MANIFESTASI KEBIMBANGAN MENYERLAH DI PRK SEMENYIH
(Fikrah Bangi: 257),
BBB:
12 Syawal 1440H. = 16 Jun 2019M. (Ahad).
Selepas kemenangan BN di Cameron Highland ke
atas PH dengan majoriti besar, perubahan sokongan rakyat diperkukluhkan lagi
dengan PRK Semenyih di negeri yang kuat dengan PH –Selangor. Sebelum dari
pilihanraya ke 14 yang kerusi di Semenyih ini dimenangi oleh PH, sebelumnya ia
adalah kubu kuat Umno yang tidak dapat dikalahkan, walaupun pada zaman
pemerintahan Pakatan Rakyat.
Bagi pilihanraya ke 14, persempadanan
pilihanraya mengalami perubahan termasuklah di Semenyih. Bagi kawasan DUN
Semenyih, selain dari kawasan tradisionya ialah Pekan Semenyih hingga Branang,
Broga dan Hulu Semenyih dimasukkan Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota ke
dalam DUN Semenyih. Sebagaimana maklum
bagi pilihanraya ke 14, rakyat terpengaruh dengan kempen PH yang bersifat
agresif, khususnya melalui media baru yang dikendalikan oleh generasi muda,
maka rakyat yang melihat kebobrokan pemerintah lama – dengan GST dan isu IMDB,
Semenyih juga yang ditandingi PH dengan calon dari Bersatu memenangi Dun Semenyih
dengan majoriti besar (8,964). Namun walaupun PH memenanginya dengan jumlah
yang besar, tetapi manifestasi ketidakpuasan rakyat, khusus di kawasan majoriti
Melayu ini yang berkedudukan:
Pengundi berdaftar berjumlah 54,503. Daripada jumlah ini:
Pengundi Melayu 36,8 57
peratus 69.256
Cina berjumlah 8,939 peratus
16.896
India berjumlah 7,062
peratus 13.396.
Kemasukan Bandar Seri Putra dan Bukit
Mahkota sebelum pilihanraya ke 143 yang dulunya di bawah DUN Bangi, kawasan
yang dimenangi oleh Pas sejak beberapa penggal dengan selesa, sebenarnya
memperkuatkan majoriti Melayu dan pengarah Islam di kawasan Semenyih. Selepas
kematian calon PH yang menang pada pilihanraya ke 14, dan memuncak rasa tidak
puas hati rakyat khususnya Melayu-Islam, keadaan berubah secara drastik. Dalam
pilihanraya kecil selepas kematian calon PH, pada 2.3.2019, maka kawasan yang
teguh dengan nilai tradisi Melayu yang bimbang dengan nilai mereka berubah –
sebenarnya sedang berubah, iaitu kawasan Pekan Semenyih, Rincing, Beranang,
Broga dan Hulu Semenyih bersatu dengan kawasan baru yang kuat dengan
nilai-nilai Islam dan lama berada di bawah DUN berorientasikan Islam – Bangi,
maka kesatuan dari dua elemen ini, tradisi dan Islam dari kawasan Seri Putera
dan Bukit Mahkota, maka calon Umno yang disokong oleh Pas iaiiU:
Zakaria Hanafi calon Umno mendapat
undi 19,780 mengalahkan calon PH, iaitu
Muhammad Aiman mendapat 17, 866 dengan majoriti
1,914.
Kekalahan PH yang dulunyta mendapat
majoriti besar pada pilihanraya ke 14 di kawasan majoriti Melayu-Islam
menambahkan kebimbangfan PH. Orang Melayu secara jelas dalam tempoh setengah
tahun lebih telah berubah. Jelas mereka tidak berpuashati dengan cara
pemerintahan PH yang dianggap menghakiskan tradisi dan kepentingan Melayu.
Mereka sama bimbang terhadap kedudukan agama Islam yang kurang diberi perhatian.
Mereka melihat institusi-institusi yang berhubung dengan Melayu bermasalah
seperti Felda, Tabung Haji dan PTPTN, Imej Melayu begitu buruk dan maruah
mereka begitu rendah. Hal ini ditambah dengan ketidakpuasan hati rakyat secara
menyelur dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, perumahan dan kehidupan sosial.
Lantaran itu mereka sanggup merubah
kepercayaan yang diberi sebelumnya dalam tempoh tak sampai setahun dengan
kembali kepada Umno yang berjasa kepada mereka lebih dari enam dekad 1tu.,
Sekian.
No comments:
Post a Comment