BBB, 04
Zulkaedah 1436 = 19 Ogos 2015 (Rabu):
Semua kitab tafsir yang telah dibicarakan
adalah terjemahan dan tafsiran dari bahasa Arab kepada bahasa Melayu, tetapi
kali ini ada kelainan, bahawa terjemahan Al-Qur`an adalah kepada bahasa
Inggeris dan terjemahan kepada bahasa Melayu.
Kitab Al-Qur`an yang diterjemah dan ulasan
ialah kitab `The Holy Qur`an Text, Traslation & Commentary yang dilakukan
oleh Abdullah Yusuf Ali (L.1289/1872M) Berasal dari Bombay, India. Sebagai anak
seorang yang kuat berpegang dengan agama Islam, Abdullah Yusuf Ali sejak usia 4
– 5 tahun beliau telah diajar oleh orang tuanya membaca Al-Qur`an dan bahasa
Arab yang menurutnya bahasa yang kaya dengan perbendaharaan dan indah dari segi
pengucapan dan estetika. Beliau menghafal Al-Qur`an dalam usia muda. Beliau
turut mendalami bahasa Inggeris pada peringkat pengajian persekolahannya. Pemergian
beliau ke luar negara dan melawat banyak tempat di Eropah dan menetap di London
dalam masa yang agak lama memberi peluang baginya mempertingkatkan penguasaan
beliau di dalam bahasa Inggeris. Semasa berada di London beliau tidak terepisah
dari mendalami pengajian agama dan lebih terdedah dengan banyak terjemahan
Al-Qur`an yang merupakan bidang yang diminatinya dan berhasrat untuk
menterjemah dan mengulas Al-Qur`an. Bila beliau pulang ke India dan menetap di
Lahore beliau memulakan projek terjemahan dan mengulas Al-Quran dan kerja ini
dapat disiapkan sebelum beliau meninggal (m.1367H./1948M.).
Tujuan beliau menterjemah dan mengulas
Al-Qur`an ialah bagi tujuan dakwah terutama kepada kalangan masyarakat Barat yang
masih kurang kefahaman terhadap Islam, khususnya tentang Al-Qur`an yang memang banyak
dibuat tafsiran tetapi kurang di dalam bahasa Inggeris. Menurut Abdullah Yusuf
Ali:
``The English language being widely spread
over the world, many people interested in Islam will get their idea of the
Qur`an from English translations. It is good that qualified Muslims should make
the attempt to present the picture which their own mental and spiritual vision
presents to themselves.``
(Abdullah Yusuf Ali, The Holy Qur`an, Text,
Translation & Commentary, Sh. Muhammad Ashraf, Kashmiri Bazar Lahore
(Pakistan), 1977: XV).
Pendapat Abdullah Yusuf Ali adalah tepat,
dengan memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa terjemahan Al-Qur`an ianya tidak
saja tersebar di Barat, tetapi di mana juga bahasa Inggeris digunakan sebagai
bahasa antarabangsa.
Lantaran itu tafsir yang dihasilkan oleh Abdullah
Yusuf Ali yang kali pertama diterbitkan (1938) adalah mendapat sambutan, di
Barat dan juga di kalangan masyarakat yang menguasai bahasa Inggeris, sebab itu
tafsir ini masih diterbit dan berada di dalam pasaran. Menurut Muhammad Uthman
El-Muhammady yang menterjemah tafsir yang diterjemah dan dihuraikan oleh
Abdullah Yusuf Ali,
``Hamba Allah ini dipertemukan dengan tafsir
ini sewaktu umur dalam belasan tahun, masa yang sangat penuh dengan percubaan
hidup, terutama sekali dalam bidang keyakinan dan akliah: tafsir ini
adalah antara karya yang paling berjasa
dalam menyelamatkan pegangan hamba Allah ini dalam masa demikian itu, dan
semenjak itu tafsir ini terus menerus menjadi bacaannya yang tetap, walaupun
selepas beliau boleh memanfaatkan dirinya dengan tafsir-tafsir dalam bahasa `Arab,
baik yang klasiknya atau yang modennya.`` Menurut Muhammad Uthma El-Muhammady
lagi, `` Tafsir Yusuf Ali ini merupakan tafsir terbesar dan terbaik dalam
bahasa Inggeris.`` Tambah Muhammad `Uthman El-Muhammady lagi,
``Tafsir ini ialah tafsir yang paling
bermanfaat dalam memberi bimbingan rohaniah bagi setiap Muslim dalam hidupnya.``
(Al-Qur`an Al-Karim, Terjemahan Dan Huraian
Maksud, Jil. I.(Penterjemah oleh Muhammad `Uthman El-Muhammady), Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991: XI).
Dari segi latar penterjemah, iaitu Muhammad
`Uthman El-Muhammady adalah seorang tokoh ilmuan, ulama-intelektual, khususnya
ilmu keislaman. Beliau dilahirkan di
Pasir Mas, Kelantan dan bersekolah beraliran Inggeris di Kota Bharu. Seorang peminat
buku-buku ilmiah sejak di bangku Sekolah. Juga meminati Iqbal dan adalah
diceritakan, beliau sanggup berbasikal bersama kawan dari Kota Bharu ke Pulau
Pinang, kerana mendapat buku Iqbal yang beliau mendapat maklumat, buku yang
diminatinya ada dijual di sana. Sungguhpun beliau mendapat pelajaran beraliran
Inggeris, tetapi amat meminati bidang keagamaan. Beliau dapat menyambung
pengajiannya di Universiti Malaya di Kuala Lumpur hingga ke peringkat Ijazah
sarjana dan menjadi pensyarah di universiti tersebut pada (1970an) dan berhenti
bagi membuka pondok pengajian tradisi di Tal Tujuh, Pasir Mas pada akhir
1970an. Kemudian menjadi Fellow di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam
(ISTEC) di UIAM). Al-Marhum yang baru meninggal beberapa tahun lepas berawatak
warak, sentiasa berjubah dan berserban. Beliau banyak membentangkan kertas
kerja berkenaan falsafah dan pemikiran Islam. Antara bukunya, Memahami Islam,
Pustaka Aman Press, Kota Bharu (1977).
Dari segi bentuk buku `The Holy Qur`an, Text
Translation & Commentary adalah 3 jilid bagi 30 juz` Al-Qur`an. Tetapi ketiga-tiga
jilid tidak sama dari segi ketebalan, misalnya jilid pertma 468 hlm., manakala
bagi jilid kedua adalah setebal 1,102 hlm. Dan jilid ke tiga adalah 813 hlm.
Namun bagi terjemahan ke Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka adalah di dalam 5 jilid yang setiap jilid hampir bersamaan dan setiap
jilid mengandung 6 juz`.
Terjemahan Al-Qur`an dan Ulasan oleh Abdullah
Yusuf Ali ke dalam bahasa Inggeris memberi keyakinan dan kepuasan kepada
pembaca-pembaca dan pengkaji-pengkaji yang menguasai bahasa Inggeris, kerana
selama ini beberapa terjemahan di dalam bahasa Inggeris dilakukan oleh
penterjemah yang bukan Islam yang terjemahan bukan dengan kemesraan iman,
tetapi lebih kepada untuk kajian, tetapi terjemahan Abdullah Yusuf Ali adalah
seorang pencinta Islam dan Al-Qur`an yang kehidupannya adalah di bawah
lindungan Al-Qur`an dan insya Allah di dalam keberkatan. Muhammad `Uthman
El-Muhammady juga menterjemahkannya kerana terpaut dan tertarik dengan
terjemahan Abdullah Yusuf Ali di dalam bahasa Inggeris yang dihayatinya sejak
umur belasan tahun pada zaman persekolahannya. Tertarik dan dengan rasa mesra
serta terhutang budi dengan hidayah yang didapatinya, maka dia sanggup menggunakan
masa dan tenaga bagi menterjemahkan terjemahan dan huraian Abdullah Yusuf Ali.
Kerja kebajikan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh ini kita sanjung tinggi.
Semoga mereka berdua dengan amalan kebajikan itu mendapat ganjaran berterusan dan
bagi pembaca insya sama mendapat nikmat, limpahan hidayah dan ganjaran – Insya Allah.
Sekian.
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA
ReplyDelete