BBB, 13
Zulkaedah 1436 = 28 Ogos 2015 (Jumaat):
Tanggapan awal Penulis terhadap `The Holy Qur`an, Text Translation & Commentary = Al-Qur`anu`l-Karim, Terjemahan Dan Huraian Maksud` adalah sebagimana tafsir biasa yang menterjemahkan teks Al-Qur`an diikuti dengan tafsiran yang diisi dalam tafsiran berbagai keterangan dan pendapat. Tetapi semakin Penulis meneliti dan mengkaji, sememangnya bermula dari kurang faham dan tanggapan yang kurang tepat, makin menyerlahkan bahawa Tafsir Abdullah Yusuf Ali dan terjemahan oleh Muhammad `Uthman El-Muhammady (Abu Salah) mempunyai pendekatan yang unik dan tersendiri. Beberapa keunikan dapat disenaraikan di bawah berdasarkan Surah Al-Baqarah:
1) Terjemahan melalui bahasa Inggeris ke bahasa Melayu
2) Huraian diberi pada bahagian bawah kepada istilah atau maklumat dalam
teks menjadikannya sebagai catatan kaki.
3) Huraian diberi terhadap kandungan satu-satu surah pada bahagian
permulaan surah, sebelum bermulanya tafsiran.
4) Pemacahan kandungan Surah Al-Baqarah kepada 40 bahagian
(tema/perkara/persoalan)
5) Pentafsir (Abdullah Yusuf Ali) memecahkan kandungan Surah Al-Baqarah
kepada 10 pecahan yang setiap permulaan bagi pecahan dibuat rumusan dalam
bentuk puisi. Ini bererti bagi Surah Al-Baqarah terdapat 10 rumusan puisi.
Berhubung dengan perkara 1 – 3 telah dibicarakan. Adapun pecahan-ayat dalam Surah
Al-Baqarah kepada 40 bahagian, hanya disebut pecahan dalam tafsiran, tetapi
tidak diberi judul bagi satu-satu tafsiran dan tiada rumusan kandungan.
Pemecahan kepada bahagian-bahagian dimaksudkan seperti di bawah:.
1) Pecahan Satu Ayat 1 - 7
2) Pecahan Dua Ayat 8 – 20
3) Pecahan Tiga Ayat 21- 29
4) Pecahan Empat Ayat
30 -39
5) Pecahan Lima Ayat
40 – 46
6) Pecahan Enam Ayat
47 - ? (Tidak disebut dalam versi English dan
Melayu)
7) Pecahan Tujuh Ayat
? - 61
8) Pecahan Lapan Ayat
62- 71
9) Pecahan Sembilan Ayat 72 -
82
10) Pecahan Sepuluh Ayat 83 – 86
11) Pecahan Sebelas Ayat 87 – 96
12) Pecahan Duabelas Ayat 97 – 103
13) Pecahan Tigabelas Ayat 104 –
112
14) Pecahan Empatbelas Ayat 113-121
15) Pecahan Limabelas Ayat 122- 129
16) Pecahan Enambelas Ayat 130 -141
17) Pecahan Tujukbelas Ayat 142 –
147
18) Pecahan Lapanbelas Ayat 148 –
(Tiada Disebut)
19) Pecahan Sembilanbelas Ayat 00 -163
20) Pecahan Duapuluh Ayat 164- 167
21) Pecahan Duapuluh Satu Ayat 168-182
22) Pecahan Duapuluh Dua Ayat (Tiada
Disebut)
23) Pecahan Duapuluh Tiga Ayat 183
-188
24) Pecahan Duapuluh Empat Ayat 189 -196
25) Pecahan Duapuluh lima Ayat
197- (Tiada)
26) Pecahan Duapuluh Enam Tiada –
216
27) Pecahan Duapuluh Tujuh Ayat 217 – 221
28) Pecahan Duapuluh Lapan Ayat 222
– 228
29) Pecahan Duapuluh Sembilan Ayat 229 -231
30) Pecahan Tiga puluh Ayat 232 – 235
31) Pecahan Tigapuluh Satu Ayat 236 – 242
32) Pecahan Tigapuluh Dua Ayat 243 – 248
33) Pecahan Tigapuluh Tiga Ayat 249 – 253
34) Pecahan Tigapuluh Empat Ayat 254
– 257
35) Pecahan Tigapuluh Lima Ayat 258 – 260
36) Pecahan Tigapuluh Enam Ayat 261-
266
37) Pecahan Tigapuluh Tujuh
Ayat 267 – 273
38) Pecahan Tigapuluh Lapan
Ayat 274 - Tiada
39) Pecahan Tigapuluh Sembilan Ayat Tiada -283
40) Pecahan Empat Puluh Ayat 284 – 286.
(Terdapat kesilapan pemecahan
bahagian-bahagian yang mungkin berlaku pada peringkat penaipan).
Pentafsir tidak memberi rumusan kandungan,
pengaji boleh membaca ayat-ayat di dalam satu-satu pecahan dan membuat rumusan.
Misalnya:
Pecahan 10 ayat 83 – 86, mengenai membuat baik
dengan ibu bapa, warith terdekat, anak yatim dan orang miskin dan jangan
menumpah darah.
pecahan
30 ayat 232 – 235 ialah mengenai `Talaq, penyusuan anak, tempoh suci bagi
perempuan yang kematian suami dan cara meminang`. Demikiaanlah dapat dibaca dan
dirumuskan dari pecahan-pecahan yang dibuat.
Satu lagi pemecahan ayat-ayat di dalam Surah
Al-Baqarah ialah pemecahan kepada kelompok ayat-ayat yang lebih banyak yang
pengelompokan sebanyak 10 kelompok (1) 1 – 29 (2) 30-39 (3) 40-86 (4) 87-121
(5) 122-141 (6) 142-167 (7) 168-242 (8) 243-255 (9) 256 -283 (10) 284-286.
Bagi setiap kelompok ini diberi rumusan dalam
bentuk puisi sebagaimana contoh bagi kelompok satu sudah diperturunkan pada
tulisan yang lepas. Contoh bagi kelompok (2) ayat 30-39 dirumuskan di dalam
bentuk puisi sebagaimana berikut (Tentang Kekhalifahan Adam):
K.45 (2.30-39) bermaksud
Couplet/Kaplet/Kumpulan (Surah 2 ayat 30 -39):
Kemudian Insan alangkah ajibnya nasib anda!
Diciptakan untuk menjadi Khalifah Tuhan di
bumi
Lebih tinggi daripada para malaikat !
Tapi ditipu oleh Kejahatan ! Diasingkan buat
satu musim
Di bumi ini dalam percubaan dan ujian
Untuk menyucikan kotoran pada diri anda,
dengan Janji
Akan dikurniakan Bimbingan dan Harapan dari
Yang Maha Tinggi
Dari Tuhan Maha Menerima Taubat hambaNya, Maha
Mengasihani
Adakah anda akan memilih yang benar dan
mencapai semula
Ketinggian Darjat anda di sisi Tuhan ?
Sebenarnya pemecahan kepada sepuluh kelompok
ini lebih menarik, kerana pentafsir membuat rumusan bagi setiap bahagian di
dalam bentuk puisi yang dapat dihayati dan dinilai pandangan yang dibuat. Kita
persoal, apakah lebih baik pecahan
kepada 40 bahagian itu ditiadakan sahaja ?
Sekian.
No comments:
Post a Comment