BBB, 14 Sha`ban 1437 = 21 Mei 2016 (Sabtu):
Selepas membincangkan Konsep Dua Ayat –
Qur`aniyyah dan Kauniyyah, Pengarang
membicarakan topik yang mempunyai hubungan yang rapat dengan topik Saintifik,
iaitu mengenai kejadian alam atau lebih
khusus kejadian langit dan bumi. Pengarang bertolak sebagai bukti ayat
Qur`aniyyah berhubung dengan kejadian alam pada peringkat pernulaan dengan
mengambil ayat dari Surah al-Anbiya` ayat 30 bermaksud:
Dr. Danial Zainal Abidin amat terpengaruh
dengan teori `big bang` . Beliau melihat teori `big bang` ini sesuai dengan
permulaan ciptaan Allah terhadap alam semesta ini termasuk langit dan bumi.
Kejadian ini berlaku dijangka sejak 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Letusan
permulaan yang mengambil ruang terhad kemudian berkembang. Dari kesatuan unsur
pecah sebagaimana kata ayat Al-Qur`an. Selepas berlaku `big bang`
dikaitkan dengan proses kelahiran
gas-gas hidrogen dan helium yang
bercantum dan menjadi gumpalan raksaksa. Ini dibuktikan dengan ayat Al-Qur`an (Surah
Fssilat: 11) bermaksud:
``Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah
(bahan-bahan) langit, sedang langit itu masih berupakan asap.``
Sambungan bagi ayat tentang asap Allah
memberitahu tentang ciptaan selanjutnya bermaksud:
``Lalu ia menjadikannya tujuh langit, dalam
dua masa. Dan ia memberitahu kepada
tiap-tiap langit akan urusan dan keperluan masing-masing. Dan kami hiasi akan
langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bum) dengan bintang-bintang
yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya.
Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Amat Mengetahui.``(Fussilat: 12).
Perluasan alam semesta berlaku yang melahirkan berbagai-bagai kejadian di
dalamnya. Konsep perluasan ini terdapat di dalam Al-Qur`an yang bermaksud:
``Dan langit itu kami dirikan dia dengan
kekuasaan Kami (Dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.`` (
Al-Dhariyyat: 47)``
Dan seterusnya melahirkan bintang-bintang,
planet-planet, matahari , bulan, bumi hinggalah
perkembangan meluas seperti kini.
Berhubung dengan proses ciptaan Allah Dr.
Danial Zainal Abidin menyebut Allah mencipta alam ini dalam tempoh enam hari.
Antaranya ayat di dalam Surah al-Sajdah bermaksud:
``Allah
Tuhan yang Menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada antara
keduanya dalam enam masa (hari). Kemudian Ia bersemayam di atas `arash)
(Al-Sajdah 4) dan beberapa tempat yang lain yang menyebut tempoh enam masa atau
hari (Hud: 7).
Pengarang Dr. Danial cuba mewajarkan tempoh berkenaan. Tetap
konsep 6 hari ini tidak mesti sama dengan maksud enam hari yang kita fahami. Ia
mungkin bermaksud tahap atau susunan. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Apa yang
mau dicipta cukup dengan arahan `Kun fayakun` ! Dr. Danial memetik pendapat Syed
Qutb dalam Fi Zilal al-Qur`an, bahawa konsep hari itu adalah hari-hari yang
ditetapkan Allah. Manakala Hamka dalam Tafsir Al-Azhar menyatakan hari dimaksudkan
`Hari Allah`.
Dr. Danial menyebut pertanyaan , apaklah proses
utama berlaku selepas letusan (big beng)
berlaku .Beliau menyusun , bahawa
terdapat 6 tahap utama. Tetapi tahap in tidak dikaitkan dengan konsep enam hari yang dbiincangkan
di atas (Enam yang disusunnya secara kebetulan
Proses enam tahap berikut dari peristiwa ` big
bang` ialah:
1) Ledakan `big
bang` dan pengembangan
2) Peringkat penyejukan dan kelahiran nukleus
3) Kelahiran atom. Fasa ini memakan masa lebih kurang
300,000 tahun.
4) Asap dan kelahiran galaksi serta bintang-bintang.
Fasa ini bermula selepas 300,000 tahun di atas hingga kepada 1 billion tahun
5) Percantuman galaksi. Kelahiran Big Hole dan
matahari. Memakan masa dari 1 billion hingga 9 billion tahun
6) Kejadian bumi dan Atmosfera dan permulaan hidupan,
iaitu selepas 9 bilion tahun dahulu
Ini bererti kejadian tercipta dengan secara
sistematik dan bertahap. Pengarang memetik pendapat Said Hawa di dalam ` Al-Asas fi al-Tafsir` berkata,. ``Memang jelas sekali Qur`an
menetapkan penciptaan galaksi-galaksi (di langit) berlaku terlebih dahulu
daripada bumi. Ini merupakan sebahagian
daripada mu`jizat yang menunjukkan
Qur`an datang daripada Allah.
Antara kejadian yang paling banyak diangkasa
ialah bintang-bintang. Al-Qur`an
menyebut tentang bintang 13 tempat. Di galaksi Bima Sakti sahaja terdapat
antara 200-400 bilion bintang. Bayangkan
betapa luas dan banyaknya bintang yang mempupunyai begitu banyak galaksi.. Antara planet terbesar ialah matahari berada
di tengah-tengah sistem suria yang
planet-planet mengelilinginya dan mendapat cahaya daripadanya. Matahari
mengandungi 74 peratus hirogen dan selebihnya helium. Jarak antara matahari dengan bumi ialah 93,036 724 batu . Matahari mempunyai jangka hayat, antara ahli
sains menjangka iaitu selama 10 bilion tahun
. Antara teori kiamat ialah apabila matahari kehabisan tenaga. Namun Allah
sebenarnya yang lebih tahu..
Bumi adalah planet yang kita huni. Menurut
saintis ia mula tercipta sejak 4.5 bilion tahun yang lalu
Tentang bumi banyak ayat Al-=Qur`an menyebutnya.
Antaranya bermaksud:
``Allah mentadbirkan segala perkara daripada langit ke bumi.`` (Al-Sajdah: 5) .
Sebagaimana kejadian-kejadian Allah yang lain
mererima kerosakan, demikianlah juga dengan bumi. Firman Allah bermaksud;
``Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang
sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi mengeluarkan segala isinya.`` (Al-Zalzalah:
1-2).
Pertanda dan fenomena kerosakan sering berlaku
seperti gempa, taufan dan sebagainya mengingatkan manusia, bahawa kesegalaan
adalah fana. Sebab itu mereka perlu mengikut jalan selamat, iaitu jalan Islam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment