Shah Alam, 21 Ramadhan 1436 = 08 Julai 2015 (Rabu):
Sebagaimana telah ditetapkan bagi temu janji,
jam 3.00 petang hari ini, kami dari AJK Pembinaan dan Pengimarahan Masjid
Al-Umm yang terdiri dari TG Dato` Dr. Haron Din selaku Penaung dan Penasihat
AJK, Dr. Shafie Abu Bakar Pengerusi, Tuan Haji Mohd Nor bin Haji Yasin
Bendahari, Tuan Haji Suib Maulud Bendahari, Tuan Haji Abdul Rahman bin Daud
AJK, Nik Muhammad Adham bin Nik Anuar Setiausah Kerja dan saudara Azizi bahagian
Dokumentasi tiba di Pejabat Y.A.B. Dato` Menteri Besar di Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Kehadiran kami diterima mesra oleh Y.A.B.
Dato` Menteri Besar Tuan Mohamed Azmin Ali. Penulis, mengcapkan terima kasih di
atas penerimaan kunjungan kami dan tahniah di atas perlantikan Y.A.B menjadi
Menteri Besar Selangor. Beliau mengucapkan `terima kasih`. Semasa menerima
kehadiran TG Dato` Dr. Haron Din, Y.A.B. mengatakan.
``Kehadiran Tuan Guru sama sudah tentu
mempunyai tujuan yang besar.``
Selepas mengambil tempat duduk Penulis
menyatakan hasrat kunjungan,
``Kehadiran kami ialah bagi mendapat
kepastian, sebagaimana surat (terakhir) kepada Y.A.B Dato` Menteri Besar pada
01 Julai 2015 berhubung dengan janji Kerajaan Negeri semasa Tan Sri Dato` Seri
Abdul Khalid bin Ibrahim berkunjung ke tapak Masjid Al-Umm pada 06 Januari 2013
berjanji akan membiyai pembinaan Masjid Al-Umm berdasarkan sumbangan `Ringgit
ke Ringgit` hingga kepada jumlah RM6 juta.``
Y.A.B.
membalas di atas apa yang Penulis luahkan tujuan kunjungan, secara bergurau
beliau menyatakan,
``Janji Kerajaan Negeri atau Janji Peribadi ?``.
Jawab Penulis, ``Oleh kerana Tan Sri Khalid
pada masa itu adalah Menteri Besar Selangor, jadi janji yang dibuatnya, pada pemahaman
kami adalah janji Kerajaan Negeri.``
TG Dato`
Dr. Haron Din memaklumlan, ``Kunjungan kami buat makluman Y.A.B, setakat ini
keperluan kepada kewangan adalah mendesak, tanpa bantuan, khususnya janji yang
dibuat adalah dikhuatiri mengganggu progress pembinaan Masjid Al-Umm.``
Y.A.B memahami dan mengiakan mengapa TG turut
serta hadir, kerana desakan berkenaan.
Saudara Setiausaha Tuan Haji Suib bin Maulud
menerangkan tentang perkembangan pembinaan Masjid Al-Umm yang kini adalah 80%,
tetapi dalam keadaan sekarang, kos asal pembinaan makin meningkat dan dengan
bajet awal sebanyak RM12 juta tidak mencukupi.
Y.A.B. bertanya jumlah kewangan yang sudah
didapati. Tuan Haji Abdul Rahman memaklumkan kutipan yang didapati adalah
RM10.5, tetapi perbelanjaan yang dibuat menghampiri jumlah yang didapati.
Tuan Haji Mohd Nor Haji Yasin menambah, ``Baki
di tangan adalah kurang dari RM2 juta, setelah pembayaran terakhir dibuat pada
7 Julai 2015 lepas.``
Kemudian Y.A.B. dengan nada yang lebih serius
menegaskan bahawa, ``Janji seperti ringgit per ringgit, sebenarnya tidak
menjadi polisi kerjaan negeri.`` Menurutnya, ``Akibat janji yang dibuat, bukan
sahaja terhadap Masjid Al-Umm, tetapi banyak lagi, menyebabkan Kerajaan Negeri
Terperangkap dan setengahnya menjadi kes mahkamah.``
Kata Y.A.B. Dato` Menteri Besar, ``Sesuatu
peruntukan yang hendak dikeluarkan mestilah berdasarkan permohonan yang dibawa
kepada peruntukan bajet Kerajaan dan melalui kelulusan mesyuarat Exco Kerajaan
Negeri.`` Kata Y.A.B. Dato` Menteri Basar, ``Sdr. Shafie tentu tahu dari
pengalaman beliau bersama di dalam Dewan Negeri dulu.``
Tegasnya kita tidak dapat menggunakan atau
mengeluarkan peruntukan di luar dari bajet yang diluluskan.`` Tambahnya,
``Polisi Kerajaan Negeri sekarang tidak seperti dulu berdasarkan `Bajet
Berimbang` yang difisit tahunan berlaku dan terpaksa ditambah, tetapi Kerajaan
Sekarang berdasrkan peruntukan sebenar dan cuba mengelak dari perbelanjaan
defisit. Jadi permohonan di luar dari peruntukan sukar untuk didapati.``
Penulis bertanya, ``Tidakkah ada sebarang
ruang bagi mendapat sebarang peruntukan sebagaimana yang telah dijanjikan ?``
Y.A.B. meyatakan, ``Kalau ada ruang ialah
dengan melihat lebihan-lebihan dari mana-mana peruntukan yang dibuat terhadap
badan-badan atau jabatan-jabatan tertentu, mungkin jika ada lebihan, kita boleh
guna sebahagian.``
Tapi katanya, ``Mungkin tidak sampai sejumlah
RM6 juta.``
TG mencelah, ``Kita berharap kalau tidak
sampai jumlah yang dijanjikan, mungkin kurang sedikit kepada jumlah RM5 juta.``
Semua ketawa !
Tetapi Y.A.B. Tuan Azmin, tetap menegaskan
bahawa, `Saya akan berusaha, tetapi tidak menjamin berapa jumlahnya.`` Katanya
lagi, ``Perkara ini akan diusahakan selepas Hari Raya Idul Fitri nanti.``
Penulis mencelah, ``Harap periority diberi
kepada Masjid Al-Umm, bila membincangkan peruntukan yang cuba didapatkan dari
mana-mana lebihan yang boleh didapati.``
Selain dari membincangkan kekurangan dana
Masjid Al-Umm, Penulis juga memaklumkan tentang rancangan pembagunan Masjid
Al-Umm bagi fasa kedua, iaitu penekanan dari segi pendidikan dan pengajian yang
akan dilakukan di masjid, antaranya rancangan untuk mendirikan bangunan
pengajian 10 tingkat di kawasan yang berhampiran dengan masjid. Adalah diharapkan
untuk merundingkan dengan pihak MPKj untuk menggunakan tanah ``Medan Usahawan`
yang terbengkalai bagi dibangunkan bangunan yang menjadi pusat pengajian bagi
Masjid Al-Umm.
``Y.A.B. bersetuju, bahawa masjid bukan saja
tempat ibadat, tetapi juga bagi kegiatan-kegiatan yang lain seperti pendidikan
dan kemasyarakatan.`` Beliau memaklumkan pihak Kerajaan Negeri melalui JAIS
akan membina `Surau Model` bagi setiap jajahan yang lengkap dengan berbagai kemudahan
bagi berbagai kegiatan yang dapat dijadikan contoh bagi surau-surau yang lain.
Tuan Haji Abdul Rahman menimbulkan tentang
surau lama Al-Umm yang telah dipohon bagi dijadikan rumah imam, guru dan
pelajar Tahfiz.. Permohonan telah dibuat terhadap PKNS dan telah dipersetujui
dengan kos RM500,000, tetapi setakat ini belum menerima jawapan bertulis secara
rasmi.
Apa jua, AJK mengucapkan terima kasih di atas kesudian
Y.A.B. menerima kunjungan rombongan. Sebagai tanda mata Penulis menyampaikan 7
buah buku kepada Y.A.B. Dato` Menteri Besar dan Y.A.B. juga menyampaikan
cenderahati kepada setiap yang datang, sebagai oleh-oleh Ramadhan dan kenangan.
Pertemuan berakhir jam 4.00 petang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment