LEBIH BAIK PAS TIDAK BERSATU DENGAN UMNO
(Fikrah Bangi: 268),
BBB: 23 Syawal 1440H. = 27 Jun 2019M.
(Khamis).
Sebagaimana disebut Pas dan Umno kini
menemui formula paling baik bagi masa depan politik bagi kedua-dua parti.
Keghairahan dan gesaan ke arah penyatuan ketara di dalam Muktamar Pas yang
diadakan di Kuantan berakhir pada hujung minggu lepas (23 Jun 2019).
Namun kita berpendapat, sebelum keputusan
diambil bagi memetraikan perjanjian perlu difikirkan kebaikan dan implikasi
dari penyatuan jika dilakukan. Ini antaranya dengan membuat penilaian terhadap
sejarah yang telah dilalui oleh kedua-dua parti dan kemungkinan yang boleh
berlaku terhadap kedua parti.
Penyatuan atau penyertaan Pas bersama Umno
atau BN, bukan perkara baru dan pernah terjadi, tapi akhirnya berpisah kerana
tidak sehaluan. Perkara sedemikian bukan tidak mungkin terjadi, kerana walaupun
ada persamaan arah perjuangan kedua-dua parti, tetapi ada perbezaan tajam antara
keduanya yang boleh menikam kedua pihak.
Andainya penyatuan berlaku kedua-dua, terutama Pas akan kehilangan
identiti dan teggelam bersama identiti umno atau kedua-duanya berubah kepada
identiti yang lain dan jika berlaku
perpisahan menyukarkan keduanya untuk kembali kepada identiti asal dan mungkin
tidak lagi mendapat sokongan dari rakyat.
Dalam masa kepimpinan Umno menghadapi
masalah yang berkait dengan mahkamah,
sebagaimana diberitakan, jika sabit kesalahan, maka umno berkemungkinan
dibatalkan pendaftaran atau diharamkan. Jika penyatuan berlaku antara Pas dan
Umno, maka ianya memberi implikasi kepada Pas.
Sebaik-baik pendekatan ialah dengan
mengekalkan pada tahap `Kerjasama` antara kedua parti.
Dengan kerjasama, pihak Umno boleh
meluaskan pengaruhnya secara kerjasama dengan pihak-pihak yang lain yang boleh
mengukuhkan kedua piha. Tetapi dengan penyatuan memungkinkan pihak yang lain,
terutama yang bukan Islam enggan bekerjasama.
Dengan konsep kerjasama Pas tetap
mempertahankan prinsip dan dasarnyas elama ini. Andainya berlaku pengharaman
atau pembubaran terhadap Umno dan sebelum dapat ditubuh parti yang lain dan
jika ditrubuh sukar atau lambat untuk mendapat kelulusan untuk bergiat, maka
Pas akan menjadi alternatif atau parti tumpangan bagi Umno untuk bertanding dalam pilihanraya. Kita percaya
sekiranya parti itu dibatal atau diharamlkan, maka sentimen rakyat menyokong
parti itu akan memuncak dan berpeluang mendapat kemenangan. Sebaliknya jika Pas
bersatu dengan Umno, Pas akan mencari beban yang sepatutnya ia bebas dan tidak
sepatutnya mencari sesuatu yang
menyusahkannya.
Dalam keadaan sekarang, kerjasama dilihat
sebagai jalan yang lebih mendapat sokongan dari rakyat, tetapi ada
implikasinya. Lantaran ianya menyukarkan pihak lain untuk bekerjasama dengan
penyatuan Pas dan Umno.
Dengan tahap kerjasama, boleh diibaratkan
saebagaimana Pas dalam Pakatan Rakyat. Bila timbul permasalahan yang tidak
dapat diselesaikan, maka Pas ambil keputusan keluar dari Pakatan Rakyat dan
berstatus sebagaimana sekarang.
Pas hanya wajar mengambil pendekatan
kerjasama dengan Umno, bukannya penyatuan. Ini lebih menyelamatkan Pas dan
bebas mengambil pendirian dan tidak
mengambil beban yang seharusnya tidak perlu dipikul. Melalui kerjasama Pas dan
Umno perlu juga menyediakan `Plan B` bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan di
luar jangkaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment