PERLU BERWAWASAN BAGI LANDASAN KEGIATAN
(Fikrah Bangi: 270),
BBB, 25 Syawal 1440H. = 29 Jun 2019M.
(Sabtu).
Suasana politik kini, seolah-olah berada di
dalam gencatan dari kempen, kerana tiadanya pilihanraya keci (PRK). Pihak PH
yang memerintah sebok memperbaiki diri dari berbagai-bagai kesilapan dan
kekurangan dalam setahun memerintah. Sedang pihak pembangkang, terutama Umno
dan Pas sedang bebincang bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua parti itu,
sehingga kepada pembahagian kerusi dibincangkan
agar tidak bertembung di dalam pilihanraya ke 15 akan datang.
Berbanding dengan PH yang parti-parti
komponannya tidak membawa identiti kaum
yang boleh dituju kepada semua masyarakat, tetapi Umno lebih kepada Melayu, Pas
untuk orang Islam, MCA kepada orang Cina dan MIC kepada orang India, maka wajar
bagi Umno dan komponan mencari landasan yang fokusnya bersifat menyeluruh dan
tidak terkhusus bagi satu kaum.
Pada masa Penulis menjadi ADUN Kajang
(1999-2004), dalam masyarakat majmuk di DUN Kajang kita mengambil pendekatan
bekerja dengan motto `Anda Memberi Mandat, Kami Memberi Khidmat`, iaitu dengan
lawatan ke kawasan-kawasan secara giliran dan membuka kaunter aduan di
pasar-pasar dan diberbagai pertemuan (aduan dibawa ke pihak atas berkenaan) di
samping membawa imej keislaman kepada masyarakat majmuk. Selepas kalah di DUN
Bangi (2004-2008), kerana populariti Mr. Clean – (Tun Abdullah Badawi), bagi
mengembalikan sokongan Penulis dan Jawatan kuasa mengambil pendekatan baru.
Penulis kembali mencebur diri dalam Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi
sebagai (Setiausaha Perhubungan) - Ketua Publisiti. Penulis mencadangkan
diadakan ``Sambutan 30 tahun Bandar Baru Bangi (1977.2007)` dan mulai mencetuskan idea dan Motto ``Bangi
Bandar Ilmu.`` Dengan wawasan ini Penulis memenangi pilihanraya DUN Bangi
(2008) dengan majoriti besar . Kerajaan Keadilan Rakyat dapat dibentuk di
Selangor. ``Bangi Bandari Ilmu`` dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul
Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor (22 Jun 2008) di Dun Bangi dan berikut
dari itu Masjid Al-Umm sebagai salah satu projek Bangi Bandar Ilmu dicadangkan
(Mesyuarat 4 Februari 2010) dan dirasmikan tapaknya oleh Menteri Besar pada 6 Januari 2013. Motto
Bangi Bandar Ilmu adalah ungkapan yang utuh, ianya menjadi landasan kegiatan
politik, keilmuan bahkan kemasyratakatan
yang masih digunakan hingga kini, bahkan menjadi perjuangan dan identiti di
Bandar Baru Bangi.
Apa yang hendak ditekankan di sini baik
bagi mana-mana politik perjuangan perlu ada wawasan yang menjadi motto
perjuangan yang hidup dan bersifat menyeluruh dan dapat diaplikasikan kepada
semua.
Bagi Umno dan Pas bagi tidak menampakkan
sifat kaum atau pegangan satu masyarakay, perlu diteliti apakah arah dan
perjuangan parti yang akan bekerjasama antara dua pihak atau lebih dari itu.
Penulis berpendapat wawasan yang dapat
diketengahkan ialah:
``BERILMU BERPERADABAN``
Yang dapat menjadi motto yang menjadi
landasan dan arah perjuangan. Ianya tidak bercanggah dengan cita-cita keislaman
dan kaum.
Dari segi maksud selapis, bahawa adalah
menjadi dasar bagi parti politik dan lain-lain akan terus menerus meningkat
keilmuan bagi masyarakat di dalam berbagai-bagai bidang. Mekanisme bagi
meningkatkan keilmuan bagi masyarakat di atur yang melibatkan pengajian masyarakat
dari anak sekolah ke pengajian tinggi. Pengajian bagi masyarakat melalui masjid, surau, balai, komuniti, jabatan, kelompok masyarakat dan berbagai
media..
Di bawah berilmu menjadi mekanisme bagi
membina tamadun bangsa dan masyarakat lebih-lebih lagi dari kemajuan tampak
seperti pembangunan kota dan bandar dan segala kemajuan yang berhubung
dengannya, kemajuan dari segi komunikasi dan kehidupan sejahtera yang
masyarakatnya mementingkan ilmu. Peluang berilmu terbuka luas dan pengajian
adalah bersifat dari buaian hingga ke liang lahad. Para ilmuan diberi kedudukan
tertinggi dalam hiraki masyarakat. Penyelidikan, kreativiti, inovasi dan perkembangan keilmuan diberi keutamaan.
Manakala `Berperadaban` adalah lebih
menekankan kepada `Nilai, Keyakinan, Kemanusiaan, Kebudayaan, Kesenian dan Kealaman.
Konsep kemajuan adalah kemajuan lebih dari
segi ilmu dan bukan harta benda.
Kebahagiaan adalah lebih kepada kebahagiaan
jiwa.
Perlu keseimbangan antara kemajuan sains
dan kemanusiaan.
Akhlak terpuji adalah berada pada kedudukan
tertinggi dan disempurnakan dengan keilmuan mendalam serta bersifat kemanusiaan
dan kerohanian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment