August 19, 2015

Tajuk-Tajuk Pilihan Ditafsir Oleh Ibn Kathir: Perlukan Tafsir Ulu Al-Albab ?


BBB,  03 Zulkaedah 1436 = 18 Ogos 2015 (Selasa):



Di bawah dipetik dua tajuk mengenai beberapa isu yang ditafsir oleh Ibn Kathir bagi melihat bagaimana perspektif dan  pendekatan huraian yang dibuat oleh Ibn Kathir. Tajuk
1)      Ayat yang berhubung dengan proses kehidupan dan Kejadian alam – Surah al-An`am: 95-97 bermaksud:
``Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup (yang memiliki sifat-sifat) demikian adalah Allah, mengapa kamu masih berpaling (95). Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat, dan (menjadikan matahari dan bulan) untuk perhitungan. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui (96). Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu agar kamu menjadikannya  petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui (97).
(Ibn Kathir, Sahih Tafsir Ibn Kathir Jilid 3, Pustaka Ibn Kathir, Jakarta, 2006: 374-378).
Pentafsir menghuraikan ayat di atas: dari perspektif akidah bahawa:
a)       Allah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan mengeluarkan buah-buahan
b)      Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan sebaliknya
c)       Allah berkuasa sepatutnya manusia tidak mengingkariNya
d)      Dia mencipta cahaya dan kegelapan (siang dan malam) untuk bergiat dan rihat
e)      Perjalanan matahari dan bulan menjadi pertanda perhitungan masa
f)       Cahaya bintang menjadi panduan arah dibumi dan lautan
g)      Semua kejadian mencabar fikiran bagi yang mencintai keilmuan.
Ayat Allah maha luas dan mendalam, sesungguhnya selain dari melihat kekuasaan Allah pada ciptaan secara nyata dari perspektif akidah, banyak lagi dapat dilihat, antaranya dari perspektif sains dan kejadian alam.
a)      Melihat dari perspektif sains tumbuh-tumbuhan dan pertanian
b)      Allah menyediakan bahan makanan yang boleh diolah bagi penerusan proses kehidupan
c)       Memahami cuaca dan climate penting bagi kesesuaian kehidupan
d)      Cuaca, matahari, bulan dan peredaran faktor kelangsungan cakrawala dan kewujudan alam fizikal
e)      Allah mencabar manusia meneroka angkasa,  cakrawala dan alam semesta
f)       Daratan dan lautan, bahkan arah dan bintang-bintang pentas kehidupan.
g)      Galakan meneroka ilmu kerana rahsia kejadian Allah tidak mampu diterokai kecuali dengan ilmu.
Tentu dari kandungan ayat-ayat Al-Qur`an di atas lebih banyak rahsia yang dapat dikeluarkan oleh mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang-bidang berkenaan.Tajuk:
2)      Alam Ghaib – Hubungan Hamba Dengan Yang Maha Kuasa. Ayat Surah Al-Baqarah: 185 bermaksud:
``Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku dekat. Aku Mengabulkan permohonan orang yang berdo`a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka itu selalu berada di dalam kebenaran (186).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas antaranya dari perspektif kehambaan manusia kepada Allah:
a)      Allah Tuhan Maha Berkuasa dan manusia hamba kepadaNya –Khalik dan makhluk
b)      Allah adalah dekat dengan manusia
c)       Manusia perlukan pertolongan Allah
d)      Antara pendekatan ialah melalui do`a
e)      Allah memustajabkan do`a hamba
f)       Keimanan pertanda pendekatan dengan Allah
g)      Jalan hidayah dan kebenaran adalah mohonan
(Tafsir Ibn Kathir, Jilid 1, hlm. 588-592).
Pentafsir mengukuhkan pentafsiran dengan Hadith-Hadith. Antara dimensi yang dapat dilihat:
a)      Selain dari alam nyata ada alam ghaib dan rohani
b)      Keintiman hubungan dengan Allah lebih berkait dengan alam rohani
c)       Memupuk mesra cinta dengan Allah melalui pengalaman rohani
d)      Pendekatan-pendekatan kerohanian meningkatkan kesedaran kehadiran Allah
e)      Keilmuan rohani seperti tasawuf ialah jalan bagi mendekati Allah
f)       Kaedah pembinaan rohani antaranya melalui taat, harap, taqwa, reda, mahabbah dan lain-lain
g)      Cinta Ilahi cinta tertinggi.
Demikin antara aspek yang boleh disentuh dalam pengolahan. Pendeknya begitu luas dapat dihurai dan ditafsirkan melalui bidang kerohanian.
Di dalam pentafsiran ada dilema antara menjaga tafsiran agar tidak pergi begitu jauh, tetapi tanpa pengolahan  dengan aspek-aspek yang releven, maka tafsiran tidak ke mana, bahkan setengahnya mengulang apa yang pernah diungkapkan oleh pentafsir sebelumnya, tetapi tujuan tafsir antaranya bagi mencapai maksud, tujuan, hikmat, rahsia keilmuan dan pembongkaran berbagai persoalan, bidang dan keilmuan yang selama ini masih belum dibongkar. Mungkin ada semacam kebimbangan dengan apa yang diingatkan oleh Hadith sebagaimana diriwayat oleh Muhammad Ibn Jarir r.a. dari Ibn `Abbas dari Nabi Muhammad s.a.w. Baginda bersabda bermaksud:
``Dan siapa yang berkata tentang Al-Qur`an dengan fikirannya atau dengan apa yang dia tidak tahu (tidak berilmu), maka bersedialah tempatnya di dalam neraka.``
Lantaran itu ada semacam, ketakutan di dalam penafsiran terhadap Al-Qur`an. Tetapi jika pendapat secara fikiran berasaskan ilmu, maka ianya memberi sumbangan di dalam pengolahan terhadap Al-Qur`an. Kalau tidak tafsiran Al-Qur`an mirip dan terhad kepada bidang yang dikuasai oleh pentafsir sahaja dan mengulang-ngulang dengan apa yang pernah diperkatakan.
Kita berpendapat bagi menghasilkan sebuah tafsir Al-Qur`an yang komprehensif dan menyeluruh ianya perlu ditafsir secara jamaah yang melibatkan pakar-pakar di dalam berbagai bidang seeloknya sebanyak bidang yang ada di dalam Al-Qur`an misalnya pakar dalam bidang akidah, syariah, akhlak, tasawuf, sejarah, sains, perubatan, astronomi, pertanian, periagaan, ekonomi, pendidikan, pakar angkasa lepas, marin, botani, biologi, arkitek, seni, sastera, estetika, bahasa,  politik,  arkiologi, geografi, psikologi dan berbagai-bagai lagi bidang. Masing-masing pengkaji mengkaji dan menafsir persoalan di dalam Al-Qur`an yang berkait dengan bidang masing-masing dan disatukan kajian sebagai himpunan tafsiran yang lengkap dan mendalam yang kita dapat panggil tafsir yang lengkap ini sebagai – Tafsir Ulu Al-Albab.

Sekian.

1 comment:

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete