PERTEMBUNGAN HARAPAN BARU DENGAN NILAI,
BUDAYA DAN TRADISI
(Fikrah Bangi: 253),
BBB,
08 Stawal 1440H. = 12 Jun 2019M. (Rabu).
Kemenangan PH dalam pilihanraya ke 14
membawa keghairahan yang tinggi di dalam PH yang mempunyai berbagai aliran
faham itu mau membawa pembaharuan sesuai dengan slogan parti itu yang mebawa
`Malaysia Baru`. Cadangan perubahan yang
dipengaruhi ideologi dan aliran pemikiran ini muncul tanpa memikirkan implikasi
terhadap rakyat yang telah sebati dengan nilai, budaya dan tradisi masyarakat.
Cadangan umpamanya, tidak ada lagi dalam
Malaysia Baru konsep `Ketuanan` yang selama dikaitkan dengan pemerintahan Beraja dan kedudukan orang
Melayu, walaupun pada hakikatnya mereka lemah dan rendah dari segi ekonomi dan
status sosial, tetapi ungkapan sedemikian
melukakan jiwa orang Melayu. Timbulnya cadangan agensi Mara yang amat
rapat dengan jiwa orang Melayu, supaya agensi itu dipecahkan dan diletakkan di
bawah berbagai kementerian seperti pelajaran di bawah kementerian Pendidikan,
perusahaan di bawah Kementerian Perusahaan dan perdagangan membawa kepada
tentangan dari masyarakat Melayu, yang melihat Mara sebagai nyawa dan identiti
Melayu. Mereka tidak mau Mara dipecah dan diubah.
Begitu juga pada peringkat permulaan ada
cadangan dihapuskan JAKIM mendapat tentangan sengit dari berbagai pimpinan dan
masyarakat Melayu. Mereka tidak mau agensi itu diubah, sebaliknya meu dipertingkatkan.
Akibatnya cadangan itu tidak dilaksanakan. Orang Melayu juga amat sensitif
dengan Felda yang menjadi sumber kehidupan masyarakat Melayu di luar bandar dan
mempunyai hubungan rapat dengan Tun Abdul Razak Perdana Menteri Kedua Malaysia.
Mereka amat dukacita dan kesal dengan
masalah Felda yang dikatakan terhutang sebanyak RM779 bilion. Peneroka miskin dan
terpaksa disuntik peruntukan bagi memulihkannya. Mereka juga keciwa dengan isu
Tabung Haji yang melambangkan kekukuhan Tabung Itu dari segi kewangan,
tiba-tiba dibincangkan masalah kemerosotan kewangan Tabung itu, walaupun masih
dapat mengeluarkan hebah.
Keadaan di atas terjadi oleh kerana
kalangan pemerintah sebagaimana dikatakan oleh Daim Zainuddin, mereka tidak
berpengalaman dan lebih dari itu tidak memahami soal nilai, budaya dan tradisi mesyarakat.
Apa yang dilakukan oleh pentadbir baru yang mau membawa Malaysia Baru
adalah mencanggahi nilai – seperti nilai
agama, budaya, seperti kedudukan Raja dan tradisi rakyat – antaranya menyentuh
kehidupan ekonomi mereka.
Dalam masa yang sama rakyat mendapati apa
yang dijanjikan di dalam manifesto PH tidak ditunaikan, Contoh janji mau
menghapuskan tol tidak terlaksana. Harga barang yang diharap turun tidak turun,
bahkan makin naik dan rakyat semakin sempit. Janji untuk mendapat kediaman
mampu milik terutama di bandar-bandar tidak terhasil bagi kebanyakan penduduk,
Adalah didapati petani, nelayan dan boroh tidak diberi kkeutamaan di dalam
belanjawan, manakala kalangan anak muda, khususnya dari keluaran pengajian
tinggi amat sukar mendapat pekerjaan, sebaliknya janji untuk menyelesaikan
hutang PTPTN tidak terselesai.
Dalam tempoh enam bulan pertama rakyat
masih bersabar dan masih berharap ada perubahan positif yang diharapkan. Empat
pilihanraya kecil masih berpihak kepada kerajaan PH. Namun rasa tidak puashati masih
berterusan. Kegelisahan ini dapat dirasai oleh Tun Daim Zaunuddin Penasihat
Ekonomi Kerajaan dan beliau memberi tempoh 6 bulanm untuk PH berubah
Dalam masa tersebut tendensi antara Pas
dengan Umno untuk bekerjasama makin nyata. Mereka merasa dan mengalami denyut
nadi rakyat yang semakin tidak puashati – termasuk beberapa isu besar yang lain
yang menyentuh nilai dan budaya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment