SUKU
BATEQ – SENTUHAN KEMANUSIAAN
(Fikrah Bangi:: 261)
Tiba-tiba kita dikejutkan dengan kematian
Mistri secara bersiri Suku Bateq Orang Asli
Selama ini tidak diketahui
Bahawa mereka adalah saudara tua kita
Sekian lama bertahan di hutan-hutan
Hidup dari sumber asli meramu tumbuhan
Atau hidupan di sungai atau daratan
Mereka keluarkan hasil hutan
Ubat-ubatan akar kayu dan rotan
Dengan
lima belas kematian
Memaksa pihak berkuasa membuat penyelidikan
adakah akibat pencemaran sungai Koh
dari lombong negeri atau pembalakan haram
memusnahkan kehidupan mereka
terkepung oleh penerokaan.
Sauku Bateq Orang Asli
Dengan penemuan mendedahkan kehidupan
Mereka tak mau diganggu pendatang luar
Rela berpindah dari adat diceroboh
Dengan kepercayaan mistri
Kehidupan tanpa ceroboh alam
Kematian roh diberi penghormatan
Persemadian di atas pokok-pokok tinggi
Lebih mendekati pihak Tertinggi.
Suku Bateq rupanya bukan saja di Sungai Koh
Di pedalaman Gua Musang, Negeri Kelantan
Tapi hingga ke Hulu Terengganu dan Pahang
Antara mereka ziarah menziarahi
Wabak dialami turut tersebar keluar.
Kemudian dikenalpasti
Ia adalah hawar campak mudah merebak.
Dan usaha dilakukan membasmi.
Suku Bateq walau antara mereka
Bernama Islam tapi perlu pembelaan
Untuk dibawa ke arus pembangunan
Dan pegangan sebenar Islam.
Suku Bateq
Mungkin perlu dipertahan identiti keturunan
Adat dan cara kehidupan
Namun perlu dipertingkat sosio ekonomi
Pendidikan dan kepercayaan.
Mereka adalah warisan idenditi
Perlu dipertahan dengan perubahan.
Shafie Abu Bakar,
Bandar Baru Bangi,
16 Syawal 1440H.
20 Jun 2019M..
No comments:
Post a Comment