Dari zaman Moyang kita Adam a.s. sehingga Nabi
Nuh a.s.
Tidak silap Nabi Adam mencintai Hawa yang dari
belahan dirinya sendiri. Cuma apa yang dianggap kesalahan Adam-Hawa dihasut
orang ketiga sehingga berlakunya episod hitam dengan memakann buah khuldi
tegahan oleh moyang Adam dan Hawa sehingga terlempar keluar dari syurga - boleh
disifatkan sebagai hikmah dari kesalahan. Bayangkan betapa jemunya Adam bersama
Hawa berterusan dalam syurga, walau betapa indah dan nikmat nescaya akan
bertukar jemu dan klisye tanpa ada mereka yang dapat menyertai dan sama
menikmati bersama nikmat kesyurgaan itu. Bayangkan andaikata kita hidup
berseorangan, bahkan berdua bersamaan dengan isteri akan merasa jemu dan bosan
hidup secara berdua-duan sahaja, walaupun melempah dengan nikmat dan kekayaan.
Apa maknanya nikmat dan kekayaan tak kehabisan, jika amat terhad digunakan dan
sepatutnya sama dinikmati oleh yang lain yang penyertaan dengan yang lain menambahkan rasa
kebahagiaan.
Moyang Adam dan Hawa diturunkan di dunia bagi
melebarluaskan lagi nikmat kurniaan Tuhan dengan melanjutkan nikmat-nikmat
berkenaan kepada zuriat-zuriat dan keturunan-keturunan. Kurniaan hidup di dunia
walaupun sementara adalah nikmat. Moyang Adam dan Hawa mau anak cucu turunan
mereka mensyukuri nikmat sementara ini bagi menjambatani nikmat kekal disyurga
sebagaimana telah dihayati dan dinikmati mereka berdua sebelumnya. Mereka
berdua mau kebahagiaan yang telah mereka nikmati ini lebih bermakna dan lebih
berbahagia bila dapat bersama menikmatinya bersama-sama turunannnya, bahkan
moyang Adam dan Hawa berpendapat semakin nikmat bahagia itu dikecap bersama
makin meningkat dan bertambah erti bahagia. Nikmat bersama keluarga turunan tidak
sama lebih nikmatnya dari adanya bidadari, pengasuh dan pembantu-pembantu.
Taman syurga tidak bererti tanpa taman keluarga ! Itulah rahsia misi moyang Adam dan Hawa
diturunkan ke dunia.
Bayangkan, tanpa melihat kepada hikmat
tersirat, bagaimana gusarnya moyang Adam dan Hawa apabila mereka menyedari mereka telah
melanggar peringatan dari Allah sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Maka Kami berfirman, ``Wahai Adam ! Sesungguhnya
(Iblis) itu musuh bagimu dan musuh bagi isterimu, oleh itu janganlah ia
menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan demikian engkau (dan
isterimu) akan menderita.`` (Taha: 117).
Sesungguhnya moyang kita Adam dan Hawa telah
berjaya diwaswaskan oleh Iblis hingga mereka terperangkap di dalam tipu helah
dan hasutan Iblis, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
``Setelah itu maka syaitan membisikkan
(hasutan) kepadanya dengan berkata, ``Wahai Adam ! maukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang
menyebabkan hidup selama-lamanya dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap
?`` (Taha: 120).
Adam termakan kata Iblis dan terpedaya
dan mempercayai kata Iblis-syaitan dan
bertindak melakukan larangan yang diperingatkan kepadanya sebelumnya sebagai
firman Allah bermaksud:
``Kemudian mereka berdua memakan dari pohon
itu, lalu terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah
menutupnya dengan daun-daun dari syurga, dan dengan itu durhakalah Adam kepada
Tuhan, lalu tersalah jalan.`` (Taha: 121), namun menurut Al-Qur`an sebagaimana
maksud:
``Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi
taufik untuk bertaubat) lalu Allah menerima taubatnya serta diberi pertunjuk.``
(Taha: 122).
Bayangkan kemuraman moyang kita Adam dan Hawa
kerana menyedari kesalahan yang telah mereka berdua lakukan, walaupun diberi
peluang bertaubat. Bayangkan pula bagaimana wajah algojo Iblis-syaitan yang
angkuh dan bangga lantaran dapat memerangkap dan menipu moyang kita Adam dan
Hawa yang dalam keadaan terpinga-pinga berikut dari melakukan kesalahan. Namun
walaupun moyang kita Adam dan Hawa dimaaf dari kesalahan, tetapi mereka
terpaksa dikehendaki meninggalkan syurga yang sudah tentu menjadikan kedukaan
mereka bertambah. Arahan ini difahamkan dari ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Allah berfirman, ``Turunlah kamu berdua dari
(syurga) itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi
setengahnya yang lain. Kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dari Ku, maka
sesiapa yang mengikuti pertunjukku itu, nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula
tidak akan menderita azab sengsara.`` (Taha: 123).
Episod pengeluaran moyang kita Adam dan Hawa
ini penuh dengan alegori dan makna yang berlapis serta membawa maksud-maksud tersirat. Antara
makna dari persoalan dan hikmat , mengapa moyang kita Adam dan Hawa perlu
dikeluarkan dari syurga. Antara makna tersirat lagi ialah apa yang sebenar dan
hakikat `Buah Khuldi`, mengapa watak algojo syaitan-iblis terus dibenar
bermaharajalela sebagai watak antigonis dan perosak dan apakah implikasi dari
perlambangan episod ini kepada generasi-generasi yang melanjutkan turunan dari
moyang kita Adam dan Hawa.
Walau bagaimana dengan arahan moyang kita Adam
dan Hawa keluar dari syurga bererti banyak pengalaman kontras dan berbagai
ujian yang akan berlaku dan bakal
dihadapi oleh moyang kita Adam dan Hawa. Mulai dari masa itu mereka kehilangan
nikmat syurga, bayangkan bagaimana bila mereka diturunkan di dunia – moyang
kita berdua dikatakan diturunkan berlainan tempat (Dalam legenda rakyat Moyang
kita Adam dikatakan turun menjejaki puncak gunung yang kini dikenali Adam`s
Peak di Sri Lanka, kerana di atas batu pada puncak gunung itu terdapat bekas
tapak kaki yang dikatakan bekas tapak kaki moyang kita Adam. Mungkin pada zaman
pra-sejarah itu kepulauan Sri Lanka masih bercantum dengan benua India).
Bayangkan betapa moyang kita Adam itu begitu sukar menghadapi persekitaran yang
berlainan dari situasi di syurga. Dia terpaksa menempuhi hutan rimba dalam
usaha mencari moyang kita Hawa yang di dalam cerita dikatakan diturunkan di
Jeddah, lantaran Jeddah bererti `Moyang Perempuan` (Kuburannya juga dikatakan
di Jeddah). Di dalam kesusahan dan kepenatan mencari moyang kita berdua
akhirnya bertemu di Padang Arafah. Arafah sendiri bererti, tempat perkenalan –
bermaksud tempat pertemuan.
Begitulah peristiwa yang ditempoh oleh moyang
kita Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dari syurga dan menghadapi situasi hidup
baru. Moyang kita Adam dilantik dan diberi tugas sebagai `Khalifah Di Bumi
Allah``, namun gugatan datang dari malaikat yang mempertikaikan tentang
perlantikan moyang kita Adam sebagaimana dalam ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman
kepada Malaikat, ``Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi.
Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata), ``Adakah
Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang membuat bencana
dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih
dengan memuji dan mensucikanMu.`` Tuhan berfirman, ``Sesungguhnya aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.`` (Al-Baqarah: 30).
Ternyata melalui ujian moyang kita Adam lebih
berkelayakan dan lebih berilmu pengetahuan, bahkan lebih sesuai mengendali dan
mentadbirkan perjalanan hidup didunia. (Al-Baqarah: 31-35).
Moyang kita Adam dan Hawa menjalani kehidupan
dunia dan mendapat zuriat di dalam melanjutkan kehidupan dan pentadbiran di
dunia. Dari Zaman moyang kita Adam dan turunan mereka adalah patuh dengan
pegangan akidah keislaman dan tidak ada perselisihan, kecuali berlaku
pembunuhan oleh Qabil terhadap Habil, lantaran perselisihan memilih pasangan.
Keluarga moyang kita Adam dan Hawa dan turunan tetap di atas akidah Islam dan
berterusan sehingga sepuluh generasi kemudian, iaitu hingga kepada zaman Nabi
Nuh a.s.
Sekian.
No comments:
Post a Comment