KRONOLOGI SELEPAS KEMENANGAN PH
(Fikrah Bangi: 255),
BBB:
10 Syawal 1440H. = 14 Jun 2019M. (Juma`at).
Selepas kemenangan PH dalam pilihanraya ke
14 pada 9 Mei 2018, maka perkembangan dan peristiwa hingga kini dapat
dibahagikankan kepada tiga kategori berbeda.
Pertama:
Permulaan zaman Malaysia Baru
yang dikatakan oleh PH.
Kedua:
Umno bernafas, pukulan terhadap PH
Ketiga:
PH berusaha memperbaiki kelemahan.
Pada peringkat bagi meletakkan asas bagi
Malaysia Baru, sebenarnya memperlihatkan keghairahan tapi kelemahan pentadbiran
PH yang jelas disifatkan oleh Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan bahawa
pentadbiran PH di dalam kecelaruan, kerana ahli kabinet yang tidak
berpengalaman. Sebahagian besar mengendalikan kementerian dan pentadbiran yang
tidak pernah dikendalikan sebelum ini. Ada percanggahan dan tuduh menuduh dan
menuding jari kepada pentadbiran lama yang Tun Daim juga mengingatkan, supaya
tidak berbalah, menuding jari dan
menyalahkan kepada yang lain.
Pimpinan PH yang radikal mau merubah cara
pemerintahan, menghitamkan yang lama dan mencadangkan supaya mengubah secara drastik terhadap budaya
tadbiran dulu seperti meniada atau merubah JAKIM, merubah MARA, Felda,
mengurangkan pegawai tadbir, menghapuskan konsep Ketuanan Melayu, bersifat
terbuka terhadap Dasar Bahasa dan secara tidak tertulis merubah Dasar
Komunikasi Negara. Semua ini mengejutkan rakyat dan membimbangkan mereka dari segi
kedudukan orang Malayu, Perlembagaan, Raja-Raja, Agama Islam, Hak keistimewaan
Orang Melayu, bahasa, nilai dan budaya mereka.
Dalam pada itu dalam tahap pertama pihak rakyat menyanggah dan mempersoalkan
tentang manifesto PH yang tidak terlaksana. Tun Daim memberi tempoh enam bulan
untuk memperbaiki prestasi dan menunaikan janji-janji yang dibuat. Antara janji utama ialah janji penghapusan tol,,
menurunkan harga petrol dan barang-barang, menyelesaikan PTPTN, mewujudkan
sejuta rumah mampu milik, menyediakan pekerjaaan di kalangan anak muda yang
menganggur, termasuk lepasan pengajian tinggi, tidak memberi perhatian pada
petani, nelayan dan boroh (dalam belanjawan) dan janji-janji yang lain.
Walau bagaimana dalam masa tempoh enam
bulan pertama, rakyat masih tolerance dan menjangka ianya masa penyesuain dan
rakyat masih memberi peluang PH memperbaiki kelemahan. Lantaran itu dalam
beberapa pilihanraya kecil dalam tempoh enam bulan pertama rakyat masih memberi
kepercayaan terhadap PH. Mereka masih menang bagi kerusi-kerusi di negeri
Selangor, iaitu di negeri yang kuat dengan pengaruh PH. Mereka memang di dalam
pilihanraya kecil di Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia yang semuanya
merupakan DUN di negeri Selangor. Dan terakhir dalam tempoh enam bulan pertama
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan kerusi bagi duduk di Parlimen telah
bertanding di Kawasan Parlimen Port Dickson yang sengaja dikosongkan oleh
penyokong bagi memberi laluan terhadap Dato` Seri Anwar. Pilihanraya
berlangsung pada 13.10.2018 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi ini
dengan majoriti yang besar.
Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat
sebagai persediaan bagi beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang
pernah dijanjikan bahawa dalam tempoh setahun jawatan ini akan diserahkan
kepada beliau, tetapi janji yang berulang kali diikrar akan diserahkan kepada
Dato` Seri Anar itu masih tidak terlaksana. Anwar secara diplomasi berkata,
``Beri peluang kepada Tun Mahathir melaksanakan perancangan.``
Di samping kelemahan-kelemahan PH
sebagaimana telah diperkatakan ada semacam pergolakan di dalam PKR akibat dari
perebutan jawatan Timbalan Presiden melalui mesyuarat agung PKR yang pihak
piminan atasan lebih menunjukkan kecenderungan kepada Rafizi, tetapi kerusi
Timbalan ini dimenangi oleh Azmin Ali yang setengah pihak melihatnya sebagai rival
bagi jawatan Perdana Menteri akan datang. Di samping pergolakan dalaman timbul
protes dari Naib Presiden terhadap situasi politik semasa pada masa itu,
seperti pihak BERSATU dalam PH berlumba-lumba mendapat jumlah kerusi dari pihak
lawan yang melompat dan dianggap sebagai sampah itu, hingga menyebabkan berlaku
perletakan jawatan.
Dalam tempoh enam bulan pertama ketara
lemahnya pentadbiran PH. Dalam masa yang sama rakyat merasa tidak puas hati
terhadap janji-janji yang dibuat, tetapi tidak ditunaikan. Bagi orang Melayu
mereka amat bimbang dengan kedudukan mereka yang nampaknya banyak hak-hak dan
peruntukan bagi mereka makin terhakis.
(Bersambung tahap kedua).
Sekian.
Inilah negara hebat Supremacist Islam kucar kacir....Syria, Turki, Sudan Libya, Iraq, Iran, Afganistan, Pakistan, Saudi, Yemen, Oman.......dll...ini RELIGION OF PEACE.
ReplyDelete