KERJASAMA: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN –
CABARAN !
( Fikrah Bangi:: 267),
BBB,
22 Syawal 1440H. = 26 Jun 2019M. (Rabu).
Dalam sejarah Pas, walaupun ada masa ianya
bekerjasama memerintah pada zaman MAGERAN Tun Abdul Razak dan ditendang keluar
pada zaman Tun Hussein Onn, dan zaman Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor dan
Penang (Pembangkang pada peringkat Persekutuan), Pas lebih lama cara
bersendirian.
Apakah yang mendorong Pas untuk kerjasama
dengan Umno Sekarang ?
Faktor utama ialah senasib. Pas dan Umno
adalah senasib menjadi pembangkang di dalam zaman kerajaan PH. Lebih dari itu
ialah bersatu hasrat untuk mengalahkan kerajaan PH di dalam pilihanraya akan
datang.
Kesatuan nasib selaku pembangkang dan
hasrat mau menjatuhkan PH, didorong oleh beberapa faktor.
Kedua-dua parti adalah dari bangsa Melayu
yang pada umumnya didukung oleh pengikut-pengikut Melayu. Oleh kerana majoriti
rakyat dan pengundi di negara ini Melayu
dan bumiputera lebih dari 60%, mereka
mengharapkan mendapat majoriti di dalam pilihanraya pada masa akan datang.
Tentulah dengan tawaran dan simpati dari mereka.
Satu faktor yang paling penting yang mendorong
mereka berkerjasama ialah, bahawa mereka adalah beragama Islam. Menyebut Melayu
adalah 100% Islam, termasuk sebahagian
besar dari bumiputra. Harapam dan perjuangan mereka hampir bersamaan. Umpamanya
dilihat dari syarat-syarat kerjasama yang disebut oleh perwakilan Pas di dalam
Muktamar 1440H./2019M. di Kuantan pada
hujung minggu minggu lepas (21-23 Jun 2019), Pas menyatakan syarat kerjasama hendaklah:
·
Kerjasama
hendaklah menguntungkan Islam, Negara
dan Bangsa
·
Kerjasama
hendaklah membawa kepada perpaduan umat.
·
Kerjasama
juga membawa perpaduan di dalam masyarakat.
·
Kerjasama
dengan meningkatkan nilai akhlak dan berintegriti tinggi
·
Kerjasama
dengan cara menghormati, membantu dan tidak memusnahkan.
Melihat kepada syarat-syarat bersifat satu
pihak – dari Pas, sebenarnya boleh diterima oleh Umno, kerana ianya adalah
ciri-ciri dan nialai yang didokong oleh Umno. Ada elemen kompromi padanya.
Sebenarnya mutakhir ini kita lihat Pas
mengendurkan dari slogan-slogan yang didokong selama ini. Misalnya konsep
perjuangan kebangsaan oleh Umno yang sebelum ini disifatkan sebagai `asabiyyah
itu, tidak begitu ditimbulkan. Dilihat kepada syarat di atas, konsep `bangsa`
diterima Pas yang satu ketika ditentang, walaupun sebenarnya ciri Islam dan
kebangsaan menjadi wadah perjuangan Pas pasa zaman kepimpinan di bawah Dr.
Burhanuddin Hilmy hingga kepada Asri.
Jadi ada semacam penerimaan kembali atau kompromi apa yang diperjuangkan Pas
pada peringkat pemulaan.
Mutakhir juga ungkapan perjuangan `Islam Syumul`
kurang ditekankan, begitu juga dengan `hudud`, bahkan perjuangan bagi
menegakkan negara Islam kurang dipopularkan. Apakah ada penyesuaian atau sebarang
adjustment di dalkam perjuangan Pas ?
Walau apa pun di samping banyaknya
persamaan antara Pas dan Umno, banyak lagi halangan dan perbezaan yang bakal
didepani kedua-dua parti yang ketara
menuju ke arah kerjasama, seeloknya bukan penyatuan,
Halangan-halangan yang mendepani mereka,
bahawa rakyat Malaysia adalah berbagai kaum dan sebahagian mereka bukan Melayu
dan sudah tentu kebanyakan mereka tidak sama dengan kemahuan Pas dan Umno,
sedang tidak semua Melayu yang beragama Islam itu menyetujui Pas dan Umno.
Untuk rakyat memberi sokongan kepada
kerjasama Pas dan Umno, mereka mau tahu apakah yang dapat ditawarkan oleh
Pas-Umno terhadap mereka. Apakah lebih baik dari PH atau sebaliknya. Jika
hasrat mereka tidak dapat dipenuhi, maka ianya tidak nerpihak kepada Pas dan
Umno. Ini dengan sendirinya menmgurangkan sokongan terhadap Pas dan Umno. Jika
kita berada pada tempat bukan Melayu, maka kita juga mau supaya suara bukan
Melayu diwakili dan berada sama di dalam pemerintahan.
Keyakinan tinggi untuk Pas dan Umno untuk
memerintrah adalah dihormati, tetapi bagaimana bagi memenuhi hasrat bukan
Melayu atau hasrat rakyat yang multirasial ? Ini adalah cabaran yang dihadapi Pas dan Umno
yang seharusnya real dan praktikal.
Sekian.
No comments:
Post a Comment