BBB, 14
Jamadil-Awwal 1439H. = 31` Januari 2018M. (Rabu):
Dalam apa juga perkara sama ada pekerjaan,
pelajaran dan kehidupan dilihat dari segi Takmilah perlu ada arah dan tujuan
yang perjalanan kepadanya seharusnya terus meningkat dari segi kualitinya. Bagi
proses ke arah Takmilah ini perlu ada muhasabah untuk menilai perjalanan yang
dilalui ke peningkatan kualiti dan sepatutnya tidak berlaku sebaliknya, tetapi
jika berlaku kebalikan, maka ianya hendaklah diambil tindakan memperbaiki supaya
arah yang ditujui tidak terseleweng dan dapat mencapai kejayaan.
Di dalam hal pembinaan Masjid Al-Umm, apa yang
dibicarakan setakat ini adalah tahap permulaan, iaitu tahap persediaan. Pada
tahap ini ada kemajuan yang dicapai sebagaimana telah dibicarakan, iaitu
kejayaan menubuhkan jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Umm, kejayaan mendapat
gezet terhadap tanah bagi Masjid al-Umm, kejayaan mendapat kebenaran dari JAIS
mendirikan masjid, kejayaan mendapat keizinan dari MAIS kebenaran memungut
derma untuk masjid dan menghantar permohonan untuk mendirikan masjid dan
mendapat sokongan dari berbagai pihak. Pada peringkat persediaan ini juga
berjaya diadakan Majlis Pelancaran pemungutan derma bagi Masjid yang menjadi
induk derma bagi masjid.
Dalam masa peringkat persediaan ini pihak AJK
telah mengadakan beberapa gotong royong bagi membersih tapak bagi masjid.
Dalam mesyuarat bulanan bagi bulan April 2010,
mulai dibincangkan mengenai plan bagi Masjid Al-Umm, Tuan Haji Mohd Said bin
Yunos sebagai ketua bagi plan dan landscaping membentang plan permulaan bagi
Masjid Al-Umm dituruti dengan perbincangan tentang kewangan oleh Bendahari Tuan
Haji Mohd. Nor Yasin yang target bagi mendapat kewangan pada peringkat permulaan
ialah satu juta ringgit.
Manakala pada mesyuarat pada bulan Mei 2010
membincangkan berkenaan plan induk, soal dana, tapak dan geran.
Kesan dari muhasabah terhadap kedudukan
jawatankuasa, maka timbul cadangan pada
20 Mei 2010 bagi memasukkan Encik Omar
Ja`far sebagai salah satu AJK. En. Omar Ja`far adalah Pentadbir bagi
pembangunan bagi UKM, khusus pembangunan fizikal bangunan-bangunan kampus UKM,
beliau adalah ahli mewakili UKM di dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Daerah Hulu
Langat dan juga selaku Yang Dipertua Persatuan Penduduk BBB. Dengan adanya
beliau yang begitu berpengalaman, terutama dari segi pembangunan fizikal UKM
diharap dapat membantu melicinkan pentadbiran dan pembangunan Masjid Al-Umm itu
sendiri.
Dalam mesyuarat ini turut dibincangkan skop
yang lebih luas seperti kedudukan Dewan Orang Ramai yang berdekatan dengan
tapak Masjid BBB, Medan Selera (Medan Usahawan) dan kedudukan Padang Awam yang
kemungkinan antaranya dapat meluaskan kawasan masjid atau sekurang-kurangnya
masjid mendapat faedah daripadanya.
Hasil dari perbincangan di dalam mesyuarat
pada peringkat persediaan ini juga difikirkan bahawa bagi perkembangan
seterusnya dari perbincangan bahawa, walaupun ada setiausaha bagi AJK Pembangunan
(Tuan Haji Hussin bin Yunos) , adalah difikirkan bahawa AJK perlu
ada Setiausaha Kerja yang bekerja sepenuh masa dan perlu ada pejabat khas bagi pejabat
Jawatankuasa Pembangunan Masjid al-Umm. Sememangnya pihak AJK Pembangunan
Masjid selama ini tidak mempunyai pejabat. Mesyuarat-mesyuarat selama ini
banyak diadakan di Pejabat ADUN Bangi no. 8, Jalan ¼, BBB. Apabila pihak
Persatuan Penduduk menaikkan taraf dua unit warung yang disatukan sebagai
Pejabat Persatuan Penduduk sekitar (2012) dan agak selesa, maka mesyuarat lebih banyak diadakan di Pejabat Persatuan
ini, di samping Pejabat Adun juga terus digunakan sebagai tempat mesyuarat. Bilik
mesyuarat di Pejabat Persatuan itu lebih kerap digunakan apabila kompleks pendidikan
Islam di Seksyen 16 siap dan digunakan sekitar 2012 dan Persatuan Penduduk
mempunyai pejabat di sana dan kurang menggunakan pejabat di Medan Usahawan,
maka msyuarat masjid lebih kerap menggunakan Pejabat Persatuan Penduduk di
Medan Usahawan.
Sebagai disyorkan bagi mengendalikan
kerja-kerja pentadbiran bagi pembangunan Masjid, maka seorang Setiausaha Kerja
dilantik. Setiausaha yang dipilih ialah saudara Mohd. Adham bin Anwar yang mula
berkhidmat dan berkuatkuasa mulai 18 Julai 2012 dengan gaji permulaan RM1,500
sebulan. Pejabat bagi Setiauasaha kerja
ialah dengan menggunakan sebuah warung atas nama ADUN Bangi yang digunakan bagi
jawatankuasa Bertindak ADUN seperti
Penerangan dan Kebajikan. Pejabat ini terus digunakan atas nama peribadi
(Shafie Abu Bakar) hingga kini dan akan terus digunakan untuk
bahagianPenerangan dan Publisiti masjid, walaupun Pejabat Pentadbiran Masjid
berpindah berikut dari penggunaan Masjid pada 16 Disember 2017.
Perubahan ialah bagi mengemaskan pentadbiran
masjid yang makin bertambah. Sesungguhnya muhasabah menyedarkan kekurangan dan
usaha dilakukan ke arah Takmilah.
Sekian.
Assalamualaikum. Bagaimana saya boleh menghubungi doktor. Sy bercadang mendirikan masjid di selangor. Tkasih
ReplyDelete