BERKUASA TANPA PERANCANGAN ?
(Fikrah Bangi: 269),
BBB:
24 Syawal 1440H= 28 Jun 2019M. (Juma`at).
Orang berpolitik adalah bertujuan mendapat
kuasa. Kuasa mungkin didapati dengan paksaan seperti dengan kekuatan senjata
dan tentera. Cara paksaan tidak dapat diterima pada zaman moden. Jika dipaksa
ianya bukan dari kerelaan.
Bagi mendapat kuasa yang diktiraf, ialah
dengan mendapat sokongan, jika ramai seperti memerintah negara ialah dengan
mendapat sokongan majoriti. Bagi mendapat kuasa pada zaman moden ini ialah
dengan penubuhan apa yang dikenali dengan parti – dengan kelulusan dari pihak
berkuasa. Isu-isu tertentu mungkin dapat
memikat rakyat, terutama mengenai mereka yang membawa sokongan mereka.
Sokongan kerana sentimen dan kebencian
terhadap sesuatu pihak tanpa perancangan konkrit akan membawa kepada kehilangan
kepercayaan. Misalnya pada permulaan PH memerintah, oleh kerana mengejut, di
luar jangkaan dikatakan tiada arah dan bercelaru oleh kerana tiada persediaan
awal. Setahun lamanya PH memerintah, setelah menghadapi masalah-masalah yang
diwarisi, mendapat pengalaman dari tugas-tugas yang dihadapi, berusaha menunaikan
janji-janji yang dituduh tidak menepati, baru kelihatan momentum mula dikuasai.
Sementara itu di dalam tempoh transisi,
dari tempoh kehingan kepercayaan, pihak lawan berkesempatan mendapat sokongan.
Tetapi adakah sokongan ini bersifat sentimental dan sementara ? Ini adalah
cabaran dari pihak yang mendapat sokongan dan mendakwa akan mengambilalih
pemerintahan. Persoalan sejauhmanakah keyakinan yang mungkin bersifat dakwaan
dapat diyakinkan. Banyak faktor kebarangkalian menerima perubahan.
Setiwasi politik yang dapat mengubah
landscape politik pembangkang kemungkina berlaku. Misalnya berita hari ini:
``Ros teliti memorandum desak haramkan
Umno.`` (BH; 28.6.2019: 7).
Jika ini berlaku adalah malapetaka bagi
perancangan kerjasama antara Pas dan Umno. Dan jika berlaku juga akan
menghilangkan kemungkinan kekuatan yang didakwa Pas kemungkinan sokongan dalam pilihanraya ke 15 akan datang.
Jika juga berlaku banyak kerja bagi
mendapat peralihan sokongan ahli umno melalui Pas atau melalui mekanisme yang lain.
Jadi soal akan mendapat sokongan dan kuasa
masih kabur dan dipersoalkan.
Berpolitik bagi mendapat kekuasaan adalah
cabaran Adakah sokongan akan didapati dari perubahan landscape politik yang mungkin berlaku. Soal
sejauhmana persediaan dan kemampuan juga
dipersoalkan. Bermaksud. Pada masa kini apakah kemampuan dapat diperlihatkan.
Selain dari sokongan sentimen, adealah perlu diperlihatkan kepada rakyat
tentang kemampuan bakal-bakal mereka yang akan mengambilalih pemerintahan.
Setakat ini kita tidak dapat melihat mereka
berkemampuan dan turut membuat kritikan dan cadangan, misalnya. Permasalahan
yang dihadapi oleh Felda, soal kemelut Tabung Haji,Cadangan menjual Syarikat
Penerbangan Mas, Hutang Negara yang disebut Lim Guan Eng melebihi RM 1 trillion,
transformasi PPSMI dalam pelajaran, pembelian syarikat tol dan banyak lagi. Jika pihak pembangkanq
dapat sama membincangkan isu-isu besar ini memcerminkan ada kepakaran dan
meyakinkan bahawa kemungkinan mereka dapat memerintah.
Kemampuan memerintah harus dibuktikan
sebelum memerintah agar tidak bercelaru bila memerintah. Sokongan secara
sentimen tanpa dibuktikan dengan kepakaran akan menghilangkan sokongan.
Sekian.
Dr... merapu apa ni... Tokoh Merapu betul la...
ReplyDeleteNak kepakaran apa lagi... sebuah organisasi yang tersusun Parti Lebai ni jika dibandingkan dgn kesemua parti2 lain.
Sembang mcm budak2... dah sunat ker ni...? bersihkanlah hati tu... tapi kalau sekadar menulis untuk cari makan isi perut dan dibawah perut... teruskan budaya hasad dengki tu mana tahu boleh dapat jadi Senator...
Haramkan Tabung Haji dulu sebab ia adalah satu PONZI....Mari mari orang Arab Melayu, simpan duit dapat faedah 7% seumur hidup!!...Kiata buat Dhimmi Rakyat bukan Islam bayar kita duit Ponzi...
ReplyDelete