BERBAGAI ALIRAN POLITIK DALAM NEGARA
(Fikrah Bangi: 252),
BBB: 07 Syawal 1440H. = 11 Jun 2019M. (Selasa):
Dalam perkembangan politik tanah air hingga
kini kita dapati aliran-aliran yang antaranya bercanggah antara satu sama lain
dan antaranya dilihat kurang sihat bagi politik tanah air..
Pemerintah sekarang yang mengidentiti
dirinya dengan Pakatan Harapan` - PH tidak mempunyai ideologi dan arah yang
jelas. Sebaliknya di dalamnya mempunyai parti-parti komponan yang tidak selari
antara satu sama lain. Parti Bersatu Bumiputra seolah-olah mau mengambil tempat
Umno yang menjadi saingan hebat baginya dan PH secara keseluruhan di dalam
pilihanraya ke 14. Ia adalah parti bagi bumiputra. PKR adalah terkenal dengan
perjuangan keadilan rakyat sebagai nama bagi parti itu. Parti ini untuk semua
kaum, tetapi lebih didominasi Melayu. Tetapi makin akhir idealisme parti itu
makin hilang significantnya. DAP sebagai parti yang mengidentitikan dirinya
sebagai parti demokrat mempunyai elemen demkratik dan sosialis. Terkenal dengan
slogan Malaysians Malaysia. Tetapi dari segi realitinya adalah didokong oleh
majoriti ethnik Cina, manakala satu
kompoinan lagi ialah Parti Amanah yang merupakan belahan dari parti Pas yang
`Membeontak` dan keluar dari Pas dan menubuhkan Amanah (2015). Amanah pada peringkat
awal mendakwa memperjuangkan `Islam Progresif`. Tetapi tidak begitu ketara sifat progresifnya, selain
dari menampilkan petikan ranting dalam
Islam, iaitu `Rahmatan lil `alamin` dan
`Maqasid al-Shari`ah`. Campuran dari semua, tidak ada ideologi khusus dan
disifatkan arah PH adalah kabur dan pada peringkat awal pemerintahan agak
bercelaru.
Satu kelompok parti lagi ialah parti yang
berorientasikan negeri seperti `Warisan` yang berjuang untuk kepentingan rakyat
negeri Sabah. Parti ini lahir sebagai tentangan terhadap BN, khususnya Umno
yang pemimpinnya memecat pimpinan yang menubuhkan Warisan. Satu kelompok ialah
parti-parti di Sarawak yang membentuk
persatuan parti-parti tempatan Sarawak untuk mempertahankan Sarawak dari
dikuasai parti-parti luar dari Sarawak.. Parti-parti yang bersifat kenegerian
ini adalah tidak sihat dari segi demokrasi dan semangat kenegaraan Malaysia.
Dari kalangan parti pembangkang yang
dominan ialah Umno, sebuah parti tertua (1946) di negara ini termasuk komponan
yang lain dalam BN. Parti ini berjuang atas kepentingan nasional yang
menghimpun di dalamnya parti-parti bersifat ethnik seperti MCA dan MIC dan yang
lain-lain. Parti ini sedang struggle bagi memulihkan dirinya setelah kalah
dalam pilihanraya ke 14 dan hilang kekuasaan dalam memerintah negara.
Sebuah lagi parti ialah Pas ialah salah
sebuah parti tertua di negara ini (1951). Parti ini mempunyai ideologi `Islam`.
Pada peringkat permulaan perjuangan bagi mencapai kemerdekaan parti ini
berjuang atas platform`Melayu Islam` dan kemudioan ketara berjuang bagi `Islam
Syumul` Parti ini lebih mendapat sokongan di negeri-negeri yang didominasi
Melayu dan kuat dengan pegangan Islam seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Parti ini pada dasarnya bersendiri dari segi perjuangan, tapi pernah
bekerjasama dengan parti-parti di dalam MAGERAN semasa Tun Razak dan bersama Pakatan Rakyat sekitar 1999-2015. Kini kembali
bersendirian.
Inilah aliran-aliran politik di Malaysia.
Antara campuran daripadanya mempengaruhi
parti pemerintah, tetapi dari satu pihak mendapat tentangan dari parti
pembangkang yang tidak menyenangi dasar
yang bercanggah dengan suasana politik sebelumnya. Walau bagaimana sehingga
kini kita tidak dapat melihat apakah falsafah, ideologi dan arah pemerintahan
negara yang hendak dibawa. Yang ketara PH sedang berperang dengan rasuah. Ianya
menjadi identiti dan kejayaan utama PH ?
Sedangkan yang lain masih dipersoalkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment