June 18, 2019

BEBAN SEJARAH DITANGGUNG PEMERINTAH


BEBAN SEJARAH DITANGGUNG PEMERINTAH
(Fikrah Bangi: 259),
BBB: 14 Syawal 1440H. = 18 Jun 2019M. (Selasa).
Tularnya berita  mengenai video seks lucah seminggu lalu (Selasa 11 Jun) iamya merebak menjengkel dan menjijikkan. Isu berkenaan dikaitkan denga seorang Menteri Kabinet penting – Sdr. Azmin Ali dan individu yang dikenali dengan nama Haziq. Adalah dikatakan ianya dilakukan oleh orang dalam bertujuan untuk menjatuhkan wibawa dan kredebiliti menteri berkenaan. Penyisatan masih dilakukan oleh polis bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Isu berkenaan adalah dianggap klisye dan dilakukan oleh orang yang pendek akal. Implikasi dari perbuatan ini, bukan saja akan mengakibatkan tokoh yang menjadi sasaran mereka yang tidak matang dari segi pemikiran, tetapi akan melibatkan mereka yang merangka angkara keji berkenaan, tetapi ianya, jika tidak terkendalikan dengan betul boleh meruntuhkan kerajaan yang memerintah.
Pelaku berkenaan adalah mau mengikuti dan berpandukan isu yang sama seperti yang berlaku pada tahun 1999. Isu ini telah menggoncangkan pemerintahan pada masa itu. Individu berkenaan berulang masuk keluar penjara. Pada masa itu watak yang dihitamkan mendapat simpati tinggi daripada rakyat. Sebagai hasilnya melahirkan parti yang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (1999) yang mengangkat pimpinan parti itu ke podium politik tanahair kini, namun pihak yang bertentang dengannya terpaksa berundur atas ketidaksenangan rakyat.
Pihak yang mencetus isu video lucah tidak sepatutnya pendek akal dan mengambil pendekatan klisye. Implikasi dari perbuatan bodoh ini berlainan sekali dari episod yang berlaku pada tahun 1999 dan jauh sekali dari untuk mendapat simpati dari rakyat. Semua pihak memandang jijik dengan tindakan yang dilakukan, bahkan merah terhadap mereka.
Bayangkan selepas setahun PH memerintah dan mengalami kemerosotan sokongan rakyat dan dari keruntuhan ini PH sedang berusaha bagi membangunkan kredebiliti dan kepercayaan rakyat, biarpun Kerajaan PH dari tindakan yang dilihat sekarang berundur dan akur dengan nilai dan budaya dan kehendak rakyat banyak. Mereka berusaha untuk menurunkan harga barang yang menekan rakyat. Mereka cuba secara hati-hati tidak lagi mau mengusik sesuatu yang sensitif dengan jiwa rakyat. Sekali pandang kita melihat mereka kembali mengikut program yang diatur oleh kerajaan dahulu dan kadang-kadang menimbulkan pertanyaan apakah yang dikatakan Malaysia Baru yang dicanang itu ?
Walau apa pun isu video seks yang dilakukan oleh mereka yang pendek akal itu, memusnahkan pendekatanb hati-hati yang dilakukan oleh PH sekarang. Ini sebagaimana kata Lim Kit Siang veteran politik dan Penasihat DAP:
``Video seks adalah cabaran terbesar dihadapi PH sejak memenangi pilihanraya 2014.`` (UM, 17.6.2019: 2 & the Star, tarikh sama: 1).
Sebagai implikasi lanjut, apa yang akan berlaku, bahawa PKR yang terbangun dari isu seks dan PKR yang bukan lagi rahsia berlaku perpecahan dalam parti itu yang terbahagi kepada dua kem itu akan berterusan usaha jatuh menjatuh antara satu sama lain. Tidak mustahil isu video seks ini adalah merupakan salah satu usaha bagi menjatuhkan lawan. Pada hakikat siapa yang menjatuh dan yang dijatuhkan akan menjatuhkan kedua belah pihak. Bukan setakat itu PKR yang menjadi tulang belakang bagi PH akan runtuh.
Lim Kiat Siang amat bimbang isu ini akan dibawa oleh pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat akan datang. Beliau mau kalau dapat isu ini dielak dari menjadi bahan perbahasan.
Tapi kita kira, pihak pembangking lebih tahu bahawa isu ini akan dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat, bahkan isu ini akan terus menjadi agenda Parlimen Rakyat – bermaksud akan terus dibincang sebagai agenda masyarakat sehingga ke pilihanraya ke 15 akan datang. Bahkan isu ini akan merentasi zaman  dan menjadi sejarah yang membebankan.
Ingatlah peristiwa jijik umat Nabi Lut yang telah diterbalikkan bumi dan menenggelamkan mereka. Isu video lucah yang klisye dan menjujikkan ini tidak mustahil akan menterbalikkan kekuasaan dan pemerintahan, jika tak terkendalikan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment