BBB, 05
Jamadil Akhir 1439H. = 21 Februari 2018M. (Rabu):
`Masuk Tapak` ialah istilah teknikal bagi
kerja-kerja pembangunan hartanah. Ianya bermaksud bermulanya kerja di tapak –
maksudnya pada tanah bagi bangunan seperti mula meratakan tanah di tapak bagi
mendirikan rumah, masjid dan sebagainya.
Masuk Tapak bererti persediaan pra pembinaan
telah lengkap sebagaimana diperlukan. Masuk tapak bagi pembinaan Masjid Al-Umm
adalah pada 10.12.2013. Pada masa ini, walaupun surat kelulusan dari MPKj belum
tiba, tetapi kita dimaklumkan kelulusan telah dibuat dan surat kelulusan tiba pada 16.12.2013.
Pada
masa masuk tapak pembinaan pada 10.12.2013
tapak masih ditumbuhi pokok-pokok
– terutama pokok akasia (gelam Australia), walaupun sebelumnya telah dilakukan
pembersihan, tetapi sebahagian pokok-pokok masih belum ditolak (dibuang). Kerja
awal yang dilakukan dengan boldozar menolak dan meratakan tanah yang secara
tidak langsung menghilangkan sebahagian daripada pokok-pokok berkenaan.
Sebelum dari permulaan kerja `Masuk Tapak`
ini terpampang `Papan Tanda Projek` pada bahagian depan
masuk ke tapak, papan maklumat didirikan lebih awal dari projek dimulakan,
iaitu sejak persetujuan melantik kotrektor yang butir-butir maklumat menerangkan bahawa:
Tapak adalah cadangan membina dan menyiapkan
sebuah masjid Al-Umm tiga tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan Tadika,
Kelas Tahfiz, Kelas IT, Bilik Sumber dan Ruang Terbuka Serbaguna dan lain-lain di atas Lot 51177, Seksyen Satu, Bandar Baru
Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Untuk Jabatan Agama Islam Selangor.
Pemilik:
Jabatan Agama Islam Selangor
Arkitek: Arkitek Urusbina
Jurutera: Safar Ingeniurs
Perunding: Perunding Azfar
Jurukur Bahan: May Consult
Kontrektor:
Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
Masuk Tapak: 10 Disember 2013
Tarikh Siap:
25 Mei 2015.
No. Lesen.
Menaikkan papan tanda sedemikian adalah
menjadi syarat yang dikenakan oleh Majlis Perbandaran ke atas mana-mana projek
(kontrektor) yang membangunkan sesuatu projek.
Dapatlah difahamkan mengapa dikehendaki dinaikkan maklumat pada
setiap projek pembinaan.
Antara maklumat, bahawa tanah yang dinaikkan
papan tanda sudah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Kerajaan Tempatan.
Jika ada mana-mana pihak yang mempunyai
kepentingan dengan tapak atau sebarang kaitan boleh membuat rujukan dan
semakan.
Jika ada sebarang masalah yang ditimbulkan oleh
projek, maka aduan boleh dibuat kepada pihak berkuasa berdasarkan butir-butir
yang terdapat pada papan tanda.
Semua pihak berkenaan yang alamat tiap satu
terdapat pada papantanda bertanggungjawab di atas pembinaan. Mereka adalah
mempunyai lesen yang sah.
Peringatan kepada kontrektor, bahawa tempoh
yang perlu disiapkan sebagaimana tarikh yang tercatat.
Ianya juga sebagai iklan kepada orang ramai tentang
kemampuan kontrektor dan yang lain-lain berkemampuan membina bangunan bagi
projek. Ini menarik mereka yang mau berurus dengan pembinaan dapat berjumpa
dengan pihak-pihak berkenaan.
Segala risiko yang mungkin diterima, seperti
kegagalan, kekurangan kewangan, atau pihak kontrektor menghilangkan diri dan
sebagainya, maka tindakan boleh diambil mengikut peraturan-peraturan yang
dikenakan oleh pihak berkuasa. Dan sebagainya.
Dalam kata yang lain projek yang dibina, iaitu
masjid menurut procedure dan aturan-aturan pembinaan. Pihak yang mengusahakan
bagi mendirikan masjid juga prehatin dan cuba mempastikan segala perjalanan
adalah berjalan dengan baik. Mereka bertanggungjawab terhadap orang ramai,
khususnya kepada penderma-penderma. Mereka mestilah bersifat amanah.
Masuk Tapak dengan tiada sebarang upacara
adat, tapi terus mula kerja di tapak (sudah dilakukan perasmian sebelumnya).
Masuk Tapak dengan duit di tangan adalah
sebanyak: RM2,641,102.35
Masuk Tapak dengan keyakinan orang ramai terus
menderma agar sama dapat membuat kebajikan dan insya Allah mendapat ganjaran
berganda dari Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment