BBB, 24 Ramadhan 1436 = 11 Julai 2015 (Sabtu):
Perbincangan dalam mesyuarat khas 22 Ramadhan
1436 bersamaan 9 Julai 2015 berlangsung di Hotel Puri Pujangga, UKM adalah selama
2 jam dari jam 5.00 – 7.15 petang sebelum berbuka puasa. Setiausaha Tuan Haji
Suib Maulud membentangkan carta yang melibatkan kedudukan pegawai-pegawai
masjid oleh JAIS dan kemudian diikuti perbincangan.
Rumusan-rumusan perbincangan melibatkan
pembangunan, pentadbiran, pengimarahan dan kewangan.
1) Pembangunan
a) Bangunan Fizikal Masjid Al-Umm
Cadangan untuk memulakan penggunaan Masjid
Al-Umm pada hariraya Idul Adhha 10 Zulhijjah 1436 bersamaan 24 September 2015
dengan menjemput TG Dato` Dr. Haron Din Penaung dan Penasihat AJK Pembangunan
Masjid Al-Umm sebagai Imam dan Khatib Pertama dan Utama (cadangan sempena
lawatan TG ke bangunan Masjid Al-Umm pada 29 Jun 2015) membuka perbincangan
sama ada pada tarikh tersebut masjid dapat disiapkan atau tidak. Sedangkan pada
masa kini kubah masjid dalam pembinaan dan dijangka memerlukan masa lewat dari raya Idul Adhha berkenaan - dijangka Oktober 2015. Pendingin udara juga
masih belum dipasang, letrik dan air belum disalurkan. Infra-struktur luar
seperti lanskap, jalan dan pagar belum dibina. Ini tidak termasuk aspek
dekorasi dalaman, perabut dan carpet. Terpenting apakah CF boleh didapati dan
tanpa Cf apakah boleh mendapat keizinan JAIS bagi mendirikan solat Idul Adhha. Mesyuarat
khas yang berlangsung di Hotel Puri Pujangga pada 9 Julai 2015 itu berpendapat,
pada hariraya Idul Adhha masjid tidak dapat disiapkan. Lantaran itu mesyuarat bersetuju
untuk menemui TG bagi menangguhkan penggunaan masjid pada hari raya berkenaan.
(Catatan: Pertemuan Pengerusi dan 7 AJK Induk
pada pagi Sabtu 11 Julai 2015 dengan Tuan Guru di Kompleks Pendidikan Islam,
Bangi pagi ini Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din bersetuju dengan penangguhan).
b) Pembangunan Fasa 2
Hasrat bagi meluaskan fungsi masjid dalam bidang
pendidikan diteruskan. Iaitu usaha bagi mendapat kelulusan dari MPKj dan
Kerajaan Negeri Selangor (tanah) bagi mendirikan kompleks pendidikan dan
pengajian setinggi 10 tingkat di kawasan Medan Usahawan berdekatan dengan
masjid Al-Umm. Dengan wujudnya kompleks ini memberi ruang yang lebih bagi
peningkatan pendidikan dan merealisasikan konsep Wadi Ilmu berindukkan Masjid
Al-Umm di Bangi Bandar Ilmu.
c) Penjimatan Perbelanjaan
Dengan keadaan kewangan yang berbaki makin
kecil (kini RM1.2 juta), mesyuarat bersetuju mengambil langkah berjimat cermat,
di samping berusaha mendapat dana. Antara langkah ialah:
i) Memberi keutamaan kepada
projek yang penting
ii)
Menangguhkan perlaksanaan projek yang kurang penting
iii) Menukar dari yang melibatkan kos tinggi kepada yang lebih rendah
iv)
Mencari alternatif sebagai menggantikan bagi yang mewajarkan pertukaran
v) Tidak melaksanakan apa yang
dianggap tidak penting
Penjimatan perlu, bukan setakat bagi
pembinaan, tetapi pengimarahan dan pengurusan yang juga memerlukan kewangan.
2. Pentadbiran
Meneruskan tugas AJK Pembangunan. Antara yang
diputus dalam perbincangan:
·
Pengerusi: Dr. Shafie Abu Bakar
·
Timbalan Pengerusi: Ir. Haji Ishak
Arshad
·
Bendahari: Tuan Haji Mohd. Nor bin
Haji Mohd Yasin
·
Setiausaha: Tuan Haji Suib bin
Maulud
·
Pengurusan: Tuan Haji Mohd. Kalok
bin A. Latiff & Tuan Haji Suib Maulud
·
Pengimarahan: Tuan Haji Ghazali
Abbas
·
Pendidikan: Dr. Tajul Ariffin
Noordin
·
Fellow Pendidikan: Dr. Mohamad
Sabri bin Haron
·
Projek Pembangunan Fasa 2: Ir.
Haji Ghazali Husin
·
Penjana Dana: Tuan Haji Abdul
Rahman bin Daud (cadangan)
·
Penyelaras Pegawai Masjid dan
Pelajar Tahfiz dan Kebajikan mereka: Haji Ahmad bin Hasbullah (cadangan)
·
Pembangunan Koperasi: Tuan Haji
Mohd. Kalok bin A. Latiff
·
Publisiti: Nik Adham bin Nik Anuar
Tugas-tugas selain dipastikan di atas akan
ditentukan oleh mesyuarat bagi AJK lain.
AJK diminta mengenalpasti yang berkelayakan
bagi jawatan seperti nazir, imam, bilal dan siak untuk dikemukakan kepada pihak
JAIS bila tiba masanya.
3. Pengimarahn
* Menurut rumusan yang telah dibuat di dalam
bengkel-bengkel lepas
* Menjemput pakar dalam bidang pengimarahan
menyampaikan pendapat dan cadangan
* Membuat lawatan kerja sambil belajar dengan
menemui AJK masjid-masjid pilihan dan pengetua pusat-pusat tahfiz
Catatan: Bahagian pengimarahan dibenarkan
membuka akaun di Bank Muamalat bagi menyalurkan kewangan.
4. Kewangan
* Meneruskan usaha mendapat derma dari orang
ramai
* Mendapatkan penderma tetap
* Mendapat pinjaman dari mereka yang
berkelayakan
* Mengadakan kegiatan amal
* Memiliki aset yang dapat menjadi sumber
kewangan
5.
Rumusan
Perbincangan masih belum bersifat menyeluruh.
Banyak lagi bidang-bidang, contoh pendidikan yang perlu diperluaskan. Perbincangan
akan diteruskan pada masa akan datang.
Majlis berakhir dengan iftar dan solat Maghri
berjamaah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment