BBB, 23
Jamadil-Awwal 1439H. = 11 Februari 2018M. (Ahad):
Berdasarkan prinsip Takmilah di atas dan
diaplikasikan kepada Masjid l-Umm, bahawa
dalam usaha AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, bahawa kita berusaha sedaya
upaya bagi membina `Masjid Terbaik` menurut usaha, ikhtiar dan kemampuan kita,
walaupun kita sedar banyak kekurangan yang ada pada bakal Masjid Al-Umm,
misalnya dari segi keluasan tapak masjid tersebut yang hanya sekadar dua ekar. Dengan keluasan ini
tidak banyak ruang bagi meluas-lebarkan kawasan masjid. Kita juga sedar dari
peringkat permulaan lagi kita hanya bergantung pada keikhlasan derma dari orang
ramai. Memang kita rasa sukar untuk mendapat sejumlah anggaran awal sebanyak
RM10 juta, apalagi dengan pertambahan kos selepas daripada itu yang lebih
menyukarkan kita untuk mendapat derma
dengan pertambahan kos yang akan berlaku. Tapi kita bersangka baik (bertafa`ul) dengan urusan yang agak licin mendapat
kelulusan gezet terhadap tanah tapak masjid, begitu juga kelulusan dari pihak
JAIS untuk membina masjid dan pihak MAIS pula memberi kebenaran untuk memungut
derma bagi membiayai kos pembinaan masjid. Keizinan-keizinan yang didapati
memberi semangat kami untuk bekerja.
Sebagai mengikut procedure standard, selepas
mendapat keizinan semua, bahkan selepas kunjungan YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul
Khalid bin Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor, apa lagi dengan janji bahawa
Kerajaan Negeri Selangor akan menderma sejumlah apa yang didapati masjid dari
derma sehingga RM6 juta betul-betul melegakan kami AJK, bahkan memberi semangat
untuk melipatgandakan usaha bagi mendapat derma dari orang ramai.
Antara usaha dan mengikut procedure pembinaan
biasa juga memberi pilihan terbaik bagi pihak masjid ialah dengan membuka
tender untuk kontrektor-kontrektor membuat permohonan untuk mejadi kontrektor
kepada pembinaan Masjid Al-Umm.
Spesifikasi tender antaranya:
Tender adalah bermula 4 @ 5 Mac 2013 sehingga
18 @ 19 Mac 2013.
Perlantikan ialah 16 April 2013, tetapi tarikh
perlantikan ini diubah kepada 21 April 2013.
Manakala Masuk Tapak ialah 2 Mei 2013.
(Perubahan-perubahan tarikh dilakukan dengan makluman kepada pihak-pihak
berkenaan).
Terdapat respond terhadap tender ini
sebanyak 12 pembida (Pemohon) dan hari interview ditentukan ialah pada 20 Oktober 2013. Namun daripada 12 pembida yang
hadir ialah 9 pemohon sahaja, iaitu:
1) GIS Contractor
Sdn. Bhd.
2) Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
3) Mergong Jaya Service Sdn. Bhd.
4) Vastec Engineering Sdn. Bhd
5) Twinty Enterprise Sn. Bhd.
6) Iqtiqad Maju Sdn. Bhd.
7) Bangi Mas Sdn. Bhd.
8) Ufuk Rata
Sdn. Bhd.
9) Pembinaan Sham.
Interview dijalankan
oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm dengan diketuai oleh Pengerusinya.
Antara kriteria yang
diberi perhatian oleh jawatankuasa di dalam interview ialah kemampuan syarikat kontrektor
untuk membina Masjid Al-Umm berkenaan. Modal yang ada bagi pihak kontrektor dan
yang penting ialah pengalaman dari segi pembinaan dengan contoh
pembinaan-pembinaan yang telah berjaya dibina. Perkiraan juga diambil tentang
kesanggupan kontrektor berkenaan bertahan jika terpaksa pihak Masjid menghagapi
kekurangan kewangan pada tahap-tahap tertentu sehingga menyebabkan
bayaran-bayaran tertangguh.
Penjualan buku
dokumen ialah pada 18 September 2013 dan tarikh tutup ialah 1 Oktober 2013.
Kemudian tarikh tutup dilanjutkan sehari lagi kepada 2 Oktober 2013 (26b
Zulkaedah 1434H.)
Melalui interview 20
November 2013, maka pada 25 November
2013 diumumkan pemilihan – Setuju menerima tender Tekad Nusantara (Hj. Marzuki
Haji Che` Omar).
Penerimaan
berasaskan pengalamanya mengambil kontrek pembinaan bangunan swasta dan
kerajaan, antaranya membina Kompleks Pendidikan Bangi, kekukuhan kewangan dan
kesediaan menanggung beban kelewatan pembayaran sehingga ke jumlah RM2 juta.
Dengan pemilihan
kontrektor Tekad Nusantara berpejabat di Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi
dipercayai Tekad Nusantara mampu membina Masjid Al-Umm – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment