February 15, 2018

PENTINGNYA JAWATANKUASA KEWANGAN - SYARAT TAKMILAH



BBB, 28 Jamadil Awwal 1439H. = 14 Februari 2018M. (Rabu):
Kewangan amat  penting bagi pembinaan masjid, ianya merupakan syarat Takmilah, tanpa kewangan pihak kontrektor tidak dapat menggerakkan kerja pembangunan. Sebagaimana disebut, kekurangan kewangan dialami sejak awal dari usaha pembinaan dilakukan. Bagi melicinkan pentadbiran, mendapat dana dan menguruskannya, maka ianya seharusnya mempunyai biro dan lajnah kewangan sendiri. Dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor berhubung dengan pentadbiran masjid memang disediakan peruntukan, bahawa di bawah Ketua Jawatankuasa Kariah/Nazir diperuntkkan bahawa ada sepuluh jawatankuasa yang boleh ditubuhkan. Antaranya Biro Ekonomi – termasuk Kewangan dan Harta Waqaf, perkara ini  (penubuhan J/K Kewangan) telah diperingatkan dari awal.  Jika dibawah jawatankuasa pentdbiran pembinaan ada semacam biro yang dikenali dengan jawatankuasa teknikal, maka kewangan juga seharusnya mempunyai jawatankuasa. Namun tidak dtubuhkan, sebaliknya mereka yang diberi keizinan setakat memungut derma,  mencari atau mendapat derma dan menyerahkan kepada bendahari. Sebaliknya ada semacam jawatankuasa secara tidak resmi mengambil peluang menguruskan perjalanan memungut derma. Namun dapat dikatakan pungutan dari pertengahan 2012 (Dari tempoh pelancaran (19 Mei 2012) hingga  ke akhir 2013 tidaklah menggalakkan.
 Ironinya ada beberapa kontradik yang merupakan andaian palsu:
Ramai yang menganggap bahawa selepas janji Dato` Menteri Besar untuk menderma, maka kita tidak perlu lagi menderma kerana peruntukan dijanjikan oleh kerajaan. Kalaupun jumlah dijanjikan didapati, maka ianya jauh dari cukup !
Bagi pihak AJK pula sebenarnya tidak mendapat apa yang dijanjikan selagi  tidak mencukupi jumlah pungutan sebanyak RM6 juta yang dalam keadaan pada tahun 2012-2013 itu tiada jumlah derma yang menggalakkan.
Pihak-pihak tertentu pula mengatakan, mereka akan menderma, ``Bila kelihatan tiang-tiang didirikan, kerana bila naik tiang mereka yakin dan berpendapat  pembinaan benar-benar berlaku  dan mereka tidak tertipu, kiranya menderma,lantaran masjid sudah mulai naik. Ironinya jawatankuasa tidak mempunyai kecukupan wang untuk memulakan pembangunan bagi menunjukkan masjid telah benar-benar didirikan.
Ada yang megandaikan bahawa orang ramai akan mulai meningkatkan derma bila hadirnya Ramadhan 2013M/1434H. Dengan jangkaan itu pihak Jawatankuasa mengeluarkan buku kecil Rayuan Infak Ramadhan bagi tahun tersebut.
Di dalam buku Rayuan Infak Ramadhan 1434H./2013M. Memuatkan ayat-ayat Al-Qur`an yang menggalakkan agar menginfak dan bersedekah pada bulan Ramdhan dan memohon agar orang ramai mengambil peluang merebut pahala berinfak dan bersedakah kepada Masjid Al-Umm.
Pengerusi merayu kepada orang ramai supaya mengambil peluang berinfak dan bersadaqah. Berinfak ibarat memberi pinjam kepada Allah yang Allah akan melipatganda ganjarannya (Maksud ayat 245 Surah Al-Baqarah). Adalah diharap Allah akan melipatgandakan pahala bagi mereka yang bersedekah.
Di dalam buku berkenaan juga dinyatakan plan BBB dan letaknya Masjid Al-Umm, plan-plan bagi bangunan Masjid Al-Umm dan gambar-gambar ketika pelancaran derma 19 Mei 2012 dan gambar-gambar lawatan Dato` Menteri Besar ketika merasmikan tapak bagi Masjid Al-Umm dan khenduri kampung pada 6 Januari 2013.
Pendek kata selama  setahun setengah usaha mendapatkan derma, maka jumlah yang didapati berdasarkan kunci kira-kira pendapatan pada akhir – 31 Disember 2013. Jumlahnya ialah:
RM2,641, 102.35  untuk  membina masjid yang berharga pada masa itu telah meningkat kepada RM12 juta.
Jumlah sedemilian adalah didapati, sejak  dari pelancaran derma pada peringkat permulaan.
Walau apapun jumlah ini adalah merupakan derma ikhlas dari orang ramai yang menghantar  dan memberi derma kepada pemungut-pemungut derma. Antaranya melalui tabung-tabung yang dibuka  di masjid dan surau-surau. Terima kasih kepada semua pihak yang menderma.
(Catatan: Oleh kerana Bendahari tidak mempunyai jawatankuasa, dan urusan kewangan adalah rumit, maka pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm kemudiannya  telah melantik seorang kerani kewangan  -  Sdr. Marzuki Rushdi mulai 1 Julai 2014 dengan elaun permulaan RM1,500/=). Tugas beliau adalah membantu Bendahari mengurus, menyelesaikan masalah kewangan dan melaporkan hal-hal kewangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sekian.

No comments:

Post a Comment