BBB, 22 Jamadil Awwal 1439H. = 08 Februari
2018M. (Khamis):
Pembinaan bangunan berskala besar yang
melibatkan peruntukan dana berpuluh juta ringgit, bahkan berbilion perlu kepada ketelitian. Ini sebagaimana diperkatakan bermula dari segi
penyiapan plan oleh arkitek agar ia menepati dengan kehendak pemiliknya – contoh
rumah, sama ada dari segi keluasan, jumlah bilik, ruang tamu, ruang dapur,
ruang keluarga, bilik-bilik air dan sebagainya. Begitulah dengan
keperluan-keperluan yang lain bagi projek-projek yang besar dan mega. Jangan lupa bagi sebuah bangunan ada aspek seni
dan estetika pada binaan. Ada pemilik memberi tumpuan lebih pada aspek estetika
dan sanggup berbelanja lebih bagi memenuhi cita rasa estetika yang mungkin unik
dan mencerminkan cita rasa seni dan estetika yang tinggi yang tidak semua
arkitek dapat memenuhinya, kecuali yang mempunyai daya seni, kreativiti dan
inovasi yang tinggi. Jika seni bina yang melibatkan masjid sudah pasti meurut
ciri-ciri masjid dengan perubahan, tambahan, kelainan dari segi seni,
kreativiti dan inovasi.
Bagi membina sebuah bangunan sama ada binaan
rumah, pejabat atau masjid yang lebih tinggi dari segi kos,istimewa dari segi
senibinanya, lain dari yang lain, seharusnya membuat perkiraan bukan saja dari
kelas kontrektor yang dia berkelayakan, tetapi juga kemampuan dari segi
memenuhi kehendak senibina, kelayakan pekerja-pekerjanya dan pengalaman mereka,
di samping kemampuan dari segi kelayakan kewangan. Bayangkan keperluan kepakaran bagi membina twin towers,
membina bangunan moden yang menjadi kemegahan negara dan membina masjid yang
yang berciri estetika tinggi dan beridentiti.
Bagi membina sebuah bangunan seperti masjid
yang mempunyai plan arkitek yang canggih umpamanya, maka tidak sebarang
kontrektor yang belum tahu berpengalaman dan berkelayakan menyanggupi untuk
membeda sesuatu tender.
Antara ketelitian yang perlu dilakukan sebelum
melakukan pembinaan, ialah memilih kontrektor yang paling layak dengan jumlah
kos pembinaan yang ditawarkan. Caranya ialah dengan membuat iklan agar maklumat
diketahui dan ada kontrektor-kontrektor yang berkelayakan dan berpengalaman
memohon. Keluasan penyebaran maklumat bergantung kepada besar atau kecilnya
projek. Jika ianya projek yang bernilai berbiliom ringgit, maka ianya diiklan
ke peringkat antarabangsa agar kontrektor-kontrektor pakar melamar. Misalnya mungkin
kontrektor besar dari German, Jepun, Perancis, Cina dan sebagainya melamar.
Jika projek adalah sederhana, mungkin
cukup di dalam negara sahaja dan jika lebih kecil, maka ianya memada bersifat
tempatan, tetapi biasanya selain dari mempunyai kebolehan ``Tangkap Kontrek` dilihat
juga pada pengalamannya dan prestasinya berdasarkan kejayaan kontreknya membina
binaan-binaan yang telah dihasilkan. Jika rekodnya baik, maka ianya mungkin dipilih.
Pengiklanan yang dibuat adalah dalam jangka
masa tertentu yang membolehkan maklumat
sampai kepada kontrektor-kontrektor dan membolehkan mereka bertindak membeli
borang-borang bagi projek yang ditender dan membuat permohonan dan melengkapkan
syarat-syarat yang diperlukan. Berkebiasaan juga jika diketahui ada kontrektor-kontrektor
berpengalaman dan ianya dilihat amat
berkelayakan, tidak jarang pula tawaran-tawaran dibuat kepada mereka untuk
menghantarkan permohonan dan akan dinilai bersama-sama dengan pemohon-pemohon
yang lain.
Dalam membuat iklan, penerimaan untuk mendapat
tawaran dan permohonan-permohonan yang dihantar, maka layanan yang dibuat terhadap
semua kontrektor yang memohon hendaklah
dilakukan secara adil dan telus. Adalah menjadi kebiasaan, jika tawaran membina
kepada kontrektor-kontrektor ini menarik, munasabah dan wajar, sudah tentulah
ramai yang memohon hasil dari tender yang dibuat. Semakin ramai pemohon yang
membuat permohonan adalah lebih baik, kerana ianya memberi ruang untuk memilih
yang terbaik dari berbagai-bagai permohonan.
Biasanya sebelum permohonan dibuat, walaupun
maklumat ada pada tawaran tender, tetapi bagi mempastikan kedudukan lokasi
seseorang kontrektor yang mau membeda sesebuah projek perlu melihat tapak dan
lokasi projek agar lebih jelas kedudukan dan memudahkan membuat anggaran dan berbagai-bagai
kemungkinan yang perlu dihadapi. Sebab itu pada kebiasaannya selepas iklan
dibuat dan mendapat pertanyaan dari banyak pihak, maka diadakan sesi penerangan kepada
kontrektor-kontrektor yang berminat dan mereka dibawa melihat lokasi binaan
agar semua pihak mendapat penjelasan dan membuat tindakan.
Semua proses yang berlaku ialah untuk memberi
peluang dan kemudahan tentang maklumat projek dan tidak menimbulkan masalah
kemudiannya. Sesungguhnya membina sebuah atau lebih bangunan yang memakan kos
yang tinggi, perlu dibuat secara professional dari peringkat awal dan mempunyai
procedure standard diikuti dan masing-masing mendapat kefahaman yang jelas
sebelum memohon sesuatu projek yang ditender dan diiklankan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment