May 13, 2016

Perlu Kepada Kesegaran Pendekatan ?


BBBm, 05 Sha`ban 1437 = 12 Mei 2016 (Khamis):
Di dalam mendepani berbagai perkembangan  semasa, khususnya yang melibatkan persoalan akidah dan prinsip-prinsip keislaman, kita perlu mengambil perhatian, tetapi tidak sampai terjebak dan terseret ke dalam permasaalahan yang ditimbulkan oleh mereka seperti isu-isu yang telah dibincangkan dan berbagai isu yang mungkin timbul. Jika perlu kepada jawapan dan penerangan, maka jawapan  hendaklah berdasarkan hukum, prinsip dan nilai-nilai Islam. Jika tidak maka pendirian hendaklah berasaskan ayat Al-Qur`an sebagaimana disebutkan ayat Al-Qur`an bermaksud:
``Bagi kamu  agama kamu dan bagi kami agama kami.`` (Al-Kafirun: 6).


Walau bagaimana sebagaimana berlaku di dalam perkembangan umat dengan tamadun dan peradabannya, penghuraian terhadap prinsip, akidah dan keilmuan terus berlaku. Umat seharusnya bersyukur dan berterima kasih terhadap ulama`-`ulama`  yang telah meletakkan asas dan penghuraian terhadap keilmuan-keilmuan Islam di dalam berbagai perkara, hingga kita dapat mewarisi turath  berbagai-bagai bidang keilmuan Islam, khususnya di dalam bidang akidah. Bahkan akidah berasaskan Al-Qur`an dan Sunnah  adalah merupakan bidang yang mantap yang diasaskan oleh `ulama`-`ulama Sunni di dalam bidang akidah berkenaan, hingga walaupun ada  pelbagai aliran dari dalam, tetapi ianya bagai tidak tercabar dari luar, khusus pendekatan akidah Ahlu al-Sunnah wa  al-Jama`ah.
Tetapi sungguhpun kita menerima  turath akidah yang mantap, namun pengolahan terhadapnya tidak seharusnya terhenti. Ianya perlu kepada pengolahan yang segar yang  menambahkan kesesuaian yang diterima mayarakat umat, bahkan terhadap yang bukan Islam. Tetapi memanglah diakui, bahawa pengolahan terhadap ilmu akidah adalah bidang yang tidak berkembang  pantas dan tidak sebanyak persuratan-persuratan yang lain seperti bidang fiqh misalnya. Ini adalah diakibat oleh beberapa faktor. Antaranya.
a)       Bidang ini dianggap payah dan sensitif, tidak semua  mau melibatkan di dalam mengolah bidang ini kerana  sensitifnya, kerana ia melibatkan bidang akidah yang berkaitan dengan ketuhanan dan aspek-aspek  akidah yang lain..
b)      Bidang ini dianggap sudah mantap dan identik dengan dua aliran terkenal dalam  Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah -  Ash`ari-Maturidi. Pengolahan seharusnya terikat dengan dua aliran ini. Sebarang perubahan atau penambahan atau pengolahan dibimbangi berlaku kesilapan.
c)       Pendekatan dan kandungan kitab-kitab akidah sunni dari dulu hingga kini dianggap streotype dan hampir sama dari segi kandungan dan persoalan. Adalah dianggap jika sesiapa yang mau melibatkan pembicaraan dan pengolahan seharusnya mengikut pola-pola yang sama, jika ada usaha  membuat perdekatan  yang berlainan  ditakuti membawa kelainan, penyimpangan atau  penyelewengan.
d)      Tidak wujudnya suasana perbahasan intelektual  yang merangsang para ulama` melibatkan diri dalam perbahasan dan menghasilkan tulisan-tulisan ilmiah bagi menjawab atau menghuraikan persoalan-persoalan yang timbul. Misalnya sungguh pun pertikaian politik antara Sayyiduna `Ali k.w. dan Mu`wiyah adalah tidak diingini berlaku, kerana ia menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam, tetapi  sebagai ketentuan peristiwa tetap berlaku. Dilihat dari segi perkembangan ilmu dan intelektual , pertikaian yang berlaku dari segi pimpinan politik itu dari satu segi menjadi pencetus dan penggerak kepada perbahasan-perbahasan yang bersifat ilmiah dan intelek yang menimbulkan isu-isu falsafah dan akidah yang menjadi topik perbahasan yang menyebabkan adanya  aliran-aliran dalam bidang akidah dan pemikiran Islam. Bukan setakat itu cetusan tradisi intelektual ini berterusan dan menjanakan keilmuan, khususnya akidah, falsafah kepimpinan dibahaskan. Bahkan kelahiran Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah ada kaitan dengan pertikaian intelektual ini dan kesannya berterusan hingga kini.
Begitu juga  pada zaman Imam Al-Ghazali  abad ke 6H./12M. Subur dengan perkembangan falsafah dan Imam Al-Ghazali juga terlibat dengan perkembangan ini dan menghasilkan beberapa kitab falsafah seperti Tahafut al-Falasifah. Dari perbahasan intelektual Al-Ghazali juga menghasilkan kitab-kitab akidah dan tasawuf. Dalam kata lain keberadaan beliau di dalam  zaman berkembangnya falsafah, keterlibatan, penentangan dan menghasilkan karangan yang bersifat menentang falsafah dan menambahkan karangan di dalam bidang akidah dan tasawuf.
Di dalam hal ini merujuk kepada negara kita, kita bertanya, tidak adakah isu-isu yang mampu mencetuskan dialog dan perbincangan yang mencetuskan tradisi  intelektual, khususnya melibatkan isu falsafah dan akidah keislaman.
Sebenarnya wujud. Kita baru membincangkan persoalan dan cabaran yang ditimbulkan secara langsung atau tidak langsung terhadap akidah umat Islam, iaitu:
a)       Kesan dari  sekularisme
b)      Kesan dari   Liberalisme
c)       Kesan dari Pluralisme
d)      Kesan Globalisasi
e)      Kesan Komunikasi
Kita  mengharapkan dari kalangan intelektual tempatan kita mampu membicarakan secara mendalam aspek-aspek  di atas, khususnya kesan terhadap akidah Islam dan bagaimana mendepani dan mengatasi. Sebenarnya kita mempunyai  banyak institusi pengajian tinggi yang mengaitkan diri dengan Islam. Dalam suasana umat Islam mendepani isu-isu yang melibatkan akidah, kesan dari pemikiran yang berkait dengan bidang-bidang di atas terhadap  akidah dan pemikiran,  umat amat diharapkan dapat dijawab dan diolah oleh kalangan intelektual  berkenaan.
Apa yang diharapkan jika zaman permulaan  melibatkan Ash`ari, Maturidi dan zaman falsafah menghasilkan Al-Ghazali yang  menghasilkan penulisan-penulisan ilmiah sewajarnya pada zaman kini yang berkembang dengan berbagai pengajian dan kemudahan, seharusnya turut berlaku tradisi intelektual dan menghasilkan tulisan-tulisan yang bersifat ilmiah terutama bagi menjelaskan isu-isu yang berhubung  dengan akidah pada zaman kini.
Sekali lagi disebut kita bukan saja mempunyai mekanisme pada peringkat nasaional dengan wujudnya berbagai-bagai pengajian tinggi , tetapi juga  mempunyai mekanisme pada peringkat ummah seperti wujudnya  OIC, tetapi isu-isu seperti ini tidak cuba dibingcangkan. Mengapa ?

Sekian.


1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853---> 7778 ---> 3331, ATAU

    KLIK DISINI 4d 5d 6d












    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
    berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
    karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI Nomor Ini 0853---> 7778 ---> 3331,,
    insya allah beliu akan menbatu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?

















    ReplyDelete