y
BBB, 19 Sha`ban 1437 = 26 Mei 2016 (Khamis):
Menyebut
`Ulum al-Qur`an, maka terlintas
di dalam minda kepelbagaian ilmu di dalam Al-Qur`an, termasuk ilmu kerohanian,
Ilmu tafsir, ilmu sejarah, pertanian, astronomi dan berbagai-bagai keilmuan
lagi. Sudah tentulah amat banyak keilmuan yang dapat disenaraikan dan sudah
tentulah luas dan panjang lebar boleh
diperkatakan, tetapi di dalam buku `The
Power of Al-Qur`an` ini, selain
dari disebut Ilmu Ulum al-Qur`an, ada
diberi satu lagi bab iaitu Sains dan
Al-Qur`an. Maka dengan pengasingan ini
dapat difahami bahawa Dr. Danial sengaja memisahkan keilmuan yang bersifat sains
daripada bab `Ulum Al-Qur`an dan `Ulum al-Qur`an adalah mempunyai kaedah, pendekatan dan sifat yang tersendiri.
Dari tanggapan kita terhadapUlum
al-Qur`an yang dibicarakan oleh Dr Danial
adalah khusus kepada
``Metodologi Memahami Al-Qur`an – manakala
kandungan yang bersifat keilmuan di dalamnya diletakkan di bawah bidang sains.
Dalam kata lain `Ulum al-Qur`an yang dimaksudkan
oleh Dr. Danial, ialah bagi memahami Al-Qur`an itu sendiri sebagaimana diasaskan oleh ulama` yang
mendalami Al-Qur`an yang sifatnya adalah tradisional dan khusus diaplikasikan kepada Al-Qur`an. Keilmuan
Al-Qur`an yang dibicarakan ialah:
1. Makkiyyah dan Madaniyyah
Dr. Zainal pergi kepada asas dari segi
membicarakan ayat-ayat Al-Quran dari segi Makkiyyah dan Madaniyyah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al-Qur`an
adalah diturunkan di Makkah, khususnya sebelum Hijratul Rasul s.a.w. ke Madinah
al-Munawwarah.
Dilihat kepada kandungan tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian
Al-Qur`an maka:
Jumlah Surah diturunkan di Makkah adalah 86
Surah
Jumlah surah diturunkan di Madinah 28
Surah diturunkan di Makkah adalah antaranya
pendek-pendek, manakala surah diturunkan di Madinah adalah panjang-panjang
contoh Surah al-Baqarah dan Ali Imran. Diketahui tentang surah Makkiyyah
antaranya melalu asbab al-Nuzul dan konteks kandungan persoalan yang peristiwa
berlaku. Tafsir Ibn Kathir banyak menyebut asbab al-Nuzul dan kaitan peristiwa
yang berlaku. Walau bagaimana menyebut satu surah, contoh yang panjang,
terdapat di dalamnya Makkiyyah dan ada Madaniyyah. Jadi jumlah surah sahaja
bukan mutlak Makkiyyah dan Madaniyyah.
2. Nasakh
Mansukh
Satu bidang keilmuan yang khusus bagi
al-Qur`an ialah berhubung dengan Nasikh
dan Mansukh. Yakni terdapat ayat-ayat, khususnya berkait dengan hukum yang
turun dimansukh oleh ayat yang diturunkan kemudian. Ini diterang oleh ayat
Al-Qur`an sendiri yang bermaksud:
``Tidak kami menasakh dari satu ayat atau
dijadikan manusia lupa, melainkan kami datangkan dengan yang lebih baik
daripadanya atau seumpamnya. Adakah engkau tidak ketahui bahawa Allah Ta`ala
itu berkuasa di atas setiap sesuatu ? (Al-Baqarah: 106).
Konsep nasakh pula berbagai-bagai ada yang
dinasakh hukum, tetapi ayatnya masih ada. Ada yang dinasakh ayat dan hukum dan
berbagai lagi.
Contoh nasakh tentang minuman arak bertahap
Permulaan menerang implikasi arak – Bersifat
mendidik (Al-Baqarah: 219).
Permulaan melarang meminum arak semasa hampir
solat (Al-Nisa`: 43).
Melarang sama sekali dari meminum arak (Al-Ma`idah: 90).
3. Tafsir
Bidang ketiga yang dibicarakan oleh Dr Danial
ialah tafsir. Sememangnya tafsir adalah ilmu yang asli di dalam perkembangan keilmuan Islam.
Ianya terhasil dari tujuan untuk memahami Al-Qur`an secara lebih mendalam.
Sebab itu lahir keilmuan tafsir. Tokoh-tokoh tafsir pada peringkat awal seperti Ibn Kathir, Al-Tabari ,
Al-Samarqandi, Al-Qurtubi membawalah kepada yang lebih baharu seperti Hamka dan
Al-Zuhaily. Berbagai kaedah tafsiran yang didekati, misalnya yang menekankan
dari segi hukum, bahasa, asbab al-Nuzul.
Muhkamat, mutashabihat dan
berbagai pendekatan
Meskipun pentafsiran dibuat dari dahulu hingga
sekarang, kandungan Al-Qur`an tidak habis-habis diteroka dan rahsianya begitu
banyak belum difahami dan terus terbuka untuk dikaji selidik.
Tambahan
Mungkin dapat ditambah lagi keilmuan yang
lahir berhubung kajian Al-Qur`an dan pembacaan ialah:
a) Tajwid
Adalah keilmuan yang lahir bagi membetulkan
bacaan Al-Qur`an ya`ni mengenali makhraj-makhraj huruf dan sifat-sifat
huruf Serta hukum-hukum bacaan seperti
idgham, izhar, ikhfa` dan berbagai-bagai jenis mad. Dengan kemahiran ilmu tajwid
meningkatkan pembacaan Al-Qur`an. Dan membaca Al-Qur`an ada berbagai qira`at (Qira`at Tujuh) dan ada
pengajian secara tarannum dan sebagainya.
b) Nahu dan Saraf
Al-Qur`an meningkatkan keilmuan bahasa, bahasa
`Arab. Al-Qur`an menjadi
induk bahasa `Arab. Daripadanya dikeluarkan kaedah-kaedah ilmu bahasa `Arab
yang standard dan juga saraf. Pengajian ilmu nahu dan saraf adalah pengajian
utama di dalam pengajian bahasa `Arab, khususnya bagi memahami Al-Qur`an.
c) Ilmu Balaghah
Al-Qur`an adalah piawayan tertinggi bahasa
`Arab, bukan sahaja dari segi bahasa, tetapi juga dari segi adabiyyah (sastera).
Dari Al-Qur`an terbina ilmu balaghah (Ma`ani, bayan dan badi`) – Ilmu mementingkan
ketepatan, kejelasan dan keindahan berbahasa.
Demikianlah -antara ilmu-ilmu khusus yang lahir dari Al-Qur`an bagi
kepentingan pengajian terhadap Al-Qur`an dan bagi keilmuan-keilmuan yang lain.
Sekian.
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 6516 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
KLIK DISINI BOCORAN TOTO 4D 5D 6D HARI INI
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos