LATHEEFA KOYA: PERKASA PERJAWATAN WANITA
(Fikrah Bangi: 249),
BBB, 03 Syawal 1440H. = 07 Jun 2019M. (
Sabtu).
Membaca tentang perlantikan Latheefa Koya
menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka
tanggapan terawal kita, bahawa ianya adalah dalam rangka memperkasakan kabinet
dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan PH dengan wanita sebagai salah satu janji
PH yang bakal menjadi salah satu identiti kerajaan PH. Mengetuai kepimpinan
wanita di dalam kabinet kerajaan PH ialah Dr. Wan Azizah sendiri sebagai
Timbalan Perdana Menteri. Bersamanya adalah Menteri-Menteri dari kalangan
wanita dan juga Timbalan-Timbalan Menteri yang sebahagian daripada mereka adalah
tenaga muda. Begitu juga kalangan atasan
seperti Ketua Hakim Negara dan Latheefa adalah salah seorang dari
kalangan perjawatan tinggi, bahkan dikatakan dengan perlantikan Latheefa Koya
dia dianggap antara wanita mempunyai kuasa tertinggi wanita di dalam negara.
Latheefah adalah watak kontroversi, salah
seorang ahli PKR yang sering bercanggah pendapat dengan pihak pimpinan. Dia
adalah seorang aktivis sama dengan Mariam Chin berprofesyen sebagai peguam.
Dengan sifat dan cirinya yang sedemikian perlantikannya menjadi kontroversi dan
dipersoalkan. Bolehkan ia bersifat kritis dengan perlantikannya sebagai Ketua
Pesururuhanjaya SPRM. Apakah dengan perlantikan ini mendiamkan dirinya dari
menimbulkan isu-isu bercanggah yang
selama ini dengan lantang dibicarakan ?
Perlantikan nampaknya diterima baik oleh
Latheefa. Ini terbukti dari perletakan jawatannya dari PKR bagi mengelak
dirinya dari kontroversi. Dia nampaknya ingin meletakkan dirinya sebagai orang
yang berkecuali dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti dan pihak. Ini
mungkin sebagai satu pertanda baik.
Apa yang ditimbulkan oleh kalangan
pemerhati, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa pemilihan Latheefa Koya
tidak menurut procedure yang harus dipatuhi, bahawa sebarang perjawatan tinggi
kerajaan hendaklah dibincang dan disetujui oleh jawatankuasa kabinet dan parti.
Di dalam, hal ini Tun Mahathir sendiri menyatakan, ``Pilihan dibuat beliau
sendiri.``
Pemilihan yang tidak menurut procedure
menurut seorang Peguam Kanan Dato` Shahruddin menghilangkan kredibiliti dan ketelusan pihak pemerintah.
Beberapa yang lain menyuarakan pendapat sedemikian. Tun Mahathir diharap memberi
penjelasan, mengapa perlantikan tidak melalui
perbincagan oleh kalangan khas kaninet bagi perjawatan.
Walau apapun perlantikan telah dibuat dan
Latheefa nampaknya menerima baik perlantikan
itu. Apa yang menjadi tanda tanya, apakah
Latheefa mampu menyerlahkan prestasi SPRM yang selama ini telah berjalan dengan
baik, khususnya semasa dibawah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri
Abdull.
Secara terus terang setakat ini setakat PH
memerintah, walaupun ramai dari kabinet dari kalangan wanita, tetapi hingga
setakat ini tidak ada perkara yang menonjol yang dapat kita akui dan hormati
dapat dibawa oleh kabinet wanita. Semuanya dapat dikatakan dalam keadaan biasa
sahaja.
Latheefa Koya sungguhpun berprofesion
lawyer, tetapi tidak pernah terlibat dengan kepimpinan jabatan apa lagi
persoalan yang berhubung dengan SPRM, sedangkan kalau kita lihat Datuk Seri
Mohd. Shukri pernah berkhidmat selama 32 tahun dengan SPRM. Beliau telah
berjaya menyiasat 30 ahli politik berprofail tinggi, 20 pegawai eksekutif, 132
individu dari kalangan professional yang melibatkan harta berjumlah 3 bilion.
Walau bagaimana, walaupun kurang
pengalaman, kita berharap Latheefa dapat melakukan
sesuatu yang bermakna dan significant kepada SPRM dan Negara. Kita menunggu
tindakan yang akan diambil Latheefa yang akan menyerlahkan identiti dan
kemampuannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment