanti.
Kerjasama antara Pas dan Umno memang
merupakan formula terbaik bagi kedua parti berkenaan, tetapi patut ada
`reservation` untuk mendakwa akan
memerintah – insya Allah, kerana banyak faktor yang boleh berubah yang boleh berpihak kepada Pas dan
Umno, maupun pada PH. Sememangnyalah PH kini mengalami kehilangan keyakinan
rakyat dari Mei 2018 sebanyak 83% kepada Mac 2019 turun kepada 46%, tetapi ada
berbagai faktor yang boleh merubah persepsi dan penilaian rakyat.
Setahun selepas prestasi PH berkuasa dan
kelilangan keyakinan rakyat, mereka mulai berusaha memperbaiki diri, selepas
mengenalpasti kelemahan dan kesilapan dan mulai memperbaiki diri. Empat tahun
berbaki relatifnya panjang dan sempat bagi PH memperbaiki kesilapan. Pengumuman
Tun Mahathir bahawa dia akan berundur selepas 3 tahun memerintah boleh dipercayai.
Dengan pengunduran Tun, selepas
memperbaiki imej negera dari kemelut rasuah, mengurangkan hutang negara dan
memperbaiki prestasi ekonomi, dengan
peralihan kuasa Anwar Ibarahim akan membawa pendekatan baru yang akan
disifatkan sesuatu yang menyegar dan memberi keyakinan baharu terhadap
pimpinannya. Jikalau beliau dapat membawa pendekatan yang meyakinkan, maka
dalam dua tahun tempoh pemerintahan PH membolehkan PH mendapat keyakinan baru dari
rakyat yang dapat meneruskan
pemerintahan. Sekarang kekuasaan pada mereka banyak cara dan pendekatan positif
yang dapat dilakukan.
Bagi Pas dan Umno, seharusnya meletakkan
diri dalam keadaan `berhati-hati` dan tidak gelojoh membuat kenyataan yang boleh
menikam diri sendiri. Lebih bijaksana bagi Pas dan Umno memikirkan kerjasama
yang terbaik yang dapat diaplikasikan dalam memperlengkapkan diri bagi
menghadapi pilihanraya secara bersama. Adalah tidak bijak bagi Pas membuat
syarat-syarat bersendirian secara terbuka kepada Umno atau siapa saja dengan
menyifatkannya sebagai Piagam – sebenarnya tidak bersifat Piagam, Cuma syarat-syarat
sahaja,. Bagi syarat-syarat yang mau dibuat, lebih baik duduk dan berbincang
bersama dan tidak mengumumkan secara terbuka kepada orang ramai.
Perlu difikirkan bahawa pilihanraya yang
dihadapi, janganlah sampai dicopkan sebagai pilihanraya Melayu menantang bukan
Melayu. Pas dan Umno perlu mencari gandingan yang bukan Melayu yang memperlihatkan
keadaan Malaysia yang berbilang kaum, paling tidak ialah dengan memperkasakan
MCA dan MIC sebagai gandingan bagi menghadapi pilihanraya.
Bagi Pas dan Umno dalam masa empat tahun
sebelaum pilihanraya seharusnya merangka `Plan Strategik` yang diterima Umno
dan rakan yang menjadi folus dan kegiatan dapat diketengahkan kepada rakyat dan
mendapat keyakinan mereka.
Dalam tempoh empat tahun mendatang adalah
pertandingan dasar perjuangan dan manifesto yang dapat ditawarkan oleh
kedua-dua pihak kepada rakyat. Semua pihak tidak seharusnya berdepan dengan
rakyat secara `Tangan Kosong`. Kemukakan perancangan konkrit kepada rakyat. Ini
sepatutnya antara resolusi yang dihasilkan di dalam muktamar.
Sekian.
Ha ha ha... jgn dikisahkan dengan PAS... parti lebai kan... kalut apa Dr..? risaukan Abam Non yang nampaknya nak ke game dgn Atok.
ReplyDeleteKesian dia meroyan merata menjaja kononnya adalah PM menanti... nak tanya Abam Non.. bak ibarat kata makcik di CH hari tu.... Surat adaa..? Ada Surat baru percaya... Ha ha ha