June 21, 2019

MASALAH MAKIN MEMBERAT


MASALAH MAKIN MEMBERAT
(Fikrah Bangi: 262),
BBB: 17 Syawal 1440H. = 21 Jun 2019M. (Juma`at):
Selepas kemenangan PH di PRK bagi Parlimen  Sandakan ( 11 Mei 2019) dan tibanya Ramadhan, maka kita dapati suasana politik tanahair agak tenang. Kita menjangka inilah masa yang sesuai bagi Kerajaan PH mulai mengggandakan kerja bagi memperbaiki prestasi pemerintahan negara selepas setahun memerintah dan penilaian yang dibuat bahawa pengaruh parti  dan pemerintahan merosot. Namun harapan dan peluang tidak diambil kesempatan.
Didapati seminggu selepas Syawal tiba dan dalam suasana Hari Raya Idul Fitri, masyarakat digemparkan dengan isu video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali Menteri Ekonomi Malaysia. Watak lain  yang dikaitkan dengan isu ini ialah Haziq Abdullah Abdul Aziz Setiausaha Sulit Kanan kepada  Timbalan Menteri  Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar. Biarpun isu ini berhubung dengan pemimpin PKR, sudah tentu ianya menggugat suasana politik pemerintah – PH dan juga tidak menyenangkan kehidupan rakyat biasa.Isu ini sekaligus mengganggu perjalanan pentadbiran yang seharusnya tertumpu kepada usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan PH. Kita menyebut isu ini adalah klisye, tak sepatutnya bagi yang waras ditimbulkan. Ianya bertujuan untuk menjatuhkan  pemimpin tertentu yang dilihat berwibawa dan mungkin menggugat pihak yang lain. Dari awal isu ini dipersoalkan dan gagal mendapat simpati dan keyakinan rakyat, Sebaliknya ia dipandang jijik dan memalukan. Bahkan ianya dianggap membawa beban kepada pihak pemerintah. Sebagaimana maklum pihak Polis telah menjalankan penyiasatan. Walaupun bukti sahih belum dikeluarkan, nampaknya pihak yang mencetuskan isu telah diambil tindakan. Hari ini berita menyebutkan bahawa, ``Haziq dipecat``.
Gangguan kepada pentadbiran berlaku. Misalnya ada yang meminta supaya Azmin yang dikaitkan dengan isu supaya bercuti, sementara hasil siasatan Pol;is diketahui. Kita setuju bahawa Azmin yang dikaitkan dengan isu berkenaan adalah mangsa fitnah. Isu berkenaan bukan dari dirinya, maka tiada sebab baginya untuk bercuti. Isu yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya mengganggu pentadbiran negera. Masa tidak seharusnya dihabiskan kepada perkara yang tidak memberi faedah dan merugikan. Biarlah pihak Polis menyelesaikan tugasnya.
Sementara itu, belum pun isu video seks berakhir, timbul pula isu yang tidak kurang mengganggu dan membebankan suasana politik negara. Secara kebetulanm ianya dituju kepada pimpinan dalam PKR juga, Ianya disifatkan sebagai serangan baru dan sebagai bom jangka yang bertujuan bagi memusnahkan kepimpinan di dalam PKR. Kali ini adalah dengan sengaja ditimbulkan semalam  (20 Jun 2019) tentang manuskrip berjudul ``Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri`. Manuskrip ini dihasilkan oleh Yahya Ismail, seorang penulis veteran yang sebelumnya telah banyak menghasilkan tulisan dalam bidang sastera dan politik. Manuskrip ini didedahkan seorang yang bernama Johari Abdul.  Buku yang masih di dalam bentuk manuskrip ini menghangatkan suasana politik tanahair. Apa lagi ianya telah dibuat laporan polis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan pihak berkenaan mengugut menuntut bayaran RM400,000  jika, tidak manuskrip berkenaan akan diterbitkan. . Ianya merupakan satu lagi beban tambahan yang dipikul oleh PH, khususnya oleh PKR. 
Kita tidak tahu apakah ada hubungan antara isu video seks dan ugutan berkenaan. Terpulang kepada pihak polis membuat penyiasatan.
Tapi sebagaimana dikatakan ianya adalah gangguan terhadap situasi perjalanan pemerintahan. Masa terpaksa digunakan bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Sesungguhnya kita dapati PKR berbanding dengan parti-parti komponan di dalam PH paling bermasalah di dalam PH. Masalah berkesinambungan dari pemilihan kepimpinan  dari bulan Oktober 2018 lepas dan berterusan hingga kini. Ianya menyumbang ketidakstabilan bagi PH dan pemerintahan sendiri.
Beban ini boleh memberat dan memaslahkan pemritahan PH sendiri. Pihak pimpinan PKR perlu mencari sebab dan mengatasinya, jika tidak PKR sebagai beban bagi PH yang boleh meruntuhkan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment