`IDUL-FITRI
DI MASJID AL-UMM
Fikrah Bangi: 247),
BBB: 01 Syawal 1440H = 05 Jun 2019M.
(Rabu):
Inii adalah sambutan kali kedua sejak
Masjid Al-Umm mula digunakan (16.12 2017) selepas mendapat CPC, tetapi adalah penggunaan
kali pertama bagi Idul Fitri selepas memdapat
CCC (4 Oktober 2018). Sebagaimana telah
disebutkan bahawa program sambutan Hariraya `idul Fitri ini aalah satu pakej
dengan sambutan Ramadhan 1440.
Untuk mengadakan solat `Idul Fitri ini
tidaklah bermasalah. Sebaik selesai solat subuh pagi 01 Syawal, Nazir
memaklumkan oleh kerana dijangka jama`ah akan hadir agak ramai, kerana disertai
jama`ah muslimat, walaupun ramai pulang ke kampung, tapi jumlah mereka dijangka
tidak kurang dari jumlah Juma`at mingguan, sebab itu Nazir meminta jama`ah yang
berkelapangan untuk membentang carpet pada bahagian sayap (serambi) kanan dan kiri
dan menyediakan sejadah bagi bahagian
ruang legar.
Kehadiran jama`ah lelaki dan perempuan pada
pagi ini adalah lebih daripada biasa, ditambah dengan jama`ah warga Bangladish.
Semua ruang utama serambi kanan dan kiri dipenuhi jama`ah, bahkan melempah ke
pintu masuk dan tepi bilik air. Manakala jama`ah muslimat memenuhi pada
bahagian lingkungan yang dikhaskan kepada mereka di belakang ruang utma dan
juga memenuhi pada bahagian aras satu yang dikhaskan kepada merela. Adalah
dijangka jumlah jama`ah pada pagi Hari Raya `Idul Fitri pada pagi ini adalah
melebihi dari 3,5000 jamaah lelaki dan
perempuan.
Sebagaimana biasa, takbir bagi raya telah
bermula dari selepas menunaikan solat maghrib petang semalam, di sambung pada
malam dan berterusan hingga ke pagi.
Imam yang bertugas pada pagi ini ialah Imam
Ghazi Najmuddeen dan Khutbah disampaikan oleh Nazir Masjid Al-Umm. Menurut teks
yang disediakan bahawa jamaah hendaklah bersyukur kerana dapat menunaikan puasa
Ramadhan dengan sempurna dan berharap dapat meningkatkan taqwa. Setelah
menjalani ibadat puasa dengan murni, maka janganlah rosakkannya dengan
perbuatan maksiat dengan sambutan raya pada bulan Syawal ini. Kemeriahan
sambutan `Idul Fitri hendaklah dengan melahirkan kesyukuran kepada Allah dan
terbaiknya ialah dengan menurut cara Rasulullah menyambut `Idul Fitra dan juga
sebagaimana dilakukan oleh para sahabat.
Pada hariraya `Idul Fitri para jama`ah
digalakkan menyambung silaturrahin dengan ziarah menziarahi, terutama kenalan ayah-ibu semasa hayat mereka, jika mereka
telah meninggal.
Satu pengajaran yang didapati dari puasa,
betapa susahnya mereka yang miskin dan yang mengalami ujian, sakit dan berbagai
kesusahan yang lain. Sebab itu diharap dengan keinsafan ini mendorong setiap
jama`ah yang berkemampuan, selain dari mengeluarkan zakat fitrah, hendaklah
melakukan kebajikan dengan membantu orang faqir, miskin dan anak-anak yatim.
Semoga dengan bantuan yang diberi daoat meringankan beban yang ditanggung
mereka. Para jamaah yang mempunyai ibu bapa ambillah kesempatan berbuat baik
dengan mereka dan mendapat keredaan dari mereka.
Khatib menyentuh bahawa program Ramadhan di
Masjid Al-Umm adalah berjalan dengan baik. Kejayaan adalah dari kerjasama
jama`ah. Antaranya peruntukan iftar sebulan Ramadhan adalah ditaja oleh
berbagai-bagai pihak. Setiap hari diperuntukkan sejumlah RM3,000 untuk para
jama`ah datang berbuka seramai antara 300 orang atau lebih.
Kegiatan yang lain seperti tarawih,
tadarus, khatam Qur`a, qiyam al-lail, ceramah dan tazkirah berjalan lancar.
Walau bagaimana banyak kekurangan yang dipelajari dan diharap diperbaiki pada
tahun hadapan insya Allah.
Sejak basjid Al-Umm ditauliah untuk
digunakan pengimaraha berjalan dengan baik. Para jama`ah masjid bertamabah.
Jawatankuasa akan memikirkan kaedah dan pendekatan terbaik pada tahun hadapan –
Insya Allah.
Solat `Idul Fitri yang bermula dari jam
8.30 pagi itu berakhir sejam berikut.
Ramai yang tertarik dengan senibina Masjid Al-Umm. Ramai pula yang
mengabadikan sambutan raya di Masjid
Al-Umm dengan mengambil gambar dari berbagai latar. Kita berharap para
pengunjung akan terus datang berjama`ah di Msjid Al-Umm dan mengikuti sama
pengajian, ibadat dan berbagai kegiatan kemasyarakatan yang dianjur oleh Masjid
Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment