MENANGKAP SAAT
SEJARAH – TUN MAHATHIR
(Fikrah Bangi
245),
BBB: 29 Ramadhan
1440H. = 03 Jun 2019M. (Isnin).
Dimaksudkan
dengan `Menangkap Saat Sejarah`, iaitu
seseoang yang melibatkan diri dengan sesuatu peristiwa penting tepat dengan
masa, tempat dan suasana yang memerlukannya mengambil tindakan. Sebagai contoh,
ketika Dato` Onn bin Ja`far mengundurkan diri dari memimpin Umno diambang
menuntut kemerdekaan Malaya, Tunku Abdul Rahman diminta mengambil tanggungjawab
tempat yang dikosongkan oleh Dato` Onn
dan meneruskan perjuangan kemerdekaan. Di bawah pimpinannya bersama dengan pemimpin-pemimpin
yang lain Malaya mencapai kemerdekaan.
Beliau dianggap bapa lemerdekaan negara. Sebagai contoh lagi, ketika
Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 di Indonesia dan Belanda bersiap untuk
kembali memerintah di Indonesia, maka pejuang kemerdekaan Indonesia seperti
Sukarno-Hatta mengambil kesempatan pada saat yang penting mengisiytiharkan
kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1946 dan berjuang menentang Belanda yang
kembali mau memrintah Indonesia. Akhirnya perjuangan rakyat di bawah pimpinan
Sukarno-Hatta berjaya mempertahankan
kemerdekaan Indonesia.
Tun Mahathir
juga boleh disifatkan tokoh yang berkesempatan menangkap saat sejarah yang
penting apabila ia kembali memasuki perjuangan politik dengan memimpin PH dalam
pilihanraya ke 14 pada 9 Mei 2018 bagi menjatuhkan kerajaan BN di bawah
pimpinan Datuk Seri Najib yang dianggap menmyeleweng. Pada Khamis10 Mei, 2018
Tun Mahathir mengisytiharkan PH memenangi pilihanraya ke 14 dengan kedudukan
kerusi yang dicapai pada masa itu ialah:
PKR 91 kerusi
Umno 67
Pas 14
Bebas 3
Perkembangan
selanjutnya jumlah kerusi dan sokongan kepada PH makin bertambah. Sehingga Najib
menerima keputusan yang dibuat rakyat.
Walaupun parti
Bersatu Tun Mahathir Cuma 15 kerusi berbanding dengan PKR dan Dap yang melebihi
Bersatu, tetapi memandangkan beliau selaku
Presiden PH, dan mempunyai pengalaman menjadi Perdana Menteri
(1981-2003),, maka beliau dipilih menjadi Perdana Menteri dan memberi
penghormatan kepada Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebagai wanita
pertama yang menjawat jawatan Timbalan Perdana Mentari, sedangkan Datuk Seri
Anwar masih lagi di dalam penjara.
Saat sejarah
yang dicipta Tun Mahathir adalah:
·
Tokoh
pertama di Malaysia orang yang berjaya kembali menjadi Perdana Menteri bagi
kali kedua
·
Tokoh yang
lahir pada 30 Disember 1925 itu, walaupun dengan usia yang lanjut, masih sihat
dan mampu memimpin
·
Tidak ada
yang mencabar beliau dari segi kepimpinan dan jawatan Perdana Menteri.
·
Mempunyai
legasi politik yang kukuh. Terlibat dengan politik sejak penentangan terhadap
Malayan Union (1946).
·
Berjaya
memimpin dan membangunkan Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri 1981-2003.
·
Beliau
disebut-sebut sebagai Negarawan.
Saat sejarah
yang dilibatkan Tun Mahathir, khususnya kembalinya menjadi Perdana Menteri
Malaysia kedua mengukuhkannya di dalam politik, pentadbiran dan sejarah kelak.
Beliau sesungguhnya berjaya menangkap saat-saat sejarah penting negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment