June 19, 2019

MUHAMMAD AL-MURSI: PEJUANG IKHWAN



(Fikrah Bangi: 260).

MUHAMMAD  MURSI
Pergimu semalam
Insya Allah syahid balasan
Muhammad Mursi (67)
Kaulah Pejuang sejati
Presiden Mesir pertama dipilih
Secara demokrasi
Sejak 2012M.
Pejuang Ikhwan al-Muslimin
Menegakkan Islam di bumi Mesir
Tapi di tanah Firaun ini
Terkenal  berzaman
Berterusan budaya kezaliman
Meskipun kau pilihan rakyat
Tak terlepas  berhadapan
Al-gojo zaman bernama al-Fattah al-Sisi
Firaun moden perompak demokrasi
Bersama  junta tentera berkuku besi
Dan kuncu-kuncu mengelilingi.

Kematianmu Muhammad al-Mursi
Seluruh dunia tafakkur mengingati
Hilangnys  kemanusiaan
Patut mendapat pembelaan.

Muhammad Mursi
Tuhan lebih mengasihanimu
Memanggil ke pangkuan
Setelah 6  dari 20 tahun
Menjalani hukuman
Oleh perampas keadilan
Hukuman adalah penyaksian
Kukuhnya perjuanganmu
Tapi lebih kukuh dari itu
Zaman menyaksikan ketabahan
Engkau jatuh semasa berdepan pembicaraan
Mempertahankan kebenaran
Disambut para malaikat penuh santun
Iringan doa ke tanah persemadian
Damai bersama syuhada` awliya` salihin.

Muhammad Mursi
Sejarah mencatat kesinambungan
Gemilang perjuangan ikhwan al-Muslimin
Dari zaman Syed Qutb yang juga syahid
Meskipun Ikhwan diharamkan
Oleh Firaun moden
Sejarah akan terus membaca
Hasrat dan rentetan perjuangan
Untuk diikuti pejuang Islam.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi.
15 Syawal 1440H.
19  Jun  2019M.

No comments:

Post a Comment