BBB, 24 Jamadil Awwal 1439H. = 10 Februari
2018M. (Sabtu):
Jawatankuasa permulaan yang telah dilantik
pada 4 Februari 2010 sebagaimana telah
disenaraikan telah berjaya menguruskan keperluan-keperluan bagi mendirikan
sebuah masjid, termasuk gezet tanah, kebenaran dari JAIS-MAIS, membuat
permohonan mendirikan masjid dan kebenaran memungut derma bagi mendirikan
masjid.
Hingga kepada mesyuarat Bil. 9/2012 bertarikh
14 Mei 2012, beberapa jawatankuasa baru telah ditambah bagi mengukuhkan
kedudukan dengan pakar-pakar pembinaan seperti Tuan Haji Ghazali Haji Abbas, En.
Omar bin Ja`afar bersama Dr. Tajul Ariffin Noordin sebagai YDP Persatuan
Penduduk BBB., Dalam mesyuarat seterusnya En. Omar Ja`afar Pegawai Tadbir UKM,
telah mencadangkan diwujudkan jawatankuasa Teknikal bagi mengendalikan pembinaan
Masjid al-Umm apabila dibina kelak. Seorang Ir. dari UKM telah dicadang untuk dilantik
dalam jawatankuasa, beliau adalah Ir. Tuan Haji
Ishak bin Haji Arshad. Cadangan Tuan Haji Omar ini diterima Ahli.
Dengan perubahan Jawatankuasa dan mesyuarat
pertama jawatankuasa baru (selepas jawatankuasa bemesyuarat selama 16 kali),
maka mesyuarat yang baru dengan AJK baru, mulai membuka fail baru dengan
mesyuarat pertama Bil 1/2012 (14 Ogos 2012). Mereka terdiri dari:
1) YB. Dr. Shafie Abu Bakar - Pengerusi
2) Tuan Haji Mohd. Nor bin Hj Mohd Yasin (Bendahari)
3) Tuan Haji Abdul Rahman Daud AJK
4) Tuan Haji Ahmad Hasbullah AJK
5) Tuan Haji Mohd. Kalok bin A.Latiff
AJK
6) YM Ar. Raja
Fuaddin bin Raja Ahmad
7) HAJI Omar bin Ja`far
8) Ir.Haji Ishak bin Haji Arshad
9) Tuan Haji Hussin Yunos - Setiausaha
10) En. Nik Mohd. Adham bin Nik Anuar (13 Ogos 2012),
Setiausaha Kerja.
Turut
hadir:
·
Ir. Mohd.
Safari Ahmad (Safari Ingeniuers)
·
Ir. Mat Simen Mohd Yazid – Safari Ingeniuers)
·
En.
Fazri Suhailan Harun Perunding Azfari M
& E.
·
Mohd Solah
Ya`kob My Consult
Pada peringkat awal pra-pembangunan fizikal,
bahawa perlunya dibentangkan tentang plan awal bagi Masjid Al-Ummn.
Jika dlihat di dalam senarai AJK di atas
terdapat nama YM. Ar. Raja Fuaddin bin
Raja Ahmad. Beliau adalah seorang penduduk Bandar Baru Bangi dan tinggal tidak jauh dari Surau Damai yang tidak jauh dari
tapak Masjid al-Umm. Oleh kerana beliau adalah seorang arkitek, maka kawan
seperti Tuan Haji Mohd. Kalok bin A.Latiff yang juga tinggal di kawasan
berdekatan Surau Damai sebagai AJK beliau telah mencadangkan agar YM Tuan Ir
Raja Fuaddin dimasukkan sebagai AJK
Pembangunan Masjid al-Umm. Maka di dalam mesyuarat AJK beliaulah yang
dicadangkan bagi menyediakan plan bagi Masjid al-Umm.
Melalui mesyuarat AJK yang baharu Tuan Haji
Omar Ja`far salah seorang AJK Pembangunan Masjid yang mempunyai banyak
pengalaman pembinaan di dalam membina bangunan-bangunan di Kampus UKM, beliau
melihat di samping wujudnya jawatankuasa (Induk), perlu adanya satu lagi AJK
yang berhubung dengan teknikal. Jawatankuasa ini akan mengendalikan khusus
tentang teknik dan pembangunan fizikal. Cadangan ini diterima baik.
Maka pada 9 April 2013 ditubuhkan Jawatankuasa
Teknikal yang keahliannya terdiri dari:
1) Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad – Pengerusi Jawatankuasa
Teknikal
2) Tuan Haji Omar bin Ja`far
3) Tuan Ar. Haji Raja Fuaddin bin Raja Ahmad
4) En. Alauddin bin Mokhtar – Safari Ingeniurs.
5) Mohd Tarmizi bin Muhammad - Safari Ingeniurs
6) En. Mohd Syazuan Yusof
7) En. Zulhilmi bin Abdullah
8) Haji Marzuki Che Omar
9) En. Mohd Adham bin Anuar – Setiausaha Kerja.
Pada masa ini Baki Tabung Masjis al-Umm, ialah
RM13,700/=). Dalam kata lain, Jawatankuasa Pembinaan Masjid al-Umm pada masa
itu kekurangan dana yang kos peminaan pada masa itu telah meningkat dari
anggaran awal RM10 juta kepada RM12 juta. Jadi disamping memikirkan soal
pembangunan fizikal, Jawatankuasa juga memikirkan bagaimana untuk menambah dana
yang kekeringan itu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment