BBB, 05 Zulkaedah 1465 = 20 Ogos 2015
(Khamis):
Sebagaimana biasa bagi tafsir terutama yang
moden, pada permulaan, sebelum tafsir ada permulan kata pengantar, kata
penerbit dan maklumat bagi pengulangan cetak, kata-kata pengarang dan kaedah
transliterasi dan sebagainya dan bagi teks terjemahan ada kata-kata pengucapan
dari penterjemah, maka demikianlah bagi The Holy Qur`an, Text, Translation
& Commentary oleh Abdullah Yusuf Ali dan Al-Qur`an Al-Karim Terjemahan Dan
Huraian Maksud oleh Muhammad `Uthman El-Muhammady. Kata Pengantar Terjemahan
diberi pada bahagian permulaan, dan Tentang Latar belakang Abdullah Yusuf Ali –
hanya ada dalam Terjemahan oleh Muhammad `Uthman El-Muhammady.
Satu kelainan yang dibawa oleh Abdullah Yusuf
Ali dalam tafsiran dan pengulasannya, sebelum tafsiran dibuat Abdullah Yusuf
Ali mengungkapkan secara intuitif dan estetik tentang `Insan Khalifah,
Rasulullah dan Dakwah. Bahkan ianya bersifat puisi dan bagi penulis membacanya
seindah, sehalus dan semurni puisi Asrar Khudi oleh Muhammad Iqbal (1873-1938) yang
masa hidup dan meninggalnya hampir bersamaan. Iqbal mendambakan sebuah negara
Pakistan, tapi meninggal sebelum dapat mengecapi negara Pakistan (1947) sebagai
sebuah negara Islam yang bebas dan Abdullah Yusuf Ali berdakwah dengan
menafsirkan Al-Qur`an Al-Karim – Inti kandungan dan pengajaran Islam yang
sebenarnya.
Kata Penghayatan Tentang Insan Khalifah,
Rasulullah Dan Dakwah (tidak diberi tajuk rasmi) yang diberi judul sebagai `Introduction` yang Muhammad `Uthman
El-Muhammady menterjemahkan sebagai `Pendahuluan` - Keterangan Permulaan,
adalah sebenarnya sebagai sebuah puisi panjang yang terdiri dari 41 pecahan.
Diperturunkan pecahan pertama yang di dalam ungkapan Abdullah Yusuf Ali:
Glory to God most High, full of Grace and
Mercy:
He created All, including Man
To Man He gave a special place in His Creation
He honoured man to be His Agent
And to that end enduced him with understanding
Purified his effections and gave him spiritual
insight
So that man should understand Nature
Understand himself
And know God through His wondrous Signs
And Glorify Him in truth, reverence, and
unity.
Dalam terjemahan oleh Muhammad `Uthman
El-Muhammady bagi pecahan pertama ini:
Maha Sucilah Tuhan Yang Maha Tinggi, penuh
Rahmat dan Kasihan belas;
Ia menciptakan segala, termasuk Insan
Kepada Insan Ia kurniakan kedudukan istimewa
dalam Kejadian Nya
Ia muliakan Insan untuk menjadi sebagai
Khalifah Nya
Dan untuk tujuan itu dikurniakannya dengan akal
Dimurnikannya perasaan dan kasih sayangnya,
dan dikurniakannya
pemandangan rohaniah
Supaya dengan itu insan boleh memahami Alam
Tabii
Memahami dirinya sendiri
Dan mengenali Tuhan melalui Tanda-Tanda Nya
Nan Ajaib
Dan mengagungkan Nya dalam Kebenaran, dengan
rasa gerun dan
hebat dalam tauhid.
Bagi keseluruhan pecahan puisi yang kita
namakan `Insan Kahlifah, Rasulullah Dan Dakwah` dapat dipecahkan kepada 6
pecahan:
1) Insan, Khalifah Dan Kejadian
Pecahan 1- 5
2) Allah Pemberi Hidayah
Pecahan 6 – 10
3) Tauhid – Unggul Islam Pecahan
11 – 15
4) Muhammad bin Abdullah Pecahan
16 – 25
5) Kematangan Pra Kebangkitan
Pecahan 26- 30
6) Dakwah Dan Penyibaran Islam 31 – 41.
Dapat difahami tujuan Abdullah Yusuf Ali
mengungkapkan puisi tentang `Insan Khalifah, Rasulullah Dan Dakwah` untuk
memberi penerangan secara intuitif tentang Insan Kamil yang mempunyai
perjalanan hidup murni sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul dengan
menerima wahyu – Menerima Al-Qur`an selama 23 tahun yang di dalamnya mengandungi
segala yang berhubung dengan Islam secara lengkap dan sempurna. Al-Qur`an
inilah bakal dipelajari dan dihayati melalui terjemahan dan tafsiran yang akan
dilakukan.
Sebenarnya secara tidak langsung, melalui
puisi ini juga sedikit sebanyak dapat dipelajari tentang falsafah dan pemikiran
Abdullah Yusuf Ali, contoh tentang insan, kemahuan, konsep khalifah, tentang
kewujudan, alam, tentang Rasulullah
sebelum dan selepas kebangkitan dan dakwah. Sebagaimana Penulis katakan,
membaca puisi Abdullah Yusuf Ali ada semacam mirip pandangan Iqbal, terutama
tentang, insan, khalifah, konsep kemahuan dan pandangan tentang perutusan
Rasulullah s.a.w. Puisi ini (akan dibicarakan) sedikit sebanyak membantu kita
memahami tentang tokoh dan pemikiran Abdullah Yusuf Ali sendiri sebelum
mengikuti pandangan dan huraian di dalam tafsir Al-Qur`an yang diusahakan.
Sekian.
Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA
ReplyDelete