BBB, 23
Jamadil Awwal 1439H. = 11 Februari 2018M. (Ahad):
Selepas mengemaskan kedudukan AJK Pembinaan
Masjid Al-Umm sekitar Ogos 2012 dengan berlakunya pertambahan ahli
jawatankuasa, termasuk keahliannya ialah pegawai pembangunan kampus UKM, En. Omar Ja`far, engineer pembangunan Ir. Tuan Haji Ishak Haji Arshad juga keahlian
sedia ada iaitu Tuan Ar. Raja Fuaddin
Raja Ahmad, dan sudah diambil Setiausaha Kerja saudara Adham bin Anuar, bahkan atas syor En. Omar Ja`far agar
diwujudkan jawatankuasa teknikal, maka sudah diwujudkan jawatankuasa Teknikal
berkenaan yang dipengerusikan oleh Ir. Tuan Haji Ishak Arshad.
Kerja seterusnya yang diputuskan oleh
Jawatankuasa di dalam mesyuarat Pembinaan sejak Ogos 2012 ialah mau menjemput YAB.
Tan Seri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato` Menteri Besar Selangor untuk datang merasmikan tapak bagi
Masjid Al-Umm. Peluang untuk mendekati
YAB Dato` Menteri Besar Selangor bagi Penulis selaku Pegerusi Pembinaan Masjid
Al-Umm dan selaku ADUN Bangi agak mudah, kerana penulis sering berjumpa dengan
YAB Dato` Menteri Besar Selangor melalui pertemuan waktu rehat dari Sidang dan
bertemu dan bercakap secara langsung dengan beliau di dalam Dewan, juga
pertemuan mingguan yang diadakan d i
Dewan Mesyuarat di Tingkat 22 Bangunan Sultan Salahuddin `Abdul Azi Shah dan
juga pertemuan bulanan di rumah Rasmi Dato` Menteri Besar Selangor di Bukit
Mutiara, Seksyen 17 dalam mana setiap satu kali sebulan pada malam Jumaat
diadakan Majlis Ilmu – Membaca kitab Politik Pentadbiran Islam (Fiqh al-Awlawiyyat) oleh Al-Shaykh Yusof
al-Qaradhawi antara solat maghrib dan Isya`. Biasanya pada masa
makan malam selepas solat Isya` Penulis sering makan semeja dengan YAB Dato`
Menteri Besar, semasa bercakap ini pada majlis-majlis di atas Penulis mengambil
peluang bercakap dan mengharap YAB Dato` Meteri Besar ke Bangi untuk merasmikan
tapak Masjid Al-Umm yang diistilahkan sebagai `Majlis Mesra Kenduri Kampung`. Yang
Amat berhormat setuju datang dan urusan surat menyurat diminta dibuat terhadap
Setiausahanya.
Permohonan dibuat dengan secara rasmi dan
akhirnya mendapat persetujuan YAB Dato` Menteri Besar. Bersama kehadirannya
merasmikan tapak Masjid Al-Umm pada sebelah pagi akan juga merasmikan tapak
Sekolah Agama Sungai Tangkas yang juga
adalah usaha ADUN Bangi bersama Ketua Kampung bagi mendapat tapak dan
dirasmikan oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor. Tarikh yang dipersetyjui
ialah pada 6 Januari 2013 bertempat di tapak Masjid Al-Umm.
Sebagai mematuhi protokol pihak Jawatankuasa
telah bermesyuarat dengan pihak Pejabat Daerah Hulu Langat mnngenai program
lawatan berkenaan, bahkan dengan pihak MPKj yang dengan kemurahan MPKj telah
menaiktaraf jalan dekat tapak masjid, jalan sekolah, bahkan membina tangga
semin lebih dari 30 anak tangga untuk YAB Dato` Menteri Besar naik ke atas –
Tapak lokasi bagi melakukan perasmian.
Ketiban YAB Dato` Menteri Besar Selangor pada
pagi 6 Januari 2013 itu diiringi oleh pasukan pemuda-pemuda bermotor besar dan
disambut oleh ADUN Bangi yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan
Masjid Al-Umm, Tuan Pegawai Daerah, YDP MPKj, Dr. Tajul Ariffin Nordin selaku
YDP Prsatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, pegawai-pegawai dan orang ramai.
Dalam ucapannya YAB Dato` Menteri Besar
berterima kasih di atas jemputan jawatankuasa ke Majlis Mesra Kenduri Kampung,
dengan demikian katanya, beliau dapat
bermesra dengan penduduk. Beliau menyebut bahawa AJK perlu bekerja lebih kuat
bagi mendapat sokongan dan derma dari orang ramai yang menurut Dato` Menteri
Besar bahawa Masjid Al-Umm akan didirikan dari derma orang ramai. Beliau
percaya penduduk Bandar Baru Bangi yang terdiri dari kalangan intelektual
bersedia menderma bagi mendirikan masjid tersebut. Puncak dari ucapan Dato`
Menteri Besar, bahawa pihak kerajaan Negeri Selangor sedia memberi peruntukan
atas dasar dolar to dolar sehingga jumlah RM6 juta. Pengumuman itu disambut
baik oleh hadirin.
Sebelum daripada itu ADUN Bangi mengucapkan
terima kasih di atas kesudian YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim
Dato` Menteri Besar Selangor kerana sudi hadir bagi merasmikan Majlis Mesra Kenduri
Kampung. Beliau juga mengharapkan orang ramai yang turut hadir menyokong projek pembinaan Masjid Al-Umm dan turut
menderma bagi membolehkan masjid dapat dibina dengan segera.
Pada majlis itu YAB Dato` Menteri Besar Selangor
turut menerima derma yang disampaikan
oleh orang ramai. Selepas itu Dato` Menteri Besar Selangor melawat Pameran tentang
plan bagi pembinaan Masjid Al-Umm yang diselanggarakan oleh Yg. Mulia Ar. Raja
Fuaddin bin Raja Ahmad. Kemudian Dato` Menteri Besar diiringi mendaki Bukit
melalui tangga ke Tapak Perasmian. Dato` Menteri Besar menandatangani plak yang
disediakan dan melihat tapak bagi kawasan Masjid Al-Umm yang beberapa hari sebelum itu tapak
berkenaan telah dibersihkan dan sebahagian tapak diratakan dengan batu-batu
kasran.
Majlis berakhir dengan jamuan sebelum Dato`
Menteri Besar Selangor itu diiringi termasuk oleh ADUN Bangi ke Sungai Tangkas
dan merasmikan tapak Sekolah Agama, Sungai Tangkas yang pada masa itu sedang
dibangunkan.
Lawatan YAB Dato` Menteri Besar Selangor ke Tapak Masjid
Al-Umm merupakan tahap penting ke arah permulaan pembinaan bangunan Masjid Al-Umm yang diharap
tidak sampai setahun (sebelum akhir 2013) pembinaan fizikal masjid dapat
dimulakan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment