PENDIDIKAN SEKTOR PENTING BAGI KONSEP
`BERILMU BERPERADABAN`
(Fikrah Bangi: 271),
BBB:
26 Syawal 1440H. = 30 Jun 2019M., (Ahad).
Pendidikan adalah sektor penting bagi
konsep `Berilmu Berperadaban` yang dapat diaplikasikan kepada individu,
masyarakat, bangsa dan negara.
Berilmu adalah fitrah dan keperluan yang
patut digarap individu, masyarakat. Bangsa dan negera. Dengan penggarapan dapat
mengeluarkan potensi yang ada pada mereka bagi kepentingan individu dan kepentingan semua. Pendidikan bukan apa
yang difahami seperti pendidikan formal
melalui sekolah hingga kepada pengajian
tinggi, tetapi adalah lebih luas dari itu. Ianya melibatkan masyarakat dan
merupakan pendidikan sepanjamg hayat. Lantaran itu, konsep pendidikan terhad
selama ini hendaklah dirubah kepada `Pendidikan Sehayat- Menzahirkan Potensi
dan Bakat`. Pendidikan aeperti yang dilihat adalah sesuatu yang bersifat
fitrah.
Kalau fitrah insan setiap hari memerlukan
makanan dan minuman bagi memenuhi tuntutan fizikal, maka tuntutan akal dan
rohani memerlukan ilmu bagi memenuhi tuntutan akli dan rohani. Dapatlah dikatakan kemajuan insan sehingga
kini adalah hasil dari ilmu dan pengalaman yang telah dilalui. Pun begitu masih
terhad dari segi pencapaian. Adalah tidak rugi, bahkan menguntungkan jika
sekiranya masyarakat digembeling dan digerakkan di dalam gelombang kesedaran
keilmuan dan mereka digerak maju ke hadapan. Dengan Berilmu sebenarnya adalah
meningkatkan kualiti individu dan masyarakat yang mempunyai daya keilmuan dan
intelektual yang lebih tinggi yang sekali gus membentuk pandangan wujud yang betul dan positif dan
menjadikan diri dan masyarakat berpotensi berkualiti dan maju serta menuju ke
arah kehidupan terbaik.
Wilayah `Berilmu Berperadaban` adalah
wilayah yang besar. Ianya hendaklah menjadi agenda negara dan pemerintah. Yang
terlibat adalah:
·
Warga
mesyarakat berbagai keadaan.
·
Kurikulum
Pendidikan sehayat
·
Jenis dan
tahap pendidikan
·
Gemblingan
tenaga guru dan pembimbing
·
Standard,
kualiti dan aplikasi
Sasaran pendidikan adalah seluruh warga
masyarakat dari anak-anak, ke sekolah dan pengajian tinggi dan mereka yang
terlibat di dalam pekerjaan dan berbagai sektor hidup.
Pendidikan formal adalah melibatkan
anak-anak pada peringkat tadika, membawa ke sekolah hingga ke pengajian
tinggi. Mereka yang keluar dari
pengajian formal dan tidak formal dan bekerja juga akan terus berada di dalam
suasana pendidikan.
Bagi yang bekerja, maka pendidikan adalah
melalui institusi pekerjaan yang ada padanya bahagian pendidikan seperti di
pejabat dan institusi masing-masing, manakala bagi yang bekerja awam adalah
melalui pendidikan di tempat kerja mereka. Bagi orang ramai dan ibu bapa adalah
melalui dewan, balai dan ruang-ruang pertemuan. Termasuk pendidikan secara
terbuka melalui masjid, surau dan ruang-ruang yang dapat digunakan bagi pengajaran.
Masjid surau diluaskan skop tidak saja mengajar dan mendidik bidang keagamaan,
tetapi juga bersifat kemasyarakatan.
Bidang-bidang yang diajarkan
·
Pengajian
formal melalui sekolah hingga pengajian tinggi
·
Bidang
melibatkan pekerja yang dapat meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti
·
Tambahan
keilmuan bersifat, agama dan nilai akhlak.
·
Kesedaran
warga, kenegaraan,khidmat dan kemanusiaan.
·
Bermanfaat
dan berkualiti.
Melalui pendidikan berterusan diharap
kualiti insan akan meningkat, begitu juga kualiti hidup dan kesedaran kemanusiaan, kealaman dan keabadian akan
meningkat.
Warga dan Negara adalah maju.
Sekian.
No comments:
Post a Comment